The Ancient Egypt Part 6: Menjejaki Kegemilangan Pemerintahan Sultan Salahuddin Al-Ayyubi
Assalamualaikum w.b.t
Bersambung dari entri lepas, lepas puas berjalan di Pyramids of
Giza, aku and husband menggunakan perkhidmatan Uber untuk ke satu lagi must
visit place kat Cairo iaitu Kubu Sultan Salahuddin Al-Ayyubi atau dengan nama
lainnya Cairo Citadel. Kubu yang menjadi lambang kegemilangan pemerintahan
Islam nih siap dibina pada tahun 1182M yang bertujuan untuk melindungi Mesir
dari kekejaman tentera Salib. Uniknya kubu ini, bagi memastikan binaan asasnya
kukuh, Sultan Salahuddin telah mengarahkan agar binaannya menggunakan batu yang
sama digunakan utk membina pyramid. So tak hairanlah walaupun setelah lebih 700
tahun, kubu yang pernah menjadi pusat pemerintahan mesir nih masih teguh
berdiri. Sultan Salahuddin juga telah membina sistem saliran yang mampu
membekalkan air dari Sungai Nil ke seluruh kawasan kubu.... canggih bukan? huhuhu.
Dalam kawasan kubu nih juga terdapat dua buah masjid yang popular
iaitu Masjid Muhammad Ali Pasha dan Masjid Sultan Al-Nasir Muhammad Ibn Qala'un.
First kami ke Masjid Sultan Al-Nasir Muhammad Ibn Qala’un yang dibina oleh Sultan Hassan bin Al-Nasir Muhammad Ibn Qala’un pada 1356M di zaman Kesultanan Mamluk. Kami berkesempatan masuk dan berbual
dengan Imam masjid ini yang menyambut kami dengan alunan bacaan Al-Quran dan
doa…. Terharu.. lama jugak die melayan kami explain tentang masjid tuh dan
sejarahnya. Satu yang aku kagum dengan Mesir ialah Al-Quran nih menjadi
kebiasaan di bibir mereka, sambil-sambil jaga kedai, diorang akan alunkan
ayat-ayat Al-Quran. Kalau tak pun, ayat-ayat Al-Quran sentiasa dipasang tak
kiralah kat kedai or restoran. Pakcik-pakcik yang berniaga kat tepi-tepi jalan,
kebanyakan ada Al-Quran kecil di sisi mereka. Jom dengar bacaan Al-Quran dari
imam nih, meremang bulu roma, terus sampai ke jiwa…. Masyaallah….
El-Naser Mohamed Ibn Qalawoon Mosque |
Ruang dalam masjid |
Bergambar kenangan bersama Imam masjid |
Banyak pesanan dan nasihat disampaikan kpd suami sebelum kami beredar |
Imam mengalunkan ayat suci Al-Quran, mic tak diperlukan, memang dah kuat bergema satu masjid...
Bacaan doa
Selepas tuh kami ke sebuah lagi masjid iaitu
Masjid Muhammad Ali Pasha yang dibina pada zaman Raja Muhammad Ali Pasha pada
tahun 1830M. Istimewanya masjid ini, dindingnya diperbuat dari marmar putih dari
daerah Aswan. Kubahnya pula mirip Masjid Aya Sophia di Istanbul, Turki.
Kedudukannya yang terletak di atas bukit membolehkan kita melihat seluruh
pemandangan Kaherah dari halamannya sahaja. Terkesima aku dibuatnya……
Subhanallah…
Kat kawasan masjid nih ade jek anjing berkeliaran, tp husband cakap anjing mesir baik2... Takdenyer nak kejar org... Yolahhh tuh |
Kawasan ambil wudhu'
Bahagian dalam masjid |
Besar masjid nih, tak percaya dah 700 tahun usianya |
Salah satu dari pintu utama, luar tuh tempat wudhu' |
Keluar dari pintu tuh trus ke halaman masjid yg menyajikan panorama kaherah dari atas bukit |
Memukau |
Agaknya pemerintah Mesir dulu-dulu mesti lepak kat sini sambil fikir masalah negara...huhu |
Selain dua buah masjid utama yg kami ziarah, terdapat juga Muzium Polis, Muzium Tentera, Muzium Permata dan Muzium Penjara yg juga terletak dalam kawasan kubu. Tapi kami tak sempat singgah sebab dah kesuntukan masa. Kawasan kubu nih memang sangat lah luas. Bersedialah dengan air masak sebab banyak berjalan kaki kat dalam nih. Bayaran masuk ke Kubu Sultan Salahuddin Al-Ayyubi nih 100 L.E /person lebih kurang RM 25.
Lewat petang tuh kami terus ke Bazar
Khan El-Khalili yang famous tuh. Yang nih pun aku nganga jugak sebab jakun
dengan kemeriahan bazar nih. Paling rare barang-barang yang dijual….
Macam-macam adelah… susah nak cerita dengan kata-kata. Asalnya aku cakap dengan
husband aku nak gi sekali cukuplah sekadar nak tengok…konon tak suke tempat
crowded.. end up aku pergi berkali-kali sebab setiap pelosok lorong tuh
barangannya berlainan dan sangat unik. Tak puas la kalau kau sekadar singgah
sekali jek. Kalau berpeluang ke sini, explorelah setiap lorong-lorong yang
bukan jalan utama, kawasannya kurang sesak sedikit dan aku berpeluang duduk
sebentar sambil melihat gelagat rakyat tempatan. Bila dahaga singgah jek kat
kedai-kedai buah untuk pekena jus mangga yg sedap tuh, and kalau lapar belasah
lah nasi arab yang kedainya bersepah-sepah kat Mesir nih... murah plak tuh.
Yang klako tuh ade jugak penjual yang cakap... mari kakak... percuma...
percuma.... heheh... melayu mane lah yang dengki ajar word "percuma"
tuh kan.... hehehe..... Jom kita layan kemeriahan bazar Khan El-Khalili dalam video
kat bawah nih.
Paling byk jual kepala firaun lah.. Hahahha dah mcm zaman Jahiliah... Kikiki |
Meriah sgt. .. Best... Rindu nak pegi lagi.. 😭
Asalnya nak singgah aje... Hah amik ko. Dari petang membawak ke malam.. Smpai terjelepuk aku kat tepi jalan sbb tak larat dah sambil tunggu uber nak balik ke hotel. |
Habis dah episod jalan-jalan sekitar Kaherah, esoknya aku kena
follow husband kerja ke daerah lain plak. Tapi… tapi… tapi….. biaselah... adat
bermusafir pasti ade jek dugaannya hinggakan kami tersadai kat station keretapi
almost stengah hari. Nak tau kenape? Kita cerita dalam next entri. Take Care.
Bye!
1 Comments
Saya pelik juga . Macam air sg nil itu boleh naik ke atas dgn saliran tu
ReplyDelete