• Home
  • Travel
    • New Zealand
    • China
    • Australia
    • Egypt
    • Maldives
  • Health
  • Parenting
  • Sitemap
facebook instagram Email

Walk Of Life

Servant to Allah . Daughter . Wife . Mom . Engineer


Assalamualaikum w.b.t,
Bersambung dari entri lepas DI SINI

Seperti yang dijadualkan, aku ke IJN pada 19 April 2017 untuk masuk ward kerana RFA procedure akan dijalankan pada keesokan paginya. Walaupun procedure nih agak simple tapi tetap ade risikonya. Sebelum kita cerita pasal risks let me explain ape yg doc akan buat pagi esok. Basically doc akan bius di bahagian peha untuk masukkan wayar sampai ke jantung. Pada masa sama doc akan bg impulse utk activate abnormal saraf yang buatkan jantung aku berdegup kencang tuh. After die dah kesan that abnormal saraf, die akan matikan saraf tuh menggunakan radiofrequency heat (similar to microwave heat). Dan procedure nih makan masa 1-2 jam bergantung pada jumlah saraf abnormal yg dikenalpasti. 

Actually agak berdebar jugak... doc kate 99% pulih sepenuhnya after buat procedure nih, and 1% risk tuh bleh jadi salur darah cedera, bengkak, bleeding, heart attack and kematian. Tp tuhlah doc ckp u naik gunung pun ade risiko, so jgn fikir sgt, doa banyak-banyak. Yelah bende lain klu diusik takpe lagi, klu mata at least buta, tapi kalau jantung...hurmmm.... and what if 1% tuh happen to me kan? Kebarangkalian tuh tetap ada.... Aku pikir anak aku jek takde lain. Family and husband lah yg banyak support and menjadi penguat semangat untuk aku proceed and stay positive. Oh ya lupa nak bagi tau, RFA procedure nih takleh buat pada ibu mengandung ya sbb ade involve x-ray yg berbahaya utk baby


Check in 'hotel' IJN with extra bed. Peneman setia hingga akhir hayat.



Relax jek, malas nak pikir banyak nanti stress

Sebelum procedure dijalankan, kene amik darah dulu, buat ECG test and pregnancy test. Tekanan darah sentiasa di pantau from time to time. Pada pagi 20 April 2017 aku di bawa masuk ke operation theatre, haa... mengucap siap2 time nih... huhu. Macam2 wayar dipasang kat dada, and doc bius masuk utk bagi bius kat peha. Then Dr Zulkeflee masuk utk masukkan wayar dr peha trus ke saluran darah utama. Ku ingatkan bius tuh utk pengsankan aku tp rupanya utk bg tak sakit masa die cucuk utk masukkan tiub wayar tuh. Aku sedar hokey sepanjang procedure tuh dibuat. Masa die masukkan wayar tuh aku bleh rasa wayar tuh berjalan sampai ke jantung. Die punya ngilu tuhan jek tau. Rasa ade org lap-lap kaki aku, darah barangkali... tp aku tak berani jenguk. Dah sampai kat jantung dicuit-cuit plak jantung kita tuh....lagilaaa.... aku nak gerak pon ngeri takut wayar nih bergerak ke lain plak kang. Sebelah aku ade skrin besar utk tgk jantung and wayar dlm jantung tuh, tapi sumpah aku tak tengok langsung, tiada keberanian utk tgk jantung sendiri yg tengah menggila berdegup sebab doc bg impulse utk trigger abnormal saraf tuh.  

Lama jugakla die dok godek2 jantung aku tuh then Dr Zul jenguk sket kepala die utk bercakap ngan aku, "Ok Suliana, kita dah jumpa saraf yg kita tak nak tuh, so kita monitor kejap dalam 5-10 min utk confirmkan sblom kita burn." Dalam 5-10 minit tuh jantung aku meracau...kejap laju kejap normal pastu laju gile then die slow balik.... dgn wayar2 yg kat dlm badan lagi... aku renung jek skru machine xray tuh sambil berzikir banyak2. Lps 10 minit Dr Zul bg tau die nak burn saraf tuh and die kate ade rasa panas sket. Masa die burn tuh mmg panas dada nih mcm nak meletop... naseb la kejap aje. Lps tuh Dr Zul buka mask, die ckp "Suliana, ok ke? Alhamdulillah, operation berjaya. Jangan bergerak and bengkokkan kaki selama 6 jam ya, sbb takut darah keluar sbb kita usik salur darah utama." Aku senyum kelat and ckp "Alhamdulillah, Thank u so much doctor." Dr Zul angguk and terus keluar dr operation room. 

Aku dibawa ke Recovery Room utk proses keluarkan wayar plak. Kat sni Medical Asisstant and nurse pantau tekanan darah and buat ECG test. Then die ckp "Puan, tarik nafas, tahan ya. saya nak keluarkan wayar. Ok now tarik nafaaaaassss". Zrrruupppppp keluar satu wayar. "Ok tarik nafas, tahaaannn" kata nurse tuh lagi. Zrruuup keluar lagi satu wayar sampailah wayar ketiga dikeluarkan. Then die tekan tempat luka sampai darah stop keluar and tampal plaster. Then aku dibawa masuk bilik wad semula utk dipantau selama 24 jam.

Selama at least 6 jam aku tak boleh bergerak langsung, hatta kepala pon takleh angkat lebih 30 degree. Tak sakit, cuma aku rasa letih yg amat, mcm beranak sekali lagi plak... nurse risau btol klu aku bergerak sbb die kate ade kes sebelum nih patient bergerak and bleeding sampai banjir satu katil. Dada takde rasa sakit cuma ngilu and bisa ulu hati, mungkin kesan burn tadi. Doc kate at least seminggu untuk recover, takleh buat keje berat, dukung anak lagilah big No No. Aku dibenarkan discharged pada 21 April 2017 and berehat di rumah.

Total bill untuk RFA procedure nih adalah RM 19,079.80. Alhamdulillah ditanggung sepenuhnya oleh company...Haih nih yang bertambah sayang kat TNB. Takleh bayang klu kene kuar duit sendiri. Masa register masuk ward ade patient tuh kene bayar deposit utk kos rawatan sampai 50K. Kalau aku, dan dan tuh jugak kene heart attack... hahahha... Jadik belilah insuran untuk perlindungan anda dan anak anda.


                                                                              
Total Bill

Now lepas seminggu after operation, aku rasa sihat Alhamdulillah, even tak bleh bengkok kaki sangat tp dah kurang rasa sengal-sengal and so far tak berlaku dah simptom SVT. Harap-harap aku bleh pulih sepenuhnya untuk menikmati hidup yang sementara ini dengan lebih berkualiti demi keluarga tercinta. It's a wake up call for me, lebih mensyukuri nikmat sihat yang tuhan pinjamkan. Syukur Alhamdulillah. Sekian.

Share
Tweet
Pin
Share
18 Comments


Assalamualaikum w.b.t,

The moment i'm writing this post aku sedang berehat selama hampir 2 minggu selepas 3 hari menjalani RFA procedure di IJN. Post nih saje dibuat untuk kenangan and menceritakan serba sedikit ape yg aku alami 2-3 tahun kebelakangan nih. Actually doctor diagnosed aku mengalami SVT. If google maknanya mcm kat bawah nih:
Supraventricular tachycardia (SVT) means that from time your heart beats very fast for a reason other than exercise, high fever, or stress. For most people who have SVT, the heart still works normally to pump blood through the body.
During an episode of SVT, the hearts's electrical system doesn't work right, causing the heart to beat very fast. The heart beats at least 100 beats a minute and may reach 300 beats a minute. After treatment or on its own, the heart usually returns to a normal rate of 60 to 100 beatsa minute. 
SVT may start and end quickly, and you may not have symptoms. SVT becomes a problem when it happens often, lasts a long time, or causes symptoms. 
Diringkaskan, jantung manusia akan berdegup 60 beats/min pd keadaan rehat, tp jantung aku special sket, die bleh berdegup hingga 200 beats/min tanpa aku buat apa-apa pun. If aku gerak sket, spt jalan or pakai baju ke, lagi lah laju tahap ape ntah.

Aku mula perasan aku alami simptom nih mase umur aku awal 20-an (setelah bekerja di TNB), tp mase tuh it happened dalam tempoh yg singkat (5 min) dan tak kerap (less than 3 times/year). So dlm tempoh tuh aku tak pernah check and abaikan jek since tak mengganggu kehidupan seharian, just masuk toilet and relax dpn cermin kejap pastuh bleh kerja mcm biasa.

Aku mula rasa ada yang tak kena ngan jantung nih bila lepas ade anak. Simptom makin kerap berlaku 5-6 times/year dan tempoh yang lama sket dari biasa (1-2jam). Aku pergi klinik and checkup and doktor  buat ECG test, mintak aku refer hospital. Hospital pertama yang aku pergi ialah Hospital Pantai, mase nih doc tuh dh bg tau aku ade SVT, die kata ianya abnormalities pada jantung yang tak membawa kepada kematian unless ianya jadi teruk. Cuma ada rasa tak selesa jekla and die mintak aku rehat jek kalau kena. Dia kate tak consider teruk lagi untuk nak bagi apa-apa treatment since aku tak merokok, husband tak merokok, tak minum alkohol and masih muda.

So aku pon lega and teruskan rutin mcm biasa, bila jadi aku pergi klinik and die bg propanolol (ubat pil), then ok... So aku pon rase ubat membantu lah utk case aku nih. Tp Doc klinik tuh mintak aku pergi refer pakar jugak, iaitu Sime Darby Medical Centre Ara Damansara, die kate hospital nih mmg specialized in brain, heart and spine. So aku pegi jekla checkup, mahal wooo, consultation+ ecg+propanolol dlm 1.5K. Doc nih pon ckp SVT so aku dh confirm dah masalah aku nih cuma die bg dua option, makan ubat for the rest of my life (bila berlaku) or buat RFA procedure. I opt for ubat since aku rasa masih tak teruk. So ubatlah peneman setia 1-2 tahun tuh (sentiasa ada dlm handbag).

Aku punye worst nightmare ialah masa 3 minggu kebelakangan nih. Masa tuh aku tgh berkejaran ngan anak nak bg makan. Biasalah mak-mak nih bangun duduk tertonggeng nak bg anak makan, macam-macam gaya. Tapi aku tak boleh, aku duduk and bangun tetibe jantung aku berdegup sgt kencang, buat biase jek tapi makin hebat degupan tuh. Aku duduk rehat dgn harapan die ok balik (tak suka amik ubat awal-awal sbb effect die aku akan sakit kepala pastuh). Rehat sejam dua pon tak hilang, aku makan ubat, pon tak hilang. Dan jantung aku berdegup laju sampai keesokan harinya. Esoknya aku dah penat gile, tau tak rasa dia mcm mana? Macam ko exercise tanpa henti selama lebih 24 jam. Berpeluh-peluh, dada rasa berat macam kene tindih. Nak pakai baju pon aku tak larat, carik baju kat almari sambil duduk, mandi sambil duduk.

Kesimpulannya penyakit aku nih dtg lebih kerap and lama, MC pon banyak (produktiviti kerja menurun), masa untuk anak terhad (xleh dah kejar-kejar, and lasak-lasak mcm selalu). Aku rasa stress, tak sihat dan aku langsung takleh minum kopi sbb ianya akan lg memburukkan keadaan aku nih. Makan pil pon takde effect, so doc yang aku selalu wat ECG test kat klinik tuh mintak aku ke IJN sbb die risau tgk keadaan aku, die kate kalau dah tahap lebih 24 jam and ubat tak jalan mmg perlu treatment, sbb nnti blood pressure aku leh turun and aku akan mudah pitam and bila keadaan tuh jadi boleh membahayakan aku. Aku setuju sebab dah tak larat dah selang beberapa hari jek SVT nih dtg. So aku terus ke IJN utk pemeriksaan lanjut.

Aku dpt sesi walk-in jek hari tuh since patient tak ramai, temu janji bersama Dr Zulkeflee, doktor pakar electrophisiology (katenyer ade 15 org jek dlm Malaysia... huhu). Doc nih sempoi, die tau dah aku ade SVT so die explain how it happened dgn panjang lebarnya. Katanya aku ade saraf extra pada jantung yang trigger jantung aku untuk berdegup dgn laju. Caffein, stress and keletihan boleh menyebabkan die jadi lebih teruk, tp even aku stop amik caffein pon takkan sembuhkan SVT nih, dan kenapa jadi makin kerap lately? Sebab dah tua laaa.... SVT boleh jadi lebih kerap and lama bila usia meningkat. Sbb tuh masa awal 20-an die dtg kejap and hilang and awal 30-an makin lama and kerap. So if I aku tak wat treatment skang, risiko akan meningkat seiring usia. Die advised utk aku proceed with Radiofrequency Ablation (RFA) and set appointment pada 19 April 2017 utk admit ward and operation dilakukan pada 20 April 2017.

Doc explain siap drawing 


Dalam tempoh menunggu appointment tuh SVT aku nih makin menjadi-jadi, sampai tahap aku batuk pon die leh berdegup kencang sampai rasa nak mati sbb tak cukup oksigen... rasa nak mati tuh bile aku dah start berpeluh-peluh, pening kepala and nak pengsan. Sempat jugakla pergi emergency tengah-tengah malam sbb dah tak tahan sgt.

Panjang pulak ceritanya....rasa macam kena buat part 2 lah...rajin plak menaip kan... sbb kaki takleh gerak sgt now... so jari jekla yg aktif... ok jumpe dlm next entry. XOXO









Share
Tweet
Pin
Share
8 Comments
Newer Posts
Older Posts

About me



Hello There! I am Suliana. I am a wife to Hairul Hafiz and a mom to two beautiful kids, Humaira and Yusuf. Welcome to my little world where I write about my family's adventures, food, parenting, and random deep thoughts. I use this space to document and celebrate life! Thanks for reading.

My Instagram Updates

Contact Form

Name

Email *

Message *

recent posts

Follow Us

  • facebook
  • instagram
  • youtube

Blog Archive

  • ►  2019 (10)
    • ►  November 2019 (2)
    • ►  October 2019 (2)
    • ►  August 2019 (1)
    • ►  May 2019 (1)
    • ►  March 2019 (3)
    • ►  February 2019 (1)
  • ►  2018 (7)
    • ►  May 2018 (2)
    • ►  March 2018 (2)
    • ►  February 2018 (2)
    • ►  January 2018 (1)
  • ▼  2017 (6)
    • ►  November 2017 (1)
    • ►  October 2017 (3)
    • ▼  April 2017 (2)
      • Pengalaman melakukan Radiofrequency Ablation for S...
      • Pengalaman melakukan Radiofrequency Ablation for S...
  • ►  2016 (8)
    • ►  November 2016 (1)
    • ►  June 2016 (6)
    • ►  May 2016 (1)
  • ►  2013 (3)
    • ►  October 2013 (3)

Total Pageviews

Created with by ThemeXpose . Distributed by Weblyb