Another Day in Paradise: Trip to Maldives Part 3

by - 19:37


Assalamualaikum w.b.t


Hari kedua kami di Holiday Inn Kandooma Maldives, how I wish i could just stop the time. Lepas subuh boleh golek-golek lagi atas katil, then keluar berjalan kaki ke Kandooma Café untuk breakfast. Sambil-sambil tuh Aisyah keluar masuk Kids Club untuk main and join activities.



Breakfast with the view


Variety of fruit juices



My all time fav cappucino




Actually, selain makan tido 😂, ade macam-macam water sports activities yang boleh kita buat kat sini seperti diving, snorkeling, surfing, kayaking, parasailing, jet ski dan sebagainya. Boleh juga nak pergi dolphin cruise, sunset cruise, fishing, or swim next to whale sharks or sea turtles, tapi of course semua aktiviti nih berbayar.

Tapi ade jek yg free, contohnya snorkelling, kita dapat daily complimentary session sepanjang kita stay kat situ. Kena register sehari sebelum kat water sports booth, esoknya kena berkumpul pagi-pagi kat jetty sebelum dibawa menaiki boat ke snorkeling spots. Kita juga diberi 1 hour complimentary untuk kayak, kalau nak lebih masa kena charge. Safety jacket and snorkeling gears for adult and kids sume provided by resort.

Bagi aku aktiviti2 kat sini charge die mahal giler lah, sebab tuh aku syorkan kalau nak buat water sports buat kat Maafushi Island, jauh lebih murah. Boleh juga ke Maafushi Island dulu then baru ke private island, ape pun depends pada interest kita.

Family portrait... Jenuh nak amik nih.... 



Sepanjang aku kat sini tak berkesempatan pun nak buat water sports sebab ade demanding baby.... Haha... Aisyah pulak busy dengan aktiviti die, even masa kita rehat kat bilik pun die masih kat Kids Club lagi. She seems so happy, tambah-tambah ade ramai kawan baru lagilaaaa menjadi-jadi. Takpelah bagi die enjoy puas-puas  dua hari nih sebab bile kat water villa dah agak jauh nak ke Kids Club. So kami laki bini amik masa rehat tenangkan fikiran aje, mase tuhlah rasa btol-btol kita boleh duduk bersembang tanpa rushing pasal apa-apa….. kalau dok umah pon time lunch kena pikir nak masak/tapau apa…. Kat sini semua benda dah siap….

Relaxing

Best beach villa nih... Redup jek dengan pokok2 nih kat luar



My dear son

My dear daughter


Nih type beach house, lebih kurang macam beach villa, tapi die dua tingkat, bawah tuh open space utk relax.. Tak sesuai utk kami yg ade baby sbb ade tangga... Huhu

Beach house kebanyakannya lokasi die mengadap pantai yang boleh mandi

Tengah hari kami jalan-jalan kat pantai, petangnya kami join activity baby shark feeding. Bukan hari-hari die bagi baby shark makan, once a week aje, kebetulan timing kami ade situ, Alhamdulillah boleh join sekali. Seram jugak tengok gaya baby shark tuh grab makanan. Aku terpikir jugak, anaknya ade… maknya mane? Hahahahhaha……. Jangan overthinking sangat, nanti nak cecah kaki ke laut pon seram. So far tak pernah lagi mak bapak shark sesat kat situ katanya.




Beautiful sunsets



Malamnya kami lepak kat Kandooma Café aje, dinner and layan coffee. Aisyah pon pengsan awal sebab kepenatan….. hehehe…. Cukup dulu sampai sini, kita sambung cite hari ketiga dalam next post. Thx for reading!

You May Also Like

0 Comments