Pengalaman melakukan Radiofrequency Ablation for SVT di IJN - Part 1

by - 18:37



Assalamualaikum w.b.t,

The moment i'm writing this post aku sedang berehat selama hampir 2 minggu selepas 3 hari menjalani RFA procedure di IJN. Post nih saje dibuat untuk kenangan and menceritakan serba sedikit ape yg aku alami 2-3 tahun kebelakangan nih. Actually doctor diagnosed aku mengalami SVT. If google maknanya mcm kat bawah nih:
Supraventricular tachycardia (SVT) means that from time your heart beats very fast for a reason other than exercise, high fever, or stress. For most people who have SVT, the heart still works normally to pump blood through the body.
During an episode of SVT, the hearts's electrical system doesn't work right, causing the heart to beat very fast. The heart beats at least 100 beats a minute and may reach 300 beats a minute. After treatment or on its own, the heart usually returns to a normal rate of 60 to 100 beatsa minute. 
SVT may start and end quickly, and you may not have symptoms. SVT becomes a problem when it happens often, lasts a long time, or causes symptoms. 
Diringkaskan, jantung manusia akan berdegup 60 beats/min pd keadaan rehat, tp jantung aku special sket, die bleh berdegup hingga 200 beats/min tanpa aku buat apa-apa pun. If aku gerak sket, spt jalan or pakai baju ke, lagi lah laju tahap ape ntah.

Aku mula perasan aku alami simptom nih mase umur aku awal 20-an (setelah bekerja di TNB), tp mase tuh it happened dalam tempoh yg singkat (5 min) dan tak kerap (less than 3 times/year). So dlm tempoh tuh aku tak pernah check and abaikan jek since tak mengganggu kehidupan seharian, just masuk toilet and relax dpn cermin kejap pastuh bleh kerja mcm biasa.

Aku mula rasa ada yang tak kena ngan jantung nih bila lepas ade anak. Simptom makin kerap berlaku 5-6 times/year dan tempoh yang lama sket dari biasa (1-2jam). Aku pergi klinik and checkup and doktor  buat ECG test, mintak aku refer hospital. Hospital pertama yang aku pergi ialah Hospital Pantai, mase nih doc tuh dh bg tau aku ade SVT, die kata ianya abnormalities pada jantung yang tak membawa kepada kematian unless ianya jadi teruk. Cuma ada rasa tak selesa jekla and die mintak aku rehat jek kalau kena. Dia kate tak consider teruk lagi untuk nak bagi apa-apa treatment since aku tak merokok, husband tak merokok, tak minum alkohol and masih muda.

So aku pon lega and teruskan rutin mcm biasa, bila jadi aku pergi klinik and die bg propanolol (ubat pil), then ok... So aku pon rase ubat membantu lah utk case aku nih. Tp Doc klinik tuh mintak aku pergi refer pakar jugak, iaitu Sime Darby Medical Centre Ara Damansara, die kate hospital nih mmg specialized in brain, heart and spine. So aku pegi jekla checkup, mahal wooo, consultation+ ecg+propanolol dlm 1.5K. Doc nih pon ckp SVT so aku dh confirm dah masalah aku nih cuma die bg dua option, makan ubat for the rest of my life (bila berlaku) or buat RFA procedure. I opt for ubat since aku rasa masih tak teruk. So ubatlah peneman setia 1-2 tahun tuh (sentiasa ada dlm handbag).

Aku punye worst nightmare ialah masa 3 minggu kebelakangan nih. Masa tuh aku tgh berkejaran ngan anak nak bg makan. Biasalah mak-mak nih bangun duduk tertonggeng nak bg anak makan, macam-macam gaya. Tapi aku tak boleh, aku duduk and bangun tetibe jantung aku berdegup sgt kencang, buat biase jek tapi makin hebat degupan tuh. Aku duduk rehat dgn harapan die ok balik (tak suka amik ubat awal-awal sbb effect die aku akan sakit kepala pastuh). Rehat sejam dua pon tak hilang, aku makan ubat, pon tak hilang. Dan jantung aku berdegup laju sampai keesokan harinya. Esoknya aku dah penat gile, tau tak rasa dia mcm mana? Macam ko exercise tanpa henti selama lebih 24 jam. Berpeluh-peluh, dada rasa berat macam kene tindih. Nak pakai baju pon aku tak larat, carik baju kat almari sambil duduk, mandi sambil duduk.

Kesimpulannya penyakit aku nih dtg lebih kerap and lama, MC pon banyak (produktiviti kerja menurun), masa untuk anak terhad (xleh dah kejar-kejar, and lasak-lasak mcm selalu). Aku rasa stress, tak sihat dan aku langsung takleh minum kopi sbb ianya akan lg memburukkan keadaan aku nih. Makan pil pon takde effect, so doc yang aku selalu wat ECG test kat klinik tuh mintak aku ke IJN sbb die risau tgk keadaan aku, die kate kalau dah tahap lebih 24 jam and ubat tak jalan mmg perlu treatment, sbb nnti blood pressure aku leh turun and aku akan mudah pitam and bila keadaan tuh jadi boleh membahayakan aku. Aku setuju sebab dah tak larat dah selang beberapa hari jek SVT nih dtg. So aku terus ke IJN utk pemeriksaan lanjut.

Aku dpt sesi walk-in jek hari tuh since patient tak ramai, temu janji bersama Dr Zulkeflee, doktor pakar electrophisiology (katenyer ade 15 org jek dlm Malaysia... huhu). Doc nih sempoi, die tau dah aku ade SVT so die explain how it happened dgn panjang lebarnya. Katanya aku ade saraf extra pada jantung yang trigger jantung aku untuk berdegup dgn laju. Caffein, stress and keletihan boleh menyebabkan die jadi lebih teruk, tp even aku stop amik caffein pon takkan sembuhkan SVT nih, dan kenapa jadi makin kerap lately? Sebab dah tua laaa.... SVT boleh jadi lebih kerap and lama bila usia meningkat. Sbb tuh masa awal 20-an die dtg kejap and hilang and awal 30-an makin lama and kerap. So if I aku tak wat treatment skang, risiko akan meningkat seiring usia. Die advised utk aku proceed with Radiofrequency Ablation (RFA) and set appointment pada 19 April 2017 utk admit ward and operation dilakukan pada 20 April 2017.

Doc explain siap drawing 


Dalam tempoh menunggu appointment tuh SVT aku nih makin menjadi-jadi, sampai tahap aku batuk pon die leh berdegup kencang sampai rasa nak mati sbb tak cukup oksigen... rasa nak mati tuh bile aku dah start berpeluh-peluh, pening kepala and nak pengsan. Sempat jugakla pergi emergency tengah-tengah malam sbb dah tak tahan sgt.

Panjang pulak ceritanya....rasa macam kena buat part 2 lah...rajin plak menaip kan... sbb kaki takleh gerak sgt now... so jari jekla yg aktif... ok jumpe dlm next entry. XOXO









You May Also Like

8 Comments

  1. Kes sama kita sis. Sy esok admit ward. Tp jntung sy xlaju.. cuma dia terlampau keras n ada abnormality lebih degupan, buat dengan doktor zulkeflee. Semoaga semua berjalan lancar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga dah sembuh and sihat seperti biasa...

      Delete
  2. Lps buat ad lg x double heartbeat tuh??

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far alhamdulillah takde berlaku dah....

      Delete
  3. Saya pun ada masalah svt dan doktor syorkan perkara yang sama. Sejak puan buat ablation pd 2017, adakah ia betul2 pulih sekarang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan dh buat procedure ni? Nak tau kos tahun 2021 ni adakah naik berkali ganda dari yang puan Noor Suliana share...

      Delete
    2. saya pn doc sruh buat ablation tp dh 2 kali tangguh..2022 ni brapa la agaknya kos kn.nk buat kt ijn sbb sabah kna tunggu pakar dtg cni lepas tu sma jg kos mahal better buat ijn trus.

      Delete
  4. Puan dh buat procedure ni? Nak tau kos tahun 2021 ni adakah naik berkali ganda dari yang puan Noor Suliana share...

    ReplyDelete