The Ancient Egypt Part 1 : Terkandas di Airport dan Penerbangan Dibatalkan
Assalamualaikum w.b.t
Tajuk Egypt, gambar Pullman
Putrajaya… hehe… takpe bace dulu ye. Actually lama btol tak update blog, almost
setahun… tapi nak menulis jugak sebab pengalaman kali nih sungguh berbeza. Langsung
tak pernah terlintas di fikiran aku yang aku akan ke Mesir pada tahun 2018
since 2018 adalah tahun aku focus mengandung dan melahirkan anak kedua, Ahmad
Yusuf.
Tapi entahlah dah rezeki,
ditakdirkan ketika itu ada ruang dan masa yang sesuai, and Alhamdulillah mama
plak ada kelapangan nak jaga Humaira dan Yusuf, so aku pun follow husband bekerja
di Mesir selama 10 hari bersama beberapa orang lagi kawan sekerja dan keluarga
mereka. Aku memang blur gile mase tuh, beli tiket and selang beberapa hari trus
fly. No preparations at all cuma aku
tolong la jadi assistant husband, booking kan hotel, kira budget, susun jadual,
google itu ini dan mcm-mcm lagilah. Almaklumla, org dah blanje kita travel, kenalah mengampu lebih sket kan... huhu.
Sebenarnya kami dijadualkan
berlepas ke Mesir pada 2 November 2018 dengan pesawat Saudia pukul 11 malam,
tapi malangnya ade pula aral melintang yang betul-betul menguji kesabaran.
Flight kami delay hampir 17 jam! Pada 4 jam pertama kami terkandas di airport,
pihak airlines bagi kupon makanan percuma (Burger King). Setelah lama melepak
kat Burger King tuh, kami ke ruang menunggu semula, namun tiada tanda-tanda
yang flight akan berlepas. Semua passenger dah mengantuk gila, semua tersadai kat
kerusi dan lantai airport. Lepas 6 jam, kami dimaklumkan flight malam tuh
terpaksa dibatalkan kerana terdapat kerosakan minor namun tidak dapat dibaiki
segera kerana mereka ketiadaan spare part. Kami juga diberitahu selepas
kejadian pesawat Lion Air terhempas, semua Airlines perlu melalui pemeriksaan
keselamatan yang amat ketat. Ketika kami dimaklumkan pasal flight cancel tuh,
mase tuh dah pukul 5 pagi. Muka dah macam zombie, nak marah pun tak boleh. Dari
satu sisi rasa geram, tapi bila difikirkan balik lebih baik segala kerosakan
mereka detect awal dari berlaku kejadian yg tak diingini kan? So aku anggap jek
tuh satu hikmah utk kami.
Muke excited |
Muke masing-masing dah boring |
Jadi, utk semua penumpang yang
terkandas, pihak airlines telah sediakan hotel, boleh pilih samada nak menginap
di Pullman Putrajaya atau Holiday Inn Glenmarie, so kami pilih Pullman
Putrajaya since lebih dekat dgn airport. Maka bercutilah kami di Putrajaya sementara
menunggu next flight yang mereka sendiri tak boleh pastikan waktunya. Perasaan
yang pada asalnya excited bertukar jadi risau and bingung sbb tetiba ko kena
tido kat Pullman Putrajaya, gi brekfes, lunch, macam org takde arah… habis
seluruh pelusuk hotel aku redah sbb bosan..hahaha… husband aku lagi kesian,
semua jadual yg dirancang kena rombak semula, naseb ade assistant yg cekap. Ehem.
Ehem. Kami sengaja tak bagi tau sesiapa yg flight kami masih belum berlepas sebab
taknak sesiapa risau especially our parents. So dah alang-alang menginap kat sini kita explore lah ape ade kat sini ye.
Bagi aku the best part is bilik dia. Interior yang menarik with Moroccan design memang menyejukkan hati yang tengah panas sbb flight cancel...haha. Byk detail yang buat kita rasa wow uniknya... Bilik dia lengkap dengan balcony mcm kat bawah nih.
The Balcony |
Tgk ruang nih rasa mcm nak makan anggur sambil tgk rakyat jelata kat bawah. haha |
The beds... bilik free so redha jeklah tak dpt queen bed |
Selain dr bilik, yg lain so-so jek kot, tak brape kids friendly sbb play area die tak brape menarik. Dari segi makanan bg aku sedap and banyak pilihan.
The Pool |
The Playroom |
Game Room.. hurmm yg ade snooker, soccer table ngan tv |
Klu larat bleh la main giant chess nih |
Selesai makan tengah hari, kami
dpt panggilan dari Saudia mengatakan flight kami akan berlepas pada 4.30 ptg,
So bergegasla kami kemas barang utk ke airport. Alhamdulillah,flight kami pun
berlepas seperti dijadualkan dan tiba di destinasi transit iaitu Jeddah dengan
selamat.
Alhamdulillah, akhirnya perjalanan dapat diteruskan |
Part 1 punye sembang tak sampai-sampai lagi Mesir nampaknya. Mungkin dlm Part 2 kita dah boleh cite
pasal Mesir, hopefully 😀. Tapi utk part 1 nih, rasanya cukup dulu sampai sini sbb aku nih sejenis yang
suke cerita detail untuk rujukan dan ingatan pada masa depan. Itu pun kalau
blog masih relevan ketika tuh. Hehe. Till then, assalamualaikum. Bye!
0 Comments