• Home
  • Travel
    • New Zealand
    • China
    • Australia
    • Egypt
    • Maldives
  • Health
  • Parenting
  • Sitemap
facebook instagram Email

Walk Of Life

Servant to Allah . Daughter . Wife . Mom . Engineer




Assalamualaikum w.b.t,

Hari keempat di bumi New Zealand, kami bermalam di Wanaka Kiwi Holiday Park and Motels. Macam biasalah tiba dah lewat malam, so tak nampak Wanaka nih ada apa.  At first aku ingat Wanaka nih just a small town, mcm pekan koboi tuh tapi ternyata sangkaan ku meleset sama sekali. Punyelah cantik Wanaka nih, bandar dia dah lah sarat dgn nature, berlatar-belakangkan gunung dan dikelilingi tasik, bukan tuh jek, Wanaka nih ade macam-macam aktiviti yg kita boleh buat, tenang and tak sesak. If aku datang lagi, aku akan spend masa dua hari kat Wanaka.

Selain aktiviti-aktiviti lasak yg boleh dibuat mcm kayak, hiking, trekking dan lain-lain, kita juga boleh spend masa ngan anak-anak dgn pergi ke Puzzling World, Toys Museum, Transport Museum and War Museum. Dikatakan Transport Museum tuh mempamerkan lebih 50 tahun punye collection tau! Tapi tuhla, since kami ade sehari jek kat Wanaka nih, kami cuma sempat ke Puzzling World jek, selain pusing-pusing town.

Pagi-pagi kami dah bersiap utk ke Puzzling World sebab opening hours die from 10am to 5.30pm. Aku beli tiket siap-siap kat Bookme.com, harga jauh lebih murah. Actually boleh pilih tiket sama ada nak masuk kat The Great Maze or Illusion Room. Tapi aku syorkan masuklah kedua-duanya sekali. Macam The Great Maze tuh die buat outdoor, so sejuk-sejuk tuh mmg syok la berlari-lari cari jalan keluar kan…. dapatlah kite panaskan badan, klu tak membeku jek rasa. Humaira pon enjoy boleh lari-lari ikut ummi and abi nyer capai mission and cari jalan keluar. Nampak mudah tapi susah wooo…. Penat jugaklah dok pusing-pusing turun naik tangga. Kami berjaya capai 3 misi jek pastuh surrender, nak cover benda lain plak.


Dari tepi jalan dah nampak building Puzzling World yang colorful nih

Kita main maze dulu sebab outdoor, sementara cuaca pon cun



It was the first of the world's "Super" mazes

Bukti kami dah tawan Red Tower

Over tau die punyer posing

Illusions Room nih lebih kepada ilusi-ilusi mata yang buat kita termenung mcm mana bleh jadi camtuh, haha. Betul-betul mencabar minda logic nih. Paling interesting bagi aku ialah tilt house. Tilt house nih rumah condong, tp pada mata kita ianya rata, so adalah sgt sukar utk kita balance kan badan kita kat dlm rumah nih sbb pemikiran logic kita tak sama mcm reality. Selain tuh banyak lagi lah benda-benda ilusi sampai ke toilet pon die buat 3D painting effect. Lps tuh boleh lepak-lepak kat café minum kopi or having some snacks while playing various types of puzzles yg diletakkan atas setiap meja, cool kan? Ada jugak ruang die jual souvenirs, pelbagai jenis puzzles, books of logic dan macam-macam lagi yang unik-unik. Untuk pencinta puzzle macam aku mmg rasa nak borong, tapi ku pendam hasrat takut overbudget, last-last menyesal. Sape pi sni mohon roger, aku nak kirim buku puzzle kat sni. Huuuuuu.  Again, for those who travel with kids, please jangan miss tempat nih sbb very entertaining.

Next kita ke Illusion Rooms pulak

Inside the Tilt House

Pening......




Do you see a vase or faces?






Minum dulu kat cafe sambil layan puzzle atas meja





Next kami ke Paradiso Cinema. Tak jauh pun dari puzzling world, dlm 10 minit sampai. View sepanjang perjalanan mmg awesome. Tuh cuaca gloomy, kalau cerah lagilah cantik....


Time lapse video perjalanan dr Puzzling World ke Paradiso Cinema

Actually masa survey-survey apa ada kat Wanaka nih aku tertarik dgn satu cinema nih. Die punye cinema concept sgt santai and unik, yang aku tak pernah jumpa lagi. Interior die yang klasik, ade café and die tayang cerita lama-lama, bukan yang terkini yg ada kat wayang. Kat sini pon boleh bawak kids if movie tuh takde age restriction. Since kami nak kejar masa, kami singgah sini minum kopi jekla. Kopi die sedap weh....bg yg ada masa, boleh try layan movie kat sni sbb dalam ruang tayangan tuh aku tgk unik jugak siap ade kereta lama and sofa die letak dlm tuh. Huhuhu.





Cool betul interior die

Layan kopi dulu.... nyummy

Kids Area









Then kami ke lokasi terletaknya The Famous Wanaka Tree aka “Lonely Tree”. I believe you all mesti familiar giler dgn Lonely Tree nih sebab selalu dijadikan wallpaper PC or laptop, hehe. Uniknya Lonely Tree nih, antara banyak-banyak pokok kat situ, die jek satu-satunya pokok yang hidup kat tgh tasik Wanaka tuh. Daun die akan berubah warna mengikut musim. Since aku pergi awal spring, view masih lagi dlm mode winter. Kebetulan hujan lebat tp alang-alang dah sampai ku redah jugak. Masa nih barulah aku appreciate phone yg waterproof sbb camera canggih-canggih (canggih ke?) bukan bleh kena air, kang sampai ke sudah jam takleh guna, lagi naya. So kat sni aku snap gambar pakai sony Z5 aku jek, oh I love my phone!! haha.







Lepas tuh kami jalan-jalan kat kedai-kedai sekitar Wanaka Town, you name it semua kedai ada, tp aku beli satu benda jek… haha… charm Pandora sebagai kenang-kenangan. Harga lebih kurang Malaysia jek, tp ade charm Burung Kiwi, I suke I suke. Lepas puas cuci mata keluar masuk kedai, kami pon lepak kat tepi tasik Wanaka utk prepare lunch sebelum bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Queenstown.


Jalan-jalan cuci mata di Wanaka Town











Wanaka Wharf

Bubbye Wanaka, till we meet again :(


Dalam perjalanan ke Queenstown,  kami melalui pekan Cromwell yang terkenal dengan ladang buah-buahannya. Kami sempat singgah utk beli real fruit ice cream. Sejuk-sejuk pon belasah jugak sbb nak rasa punye pasal, rasa die mmg sedap. Sila cuba. Hehe.


Banyak betul pilihan buah-buahan kat sini

Booth real fruit ice cream

Nyummy.... sedap tp sejukkk

Kami sampai di bandar Queenstown dah malam, tapi malam kat sini meriah. Queenstown nih bandar die besar and terkenal dengan aktiviti-aktiviti extreme mcm skydive, zipride, bungy jumping and canyon swing. Kalau berani bleh cuba, but not for me, haha. Aktiviti-aktiviti extreme nih agak mahal, so standby duit jeklah. Sekali seumur hidup, why not kan? So kite cite pasal Queenstown in my next entry k? Ade banyak benda best nak story kat Queenstown nih. Haih every daerah kat South Island nih ade signature and keunikan die sendiri. Takde tempat yang tak best lah senang cite. So stay tune ya. Thanks for reading!

Share
Tweet
Pin
Share
No Comments

Assalamualaikum w.b.t

Hi, welcome back! Kita sambung perjalanan di hari ketiga. Boleh dikatakan pagi di hari ketiga nih pagi yang paling indah dalam hidup aku. Mana taknya, celik-celik mata selak langsir campervan nampak view snowcapped mountains, di depannya terbentang tasik yang membiru. I can’t believe my own eyes, pemandangan di Lake Tekapo macam lukisan!

Walaupon sejuk yang amat, ku gagahkan juga minum kopi kat bench sambil menikmati view sepuas-puasnya sebelum kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu ke Hooker Valley. Lepas prepare breakfast, kami pon jalan-jalan sekitar town utk cari spot wajib bergambar kat sini. Besar juga town nya, meriah…. Hotel jangan cakapla, bersepah-sepah. 

My morning View... awesome.

Nih lokasi parking kami, paling mahal dr yang lain-lain tapi berbaloi

Layan Kopi dulu sambil menikmati pemandangan

Pemandangan Lake Tekapo yang tak jemu mata memandang


Perjalanan meninggalkan our campsite


Lake Tekapo town

Ummi and Humaira


Abaikan Ummi yang jakun di situ

Masih mood winter, Lupin masih belum muncul

On the way dari Lake Tekapo to Hooker Valley.... singgah jap tepi jalan... sepanjang jalan view camnih.

Tak sia-sia mat saleh kedai bagi Humaira belon, bleh ummi wat prop. hehe

Masuk hari ketiga nih, aku dah perasan Humaira cam tak buang air besar sejak hari pertama kami di New Zealand. Selera makan pon macam berkurang, so aku suspect die ada masalah sembelit. Mungkin die tak cukup minum air, and waktu makan yg tak menentu menyebabkan die sembelit. Aku pulak semua ubat aku bawak, kecuali ubat sembelit. Memang betul-betul terlupa. So, kami decide utk ke farmasi terdekat utk beli ubat Humaira dulu. Mujur ade farmasi kat Twizel town. Alhamdulillah Allah permudahkan, memang ada ubat sembelit for kids, 7AUD jenis sirap. Keluar jek dr farmasi terus Humaira poop…. Adeh, takpelah in case kalau jadi lagi dah standby ubat, so ummi tak risau. Benda yg amat2 penting if travel with kids selain makanan yg mencukupi, ialah ubat-ubatan dan emergency kit, please jgn pandang remeh especially roadtrip yg makan masa berjam-jam and payah nak jumpa town.


Twizel Town

We continued our journey to Hooker Valley, di mana terletaknya Mount cook, the highest mountain in New Zealand. Main reason kenapa aku nak pergi sgt South Island, NZ nih because of this place. Besar harapan supaya aku gigih bawak Humaira utk trekking sbb view kat sni tersangatlah awesome, Subhanallah. Malangnya smpai kat point Hooker Valley track tuh, hujan turun agak lebat, if aku berdua ngan hubby mmg aku redah, tp taknak tanggung risiko bila ada Humaira. Sampai kat situ pon aku dah bersyukur sgt, aku spend masa agak lama jugak kat situ, prepare lunch, minum coffee, nikmati puas2 moment tuh, ntah bile dpt sampai lagi….. Kalau ke South Island nih, please jangan miss Hooker Valley nih, kerana sepanjang perjalanan view sgt memukau, mulut tak habis-habis memuji Sang Pencipta.


Journey to Mount Cook... Yang membiru tuh Lake Pukaki

Semakin dekat, semakin kerdil rasanya diri bila melihat besarnya ciptaan Allah di depan mata


Next time datang kene trekking kat Hooker Valley nih... harap-harap i masih ada tenaga masa tuh... huhu
While ummi amik pemandangan kat luar, dua beranak nih main doctor2 kat dlm campervan. Hujan agak lebat kat luar, Humaira takleh keluar. 



Ku tenung-tenung gunung di depan mata, Ku fikir-fikir bila kan sampai lagi

Our campervan di kelilingi banjaran gunung yang memukau

Lepas tuh kami teruskan perjalanan tanpa berhenti terus ke bandar Wanaka. Aku nasihatkan u all bergeraklah awal supaya sampai ke destinasi tidak menjelang malam. Ikut pengalaman aku, jalan ke Wanaka tuh sgt-sgtlah sunyi. Bila lepas maghrib jek cuaca makin sejuk dan berangin, ade satu masa campervan kami tetiba mcm ditolak oleh angin, nasib baik hubby sentiasa berjaga-jaga and cepat-cepat kawal stereng. Memang bahaya dan mencemaskan.

Malam tuh kami check in di Wanaka Kiwi Holiday Park and Motels. Seperti biasa dinner and tidur. Esok kita nak ronda-ronda bandar Wanaka yang tenang nih, ade aktiviti sket di Puzzling World so kene kumpul energy.. hehe. Stay tune ya!!  

Share
Tweet
Pin
Share
No Comments

Assalamualaikum w.b.t

Pagi nih kami siap-siap utk checkout dari Airport Lodge Motel untuk amik campervan di Wendekreisen office. Guess what? The office is just walking distance jek dari motel kami and this is why I chose Airport Lodge Motel selain rating die yang excellent. Motel nih besar, selesa, ade playground for kids, urusan check in yg mudah, free airport transfer, and dapat fresh milk freee lagi…. Bayangkanlah sampai Airport Christchurch waktu malam and kedai dah tutup, tetibe die bagi susu free, memang rezeki Humaira. Oh ya die ade jugak jual fruit yogurt yang sedap, aku beli 4 trus buat stok.

So pagi tuh lepas bagi Humaira main playground kejap kami pon berjalan kaki ke office Wendekreisen which is 600m away jek. Tak terasa pon penatnya, yelah sibuk tgk kiri kanan menikmati kawasan perumahan sekitar yg cantik-cantik di Christchurch. We left our bags at the motel reception, lps amik campervan nanti kami singgah balik kutip….. hehe.


Our motel no 14 btol2 sebelah playground, happy lah Humaira

Airport Lodge Motel
The Kitchen
The Room
Sampai di Wendekreisen office diorang mmg dah siapkan semua (sbb dah isi booking details few days sebelum fly via email). So urusannya mudah, die tandakan siap-siap existing defects yang ada pada campervan tuh dlm satu form utk record diorang. So nnti masa kita pulangkan diorang senang nak kenalpasti defect baru yg kita buat. Jadi check ngan diorang btol2, amik gambar puas-puas sbg record,  supaya mudah masa nak pulangkan nanti, takdelah dakwa-dakwi kannnn. Dia explain la secara general pasal campervan tuh, so please ask secara detail if you all rasakan perlu. Sebab lepas nih you all akan bawak campervan tuh beribu KM jauhnya. Amik tau mana tayar spare, emergency tools, lokasi bateri dan lain-lain. Tanye jugak emergency no utk dihubungi jika berlaku kecemasan and simpan leklok.

In front of Wendekreisen Office
Die explain everything termasuklah cara guna portable toilet and heater (dlm box)
Lepas dapat kunci apa lagi, jom kita start our roadtrip, yeay!! So hari nih destinasi kami adalah untuk ke Lake Tekapo dan bermalam di sana. First kami ke supermarket Pak n Save di Christchurch utk stok barang mentah beberapa hari. Haaa yg nih pon aku ada beberapa tips nak kongsi. Untuk jimat, you all cari bawang putih and halia yang dah siap blender, ade jual kat area sayur. Packaging die dalam botol plastic, senang and murah, takyah kupas-kupas. Untuk sayur plak, beli yg jenis frozen, kat area fries sume tuh. Senang weh nak buat sayur campur ke, tomyam ke, semudah ABC. Sayur die bukan murah wooo….. tapi up to you lah, kalau rajin nak potong sayur macam kat umah… why not kan? Hehehe Then aku beli ayam jenama Brinks, certified halal oleh FIANZ (Federation of Islamic Associations of New Zealand inc.). Sila google utk maklumat lanjut. Selain tuh aku beli udang sket, nih pon yg jenis frozen, senang trus campak jek nak masak,ikan tak beli sbb ikan mahal, best tak alasan aku? Hehe Dlm RM 300++ shopping kat sini, ok lah kan, dari makan kebab, sekali makan terbang RM 50.

Termenung hakak tengok resit
Lepas shopping kami teruskan perjalanan. Untuk ke Lake Tekapo  ade beberapa route yang boleh dipilih. Biase org akan pilih laluan nih sebab lebih singkat waktu perjalanan:

Route 1
My route to Lake Tekapo
Tapi I kan suke cari penyakit, I pilih laluan scenic route yang extra stengah jam perjalanan dari laluan yang pertama, bagi aku berbaloi-baloi la sebab sepanjang laluan cantik, rasa sume tempat nak berhenti. Untuk laluan nih you all akan jumpa padang-padang yang seluas mata memandang, bentuk muka bumi yang berbukit bukau, and merentasi jambatan-jambatan yang dibawahnya mengalir sungai-sungai yang kebiruan. Haih, apa yang aku tunjukkan dalam gambar hanyalah beberapa percent sahaja utk menggambarkan keindahan view perjalanan kami. Kena tgk dengan mata sendiri dan nikmati keindahan alam tanda kebesaran Sang Pencipta.

Tak banyak spot pon yang kami sempat berhenti utk bergambar sebab risau sampai lewat malam nanti. Antara tempat yang kami stop and berhenti adalah kat Rakaia River. You all tak jumpe view nih kalau lalu kat laluan pertama tuh. Kat sini mmg ada tempat berhenti untuk you all jalan-jalan kat River nih. Ada juga aktiviti Jet Boat kat sini. Cantik… sgt cantik… I wish I could spend more time kat sni, but apakan daya, perjalanan harus diteruskan.

Fresh and calm
Belakang tuh Rakaia Bridge


Air yang jernih rasa nak berendam jek

 View sepanjang perjalanan menuju ke Lake Tekapo.

Bila dah nampak view macam nih maknanya kita dah nak sampai ke destinasi. 
Sampai di Lake Tekapo dalam pukul 8 malam. Gelap dah…. Tak Nampak ape pon. Kami stay kat Lake Tekapo Motels and Holiday Park yang aku dah book lebih awal. Aku sengaja pilih lokasi mengadap tasik (powered lakeview site), best view katanya, harga pon best lah, tang nih aku tak berkira sangat, haruslah dapat best view kan?? Ntah bile la nak sampai lagi. Powered site nih yang termahal aku book sepanjang kami kat South Island nih which is 56 NZD (RM 160 ++) for 2 adults. Kat sini facilities semua lengkap, dun worries.

Kita sambung keesokan harinya dalam next entry k. Terkezut weh tgk view bile dah pagi, yelah malam tadi mne nampak pape… gelap jek. So keep calm and wait for my next entry….Bye… Haha….

Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Newer Posts
Older Posts

About me



Hello There! I am Suliana. I am a wife to Hairul Hafiz and a mom to two beautiful kids, Humaira and Yusuf. Welcome to my little world where I write about my family's adventures, food, parenting, and random deep thoughts. I use this space to document and celebrate life! Thanks for reading.

My Instagram Updates

Contact Form

Name

Email *

Message *

recent posts

Follow Us

  • facebook
  • instagram
  • youtube

Blog Archive

  • ▼  2019 (10)
    • ▼  November 2019 (2)
      • Another Day in Paradise: Trip to Maldives Part 3
      • Another Day in Paradise: Trip to Maldives Part 2
    • ►  October 2019 (2)
    • ►  August 2019 (1)
    • ►  May 2019 (1)
    • ►  March 2019 (3)
    • ►  February 2019 (1)
  • ►  2018 (7)
    • ►  May 2018 (2)
    • ►  March 2018 (2)
    • ►  February 2018 (2)
    • ►  January 2018 (1)
  • ►  2017 (6)
    • ►  November 2017 (1)
    • ►  October 2017 (3)
    • ►  April 2017 (2)
  • ►  2016 (8)
    • ►  November 2016 (1)
    • ►  June 2016 (6)
    • ►  May 2016 (1)
  • ►  2013 (3)
    • ►  October 2013 (3)

Total Pageviews

Created with by ThemeXpose . Distributed by Weblyb