• Home
  • Travel
    • New Zealand
    • China
    • Australia
    • Egypt
    • Maldives
  • Health
  • Parenting
  • Sitemap
facebook instagram Email

Walk Of Life

Servant to Allah . Daughter . Wife . Mom . Engineer


Assalamualaikum w.b.t.

Hari kelapan kami dah sampai di Bandar Dunedin, sebuah bandar di persisiran pantai. Kat sini ada banyak aktiviti boleh dibuat. Boleh belek sume pamphlet travel yang diorang provide kat Holiday Park nih. Bagi penggemar chocolate, bolehla ke Cadbury Chocolate Factory yang memang jadi tempat wajib pergi kalau ke Dunedin nih. Tapi husband tak suke visit kilang, so kami decide untuk pergi ke tempat menarik yang lain and tertarik dengan satu tempat bersejarah yg popular di Dunedin iaitu Larnach Castle.

Info Larnach Castle nih pun kami tau bila dah sampai sini, maybe tak ramai org Malaysia yg minat tempat-tempat mcm nih, tapi untuk pencinta interior klasik macam aku, and pencinta historical places mcm husband, tempat-tempat macam nih memang menarik perhatian kami. Ditambah pulak lokasinya di atas bukit menghadap laut, view sepanjang jalan sgt memukau.


 View laut sepanjang perjalanan menuju ke Larnach Castle


Pemandangan bandar Dunedin dari atas bukit menuju ke Larnach Castle


 Larnach Castle


Sedikit mengenai history Larnach Castle nih:
1871 - 1898  "The Larnach Years"The Story of William Larnach. William James Mudie Larnach, of Scottish descent, was born in 1833 in New South Wales, Australia.  His banking career began in Melbourne then followed the gold rush to the Australian goldfields where he was manager of the Bank of New South Wales at Ararat.  His bank was a tent and his equipment consisted of dogs, a gun, and strong boxes. Gold was discovered in Otago, New Zealand, in the 1860's.  Larnach was offered the position of manager of the Bank of Otago in Dunedin, which serviced the extensive goldfields.  He sailed for Dunedin in 1867.Larnach's brillant career encompassed his merchant empire Guthrie and Larnach, banking, shipping, farming, landholding, politics and... speculation.  He travelled extensively and was a cabinet minister in the New Zealand Government, holding various portfolios, over a period of twenty-five years. Larnach was married three times and had six children.  He was pre-deceased by his first two wives and his eldest daughter, Kate.He took his own life in the New Zealand Parliament Buildings in 1898.


Source of info dan boleh baca lebih lanjut mengenai sejarah Larnarch Castle DI SINI






















Walaupun pemilik asal castle nih adalah William Larnarch, tapi ianya telah berpindah hak milik dan owner yg baru decide utk buat repair works bagi mengekalkan nilai-nilai sejarah castle nih utk di hayati oleh pengunjung. Masa kami mula-mula melangkah masuk ke castle nih, mata aku mmg terpukau tengok interior dalaman inggeris klasik, dengan furniture asal yang dah berabad lamanya tapi masih dijaga rapi. Banyak juga barang-barang antic yang aku tak pernah jumpa sebelum nih ada kat sini. Setiap ruang ade fungsi tersendiri, ade bilik dengan pemandangan laut membiru, ade bilik dengan pemandangan garden yang terbentang luas di luar castle, ade ballroom utk majlis-majlis keramaian, ade bilik tido anak-anak, ade ruang santai di bahagian atas utk lepak-lepak minum kopi sambil tgk view garden.







Pendek kata kena datang sendiri and rasa sendiri keunikannya. Entry Fees NZD 31/adult, children bawah 5 tahun free. After dah puas melawat setiap sudut castle nih, bolehlah jalan-jalan kat garden plak, or mengopi kat café yang terletak sebelah castle.










Next destination kami ke tunnel beach, ingatkan sampai-sampai terus leh gi kat tunnel beach tuh, rupanya kena jauh menapak turun ke bawah. Aku cuma turun separuh jek, takut hakak pengsan jek nak naik balik nanti kang. Oklaaaa dr atas pon dah nampak view cantik dah....


 Sejam nak ke beach pergi balik... huhu


Jalan mencuram ke bawah, tuh yg bercinta nak mendaki time balik nanti


Pemandangan tunnel beach dari atas


Lepas tuh kami terus ke Dunedin Railway Station, antara stesen keretapi tersibuk suatu masa dulu. Bagi yang nak merasai scenic journey by train, bolehlah book tiket Taieri Gorge Railway, bleh walk in utk beli tiket or beli online DI SINI. Tapi kena tgk schedule dulu ye. Ade pelbagai destinasi and tempoh perjalanan, paling sekejap 90 minit perjalanan (return), ade jugak yg 4 jam or 7 jam (return). Harga tiket dari 50NZD/person. Next time kalau aku pegi lagi mmg nak rasa pengalaman naik train plak, to enjoy the panoramic views yang kita takkan dapat kalau ikut jalan biasa…. Huhuhu.















Next kami ke Baldwin Street, the steepest street in the world. Kalau tgk mata kasar mmg tak curam mane, so kita jalan-jalan jek amik gambar, pastuh pusing-pusing sekitar bandar Dunedin, ade University of Otago, nampak juga Dunedin Botanic Garden, tapi kami tak singgah sebab nak teruskan perjalanan ke Oamaru.
















Dalam perjalanan ke Oamaru kami sempat singgah di satu lagi tempat unik di New Zealand iaitu Moeraki Boulders. Moeraki Boulders nih famous dikalangan photographer sbb terdapat banyak spherical stones yang terbentuk secara semulajadi sejak 4 juta tahun dulu. Adela proses-proses pembentukan die, boleh google sendiri… hehehe… ade kecik and ade yg sebesar 2m ukuran diameter. Memang perfect kalau amik gambar, especially kalau air surut. Air pasang tak yahlah susah-susah pegi sbb batu-batu tuh tenggelam dek air, ombak die pun agak ngeri jugak tgk…. huhuhu. Dari tpt parking nak ke lokasi terletaknya spherical stones nih kena jalan kaki jugak yer… so bertabahlah and enjoy the view!





Kena jalan dulu sebelum tiba kat kawasan spherical stones
















Then kami teruskan perjalanan hingga sampai ke pekan Oamaru. Kat sni aku takde book holiday park, sbb nak bagi fleksibiliti pada itinerary kami. If byk tpt skip di Dunedin, mungkin kami terus ke Christchurch tanpa singgah Oamaru, and mungkin kami ke Akaroa. Tapi nampaknya kami santai-santai jek kat Dunedin, so kena bermalamlah di Oamaru. Kami pilih Holiday Park yang menghadap laut, cantik sgt, berhari-hari jumpa tasik, so hari nih view kita laut plak. Kami check in di Harbour Tourist Park, very strategic location, tempat-tempat menarik kat Oamaru nih semua walking distance dr situ jek.


Harbour Tourist Park, kecik jek kawasan die, tapi facilities lengkap and lokasi strategik





 Steampunk Playground kat sebelah Harbour Tourist Park jek





 Steampunk Playground yang unik




Sunset in Oamaru

I will tell you more about Oamaru in my next entry, so stay tune….. Thanks for reading!!

Share
Tweet
Pin
Share
No Comments



Assalamualaikum w.b.t

Dalam posting yang lepas aku ada bagi tau yang kami dapat tempat parking yang ceruk dan menyeramkan. Memang kami tak keluar campervan malam tuh, keadaan sejuk yang luar biasa memang di luar jangkaan. Snow turun sepanjang malam agak merisaukan aku sebab plan hari ketujuh nih kami akan menaiki Milford Sound Cruise. Untuk ke sana kami perlu melalui Milford Sound Road yang hanya dibuka kalau cuaca berkeadaan baik.

So memandangkan sepanjang malam tadi snow, besar kemungkinan jalan ditutup. Semak kat web NZ Transport Agency, memang sangkaanku benar sekali, jalan ditutup sebab cuaca buruk. So make sure you all check dulu road status ye, samada di web NZ Transport Agency or kat booth I-site visitor di Te Anau. Pasal dah beli tiket Cruise awal tuh you all jgn risau sbb kalau jalan ditutup diorang akan refund balik duit tiket.


Road Status

Kecewa memang kecewalah, kami dah datang sejauh ini utk lihat salah satu keajaiban dunia kat South Island nih tapi keadaan tak mengizinkan, pasti ada hikmahnya. Memang nak suruh aku repeat lagi la jawabnyer…. Insyaallah…. Dengan berat hati kami meninggalkan Te Anau, hujan agak lebat pagi tuh menyebabkan kami tak visit memana pun, dengan kabus yang tebal, nak bergambar pon  tak nampak view. Kami teruskan perjalanan ke Bandar Dunedin, sepanjang jalan menikmati view bersalji. Sampai di Gore Town kami berhenti utk solat dan makan tgh hari.


View bersalji di awal perjalanan dari Te Anau ke Dunedin



Hari ketujuh nih betul-betul menduga kami, setelah bersiap-siap nak teruskan perjalanan, enjin campervan tak dapat dihidupkan. Harap-harap cuma battery kong and nothing serius. Masa tuh pulak hari Sabtu and lunch hour, tak sure kat tempat lain, tapi kalau kat Gore nih, lunch hour diorang memang tutup kedai. So susah nak jumpa manusia, lengang aje. Kereta yang lalu pon sebijik dua, nih waktu tgh hari tau, korang bayangkan kalau enjin tak hidup tgh malam? Huhuhuhu

Actually Wendekreisen ade bagi emergency contact, diorang bagi jaminan yang diorang akan dtg kalau ade kecemasan tak kire kat mana pon lokasi kita masa tuh, tapi kami ikhtiar jugak mintak tolong dari local people yg ada kat situ. Kebetulan masa tuh ada pasangan husband and wife nih tengah tegok-tengok used car kat kedai berdekatan, kami pon mintak tolong diorang utk tgkkan campervan kami. Alhamdulillah lepas jumper bateri, enjin hidup and kami dpt teruskan perjalanan sampai ke destinasi dengan selamat. Diorang baik sangat and kami bersyukur ditemukan dengan org baik-baik utk bantu kami.


Welcome to Gore

Gore Town yang lengang, lokasi kejadian enjin campervan mati... hehe

 Dari Gore perjalanan diteruskan dengan view menghijau seluas mata memandang di kiri kanan jalan



Kami sampai di Bandar Dunedin lebih kurang pukul 5.30 petang, terus check in di Dunedin Holiday Park and Motels. Holiday Park nih kids friendly, ade playground, and kat town center. Since kami sampai petang so sempatla Humaira main playground. Lepas tuh aku prepare for dinner kat shared kitchen, menu nasi lemak, nyummy. Malam tuh kami rest jek sementara decide ape aktiviti untuk esok. Maaflah entry kali nih kurang gambar sbb plan cancel and ade moment mencemaskan. Fikir nak sampai ke destinasi dengan selamat jek… huhu. Kita sambung next entry untuk tgk ape aktiviti kami di Dunedin okay? Thanks for reading!


Playground di Dunedin Holiday Park and Motels









Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Newer Posts
Older Posts

About me



Hello There! I am Suliana. I am a wife to Hairul Hafiz and a mom to two beautiful kids, Humaira and Yusuf. Welcome to my little world where I write about my family's adventures, food, parenting, and random deep thoughts. I use this space to document and celebrate life! Thanks for reading.

My Instagram Updates

Contact Form

Name

Email *

Message *

recent posts

Follow Us

  • facebook
  • instagram
  • youtube

Blog Archive

  • ►  2019 (10)
    • ►  November 2019 (2)
    • ►  October 2019 (2)
    • ►  August 2019 (1)
    • ►  May 2019 (1)
    • ►  March 2019 (3)
    • ►  February 2019 (1)
  • ▼  2018 (7)
    • ►  May 2018 (2)
    • ▼  March 2018 (2)
      • Road Trip to South Island New Zealand Day 8: Larna...
      • Road Trip to South Island New Zealand Day 7: Milfo...
    • ►  February 2018 (2)
    • ►  January 2018 (1)
  • ►  2017 (6)
    • ►  November 2017 (1)
    • ►  October 2017 (3)
    • ►  April 2017 (2)
  • ►  2016 (8)
    • ►  November 2016 (1)
    • ►  June 2016 (6)
    • ►  May 2016 (1)
  • ►  2013 (3)
    • ►  October 2013 (3)

Total Pageviews

Created with by ThemeXpose . Distributed by Weblyb