Road Trip to South Island New Zealand Day 9 and 10: Oamaru, A Lovely Victorian Town

by - 10:14


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, akhirnya dah sampai ke posting terakhir utk Road Trip South Island, New Zealand. Actually tengah tak berapa sihat plus sarat pregnant, tapi ramai yang PM mintak habiskan post terakhir nih as rujukan. So akak usahakan jugak la ye demi pembaca setia.

Pagi di hari ke-9 nih kami bangun dengan view pesisiran pantai yang indah. Oamaru, sebuah bandar lama yang sarat dengan sejarah era Victoria yang dapat kita lihat pada keunikan senibina bangunannya. Lepas breakfast, kami mulakan aktiviti dengan berjalan-jalan di Oamaru Harbour dan Blue Penguin Colony, semuanya walking distance jek dr Harbour Tourist Park. Staf Harbour Tourist Park tuh bagi tau kalau nak tgk penguin ikut nasib, kalau nasib baik, tepi-tepi pantai tuh pon dah nampak dah, tapi nampaknya nasib tak menyebelahi aku, sekor penguin pun aku tak jumpa…. Mne ntah die sorok… huhu. Yang kami jumpa cuma sea lion jek terdampar kat batu.





Nampak cool jek, tapi awas, ada jarak selamat yang ditetapkan








 The historical Macandrew Wharf





 Ade u olls nampak penguin? tuhaaa ibu and anak penguin tgh jalan


Oamaru Harbour

Next kami ke Steampunk HQ, letaknya belakang Harbour Tourist Park jek. Steampunk HQ nih sebuah bangunan yang mempamerkan koleksi science fiction yang menggunakan steam technology. Ade banyak futuristric machines ala-ala dalam TV show Dr Who, unik dan pelik…. Susah aku nak describe tapi kalau korang ke Oamaru jangan lupa singgah sini utk tgk sendiri.




















 Elephant tuh bleh bergerak okeyy if masukkan syiling... huhu








Jom kita tgk ape ade dlm bilik nih dlm video di bawah






















Lepas tuh kami pusing-pusing kat area town, singgah kat kedai barangan terpakai, mcm bundle la, tapi die punyer barang rare btol, ko bayangkanla baju kawen zaman nenek ko pon die ade jual lagi. Patung2 ala-ala Annabelle, baju2 zaman era Victoria dan macam-malam lagi. Aku masuk kedai dah macam melawat muzium, naseb tak kena halau ngan tokey tuh, naseb baik orgnya very friendly and sempat berselfie lagi ngan kami.





 The Historical Criterion Hotel





Owner kedai bundle rare... dlm video kat bawah bleh tgk ape ade dlm kedai die




For me, Oamaru mmg lah tak happening macam bandar2 lain, tapi cukup unik utk kita rasa pengalaman berbeza yg tak mungkin dapat kat tpt lain.

Kami teruskan perjalanan ke destinasi terakhir kami pada hari itu iaitu bandar Christchurch, sebelum perjalanan pulang ke Malaysia pada keesokan harinya. Sebelum Check in di Christchurch Top 10 Holiday Park, kami singgah ke Christchurch Botanic Garden. Taman nih besar dan cantik, bunga-bunga tgh berkembang, kami ambil kesempatan menikmati kesegaran angin petang sambil melayan Humaira main playground and berkejaran ngan itik yang bersepah kat sini…. Huhu. Macam tak percaya road trip kami dah hampir sampai ke penghujungnya, trip paling lama yang pernah aku and husband lalui. Penat dan letih jangan cakapla, kami dah mula rindu tilam empuk kami kat rumah, masakan bonda, dan masa melepak kat rumah tanpa pegi mana2….. yelah selama 10 hari ko celik mata jek dah tersusun aktiviti, menjelang malam baru sampai destinasi dan berehat…. Memang meletihkan.
























Lepas cuci campervan kat auto car wash, kami terus check in di Christchurch Top 10 Holiday Park, dinner and packing baju. Keesokannya kami bersihkan campervan sebelum dipulangkan semula ke Wenderkreisen office. Alhamdulillah, takde sebarang masalah, deposit kami dipulangkan 100% dan pihak Wenderkreisen turut menghantar kami ke airport utk penerbangan domestik kami ke Auckland pada pukul 2pm. Kami bergerak awal ke airport, dlm pukul 11 pagi agar segala urusan berjalan lancar.

Kami tiba di Auckland airport pada pukul 3.30 pm dan berjalan kaki ke International Airport kerana flight kami ke Malaysia akan berlepas pada 7.30 malam, 12 Sept 2017. Urusan di airport ketika balik lebih mudah dan smooth berbanding ketika tiba di Auckland tempoh hari. Rasa penat tak seperti waktu kami mula2 sampai dulu, masa balik nih lebih relax dan santai. Alhamdulillah, flight tiba seperti yg dijadualkan dan kami selamat tiba ke tanahair pada pukul 5am, 13 Sept 2017.


 Kat NZ nih if kita solat kat open area, diorang tak tgk pelik pun, so dun worry. Mase nih flight ke Malaysia dah sampai, tunggu nak masuk jek.


Bubbye New Zealand, see u next time Insyaallah

Perasaan bercampur baur, gembira sebab selamat sampai ke tanahair, namun tak dinafikan aku tetap sedih sebab terpaksa meninggalkan bumi New Zealand yang sungguh indah. Entah bila dapat kujejakkan kaki ke sana lagi, setiap ceruk langkah yang kami lalui di sana pasti dirindui dalam lipatan memori. Tak pernah sedikit pun aku menyesal berhabis duit utk satu pengalaman yang tak ternilai. Semoga terus dimurahkan rezeki agar dapat aku mengembara di bumi tuhan yg luas ini dan mengagumi keindahan alam ciptaanNya. Sekian.

You May Also Like

0 Comments