• Home
  • Travel
    • New Zealand
    • China
    • Australia
    • Egypt
    • Maldives
  • Health
  • Parenting
  • Sitemap
facebook instagram Email

Walk Of Life

Servant to Allah . Daughter . Wife . Mom . Engineer


Assalamualaikum w.b.t

Sambungan dari entri lepas DI SINI

Pada hari ketiga, awal pagi kami dah bangun and siap-siap utk check out. Pagi nih kami akan ke bandar Guilin semula dengan menaiki bas. Masa pulang dari berakit di Yulong River semalam kami nampak kewujudan stesen bas nih tak jauh dari West Street dan hotel kami (Dalam 10 min jalan kaki). Saje nak try naik bas awam, tapi kene ready jadik alien lah sbb sume org tgk ko... aku jek mata bulat....rare lah kot bg diorang...kihkihkih.....











Berjalan ke bus station


Yangshuo bus station. Bas biru tuhla yg kitorang naik. Jangan lupa tanye dulu pi mana kang sesat sampai ke Guangzhou aku tak tau... hehehe

Sampai di Guilin kami terus menuju ke hotel ketiga kami sepanjang di sini iaitu Guilin Oasis Inn, betul2 dekat tgh bandar, jalan kaki dr stesen bas Guilin. Rate satu malam dalam RM100++. Since waktu check in pukul 2 ptg and kami tiba pada awal pagi, kami tinggalkan beg kami pd receptionist (bawa brg berharga jek) and keluar balik utk ke Yao Mountain, puncak tertinggi Guilin. Banyak teksi kat tepi2 jalan, pandai2 la negotiate utk dapatkan tambang berpatutan utk ke Yao Mountain, tambang kami mase tuh dlm RM40 pergi balik. 
Nak naik ke puncak Yao Mountain (900m dr aras laut) nih ade dua option, samada nak hiking ikut laluan yg disediakan atau naik cable car. Dua-dua pon aku tak nak.....sbb cable car die togel mcm buai, dahla tinggi giler mcm naik cable car langkawi tuh. Aku rase klu aku dtg lagi Guilin aku takkan repeat kot yg nih.... mmg btol2 buat jantung aku gugur sbb aku nih mmg ade gayat sket. Nak turun plak ade 3 option, jalan kaki, cable car or slide. Cable car vs slide, baik cable car lagi kot... hahahaha.... tp utk yg suke extreme bleh la try turun gunung naik slide... takde entrance fee, cuma cable car and slide tuh jek kena bayar.
The cable car

Actually Yao mountain nih lebih kepada ko nak tgk view sebenarnya, sbb view die akan berubah mengikut musim. If u all bace kat blog org lain yg pergi time winter, kat pokok-pokok sepanjang cable car tuh ade kristal2 ais yg sgt cantik. Once u all dah sampai atas, bolehla rehat sambil menikmati view yg indah dr puncak tertinggi Guilin nih. Ade tempat rehat, kedai cenderahati and temple. 













View dari puncak








Bergaduh rebut epal sebijik... lapo plak sejuk2 nih








Cable car vs slide

Maaflah takde video sbb ade unsur 18SX, baru perasan ade scene org bercium plak atas cable car... hahaha.... nak cut hakak malas plak... kite layan gambar jekla ye. 
After turun dr Yao Mountain kami lunch di Endian Halal Restaurant, restoran halal yg terkenal di Guilin. Bleh jalan kaki jek dari Guilin Oasis Inn. Lepas lunch kami balik hotel utk check in, u know wut? bilik kami telah di upgrade ke VIP room sbb bilik deluxe yg kami tempah tuh tak ready lagi.
Dpt dua Queen Bed... amik ko sorang satu conquer katil 

Lps check in kami keluar semula utk ke Elephant Trunk Hill, batu bukit yang dinamakan sempena bentuknya yang seperti gajah. Kami pusing2 sekitar itu sambil makan jagung yang ditapau semasa lunch tadi. Layan gambar jekla, jalan kaki jek... semua dekat-dekat.











Tempat peram arak. Bau die Masyaallah.....









 At water moon cave


Malamnya kami jalan-jalan kat bandar Guilin utk shopping souvenir lagi.... sempat grab lukisan pemandangan Yangshuo yang sangat cantik dan murah selain batu jade yang cantik-cantik. 


Malam terakhir di Guilin


Satu lagi restoran halal di Guilin, rasanya suam2 kuku, tak semantap di Yangshuo


 Macam mee sup, kat sini die ade sambal die utk bagi pedas... yang pasti bukan sambal kicap or sambal belacan.

 Antara souvenir yang sempat dibeli.


Esoknya pagi-pagi kami amik teksi utk ke airport. Tamatlah percutian kami selama 4 hari 3 malam di Guilin dan Yangshuo dengan total budget RM 3K (termasuk flight utk dua org)... murah kan? nih bukan nak pancing readers, tp kos ke China mmg murah mase tuh. So jangan segan silu nak jejakkan kaki ke China, Insyaallah dengan perancangan dan persediaan yang betul, pasti berbaloi. 













So that's all for now, bagi aku takde istilah which negara yang best or tak utk dilawati. Setiap tempat/negara pasti ade keunikannya yang sendiri. Kalau Eropah saja yang best, maka takdelah orang Eropah yang bersungguh ke Asia utk melancong, ye tak? So setiap tempat yg aku lawati tak kirelah jauh atau dekat pasti ada kenangan manis yang dibawa balik bersama. Pengalaman menyesuaikan diri dengan budaya dan masyarakat di negara yang asing bagi aku dan suami adalah ilmu yang sangat berharga. Keluar dari zon selesa dan hadapi dunia ciptaan Allah yg lebih luas di luar sana. Jom bermusafir ke tempat lain pulak... Stay tune....
Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments

Assalamualaikum w.b.t

Bersambung dari entri Part 1 DI SINI

Hari kedua kami di bumi Guilin kami akan bergerak ke satu daerah yang lebih terpencil namun kaya dengan budaya dan alam semulajadinya. Terdapat dua option untuk kita ke Yangshuo, menaiki kereta atau bas awam (One and half hour journey) atau option yang paling popular ialah menaiki Li River Cruise (4 hours journey).  Aku memilih untuk pergi dengan menaiki kereta dan pulang dengan menaiki bas awam. Kenapa ek? Ade few reasons:
  1. Kekangan masa (4 jam vs sejam stengah)
  2. Budget (tiket cruise adalah RM 300/person berbanding kos naik kereta dalam RM 100 ++ utk perjalanan sehala)
  3. Berdasarkan research, cruise nih sgt pack dengan pelancong (popular kan) so nak dpt feel and ketenangan mmg susahlah, ditambah plak dengan bunyik enjin cruise yg bising and busy kat Li River tuh. Tapi aku ade jumpe satu komen dr mat saleh nih yg swoh kita berakit kat Yulong River. Die kata aktiviti nih bukanlah tourist spot so tak sesak and langsung takde bunyik enjin bot, yang ade cuma bunyik kocakan air masa berakit tuh.... fuh... bleh imagine tak die punye damai and tenang tuh... sounds closer to nature compared to naik cruise kan? hehehe. Lagipun, untuk ke Yulong River tuh kita ade option utk sewa basikal  sebab ianya terletak 16km dr pekan Yangshuo. So adelah tujuan berbasikal dari nak pusing-pusing takde hala tuju.
So dari semalam lagi dah set ngan "akak cantik" utk hantar kitorang ke Yangshuo. Die kate die tak buat trip ke sana, tp die akan arrange kan ngan kawan die utk hantar kitorang. Pagi-pagi lagi die dh tunggu kat bawah hotel utk introduce kat kawan die tuh. Kawan die nih lelaki, peramah gile walaupun aku tak paham sebutir pon ape die cakap, die tetap nak berbual. Aku angguk-angguk geleng-geleng jekla, buat-buat paham sebab nak jaga hati. 

Oh ya kenapa aku tak naik bas awam ya? sbb mase tuh aku tak tau lagi lokasi bus stand Guilin kat mane. Pada aku, best option ialah naik bas awam sbb jauhhh lebih murah, tiket die klu tak silap dlm RM10 jek sorang, mmg sgt menjimatkan.


 Lorong di hadapan Muslim Hotel





Tol yang dah abandoned

So di awal perjalanan menaiki kereta biasa-biasa aje, tp ko tau yg ko dah dekat ngan daerah Yangshuo adalah bila ko dah mula nampak banjaran gunung-ganang, bukit-bukau yg berlapis-lapis di kiri dan kanan jalan, simbol keindahan Guilin dan Yangshuo. Memang layan habis view die, sejam setengah macam sekejap jek. Sampai jek di pekan Yangshuo, taxi driver yg peramah tuh berhenti dan aku tunjukkan alamat hotel yang bakal kami menginap di Yangshuo kepadanya. Baik sungguh die nih, die tolong call hotel and beberapa minit kemudian datang dua org staff hotel ke teksi kami untuk amik bag and guide kami ke hotel yg letaknya berlangkah-langkah dr situ. Ku ingat dah dekat, rupanya mengah jugakla berjalan nak sampai ke hotel tuh. Staff hotel (perempuan) tuh dahlah jalan laju... org-org kat sini sama mcm aku pi vietnam dulu, nak cari yg obese sgt susah. Orangnya nampak sihat dan fit semuanya.


yeay dah sampai pekan Yangshuo


Kat sini ramai yang menggunakan basikal and motor bateri sebagai pengangkutan utama... environmental friendly sgt

Yangshuo nih berbeza dengan bandar Guilin, lebih tenang dan tak padat, nyaman jek and lebih sejuk dari bandar Guilin. Kalau merancang utk ke Guilin, pastikan u all spend a few days di Yangshuo, banyak attractions kat sni aku cuma sempat cover sket jek sebab sehari jek kat sini. Since kami berdua jek so tak susah untuk kami bergerak ke sana ke mari. If ade anak kecik, especially baby, disarankan tunggu anak besar sket sbb kat sni banyak aktiviti yang agak adventure dan memenatkan, rugi kalau tak cuba. So kami check in di Rosewood Inn melalui Booking.com. Satu malam RM 150. Hotel yg sgt selesa, wooden interior yg cantik, peralatan yang lengkap, lokasi plak di tengah-tengah pekan Yangshuo. Aku pilih bilik ade balkoni yang mengadap sungai, memang superb.


Cozy and comfortable room


View from the balcony


View from balcony... Nampak tak basikal berderet tuh, kat sini banyak perkhidmatan sewa basikal disediakan.


View from our balcony

Gambar sungai tepi bilik tak jumpe plak, tapi bleh nampak sungai mengalir tenang disebalik rimbunan pokok keliling hotel. Lepas check in and letak barang, kami terus bergerak untuk berbasikal ke Yulong River. Nak sewa basikal senang aje sbb Rosewood Inn ade provide servis sewa basikal and lain2 pakej ke attraction di sekitar Yangshuo. Harga pon sgt berpatutan. Tak payah basikal canggih2... yg kapcai jek pon dah cukup. Korang bukan nak pi race pon...hehehe. Harga RM7 per day, murah kan? best... i suke murah2 nih... hahahha.


 Ha nilah basikal i, kaler pink lagi, husband amik kaler biru. Amik yang ade bakul, nanti time balik bleh singgah beli buah yg fresh2.


Jom kita start mengayuh


 Jauh tapi tak terasa sbb sejuk and tenang jek





Abaikan ngomelan i dlm video nih

Actually untuk berbasikal ke Yulong River nih ade banyak tour guide yg buat day trip, ade yg pakej berbasikal jek, ade yg berbasikal plus bamboo raft, cuma bg aku tak perlu kot sbb google banyak membantu utk tentukan route ke Yulong River and senang jek laluannya. Lagi pon bleh berhenti and singgah sesuka hati sepanjang perjalanan mengikut masa kita.
Route ke Yulong River 

Ade banyak pilihan route yg boleh diambil, bergantung jarak, ade yang jalan jauh and dekat, aku amik route nih sepanjang 16km + bamboo rafting yang memakan masa setengah hari keseluruhannya. Penting untuk ade free time sket waktu petang utk rest kejap sebab malamnya kami akan ikut tour ke Liu Sanjie Show, so kene cas bateri dulu... heheh....

Sampai jek di Yulong River, pilihlah mana rakit nak naik, harga sama jek semua RM 50/bamboo raft, bleh naik dua orang. Cuak jugak memula sbb aku tak gheti berenang, dia punya sungai punyela besar, rakit plak tradisional habis pakai buluh jek. Tapi nak try punye pasal kugagahkan jua, best sgt confirm tak menyesal. Kiri dan kanan sungai penuh dengan view bukit bukau macam lukisan, air sungai yang jernih and langsung takde bunyi enjin boat kedengaran, hanya bunyi kocakan air jek, sangat mendamaikan jiwa. 

Canggih ok... siap ada escalator kat sungai











Net tuh buksn nak sauk ikan, tp die nak kutip pas dr pendayung, maybe mcm lesen.


 Mane tak sihat, basuh baju pon kat sungai, klu aku masuk washing machine ajer... huhu


 Kat atas sungai nih ada dibina stesen2 terapung mcm nih untuk pelancong pakai baju tradisional and bergambar, ade jugak yang bukak kedai kopi. 
















Lebih kurang satu jam menyelusuri Yulong River dengan rakit, kami pon teruskan kayuhan untuk pulang balik ke pekan Yangshuo utk lunch dan rest.







Untuk lunch, kami singgah di satu halal restaurant di pekan Yangshuo, excited betul masa nih jumpa restoran halal sampai rasa nak terkinja-kinja. Buah dah beli sebakul, cadangnya klu tak jumpe restoran tadi memang nak lunch buah jekla, tp alhamdulillah dapat merasa original mee tarik di Yangshuo nih. Rasa? Mee tarik paling sedap pernah aku rase, mee tarik warisan kat mesia tuh pon tak sampai level sedap nih. Die punya asparagus punyela banyak, fresh plak tuh, krap krup krap krup.... memang layan.....








Arghhh setiap kali tgk pic nih mesti terbayang-bayang kesedapannya

Perut dah kenyang, mata pun mengantuk, badan pon dah letih, kami lelapkan mata sekejap di hotel and keluar balik ptgnya untuk jalan-jalan di West Street. West Street nih meriah btol waktu malam, macam-macam kedai ada, mabuk tgk batu Jade kat sini, barang hiasan rumah pon banyak, unik dan rare. Kalau ada budget lebih, blehla spend duit kat sni beli souvenir, jangan salah masuk kedai bawah nih sudeh.... hehehe

Jangan salah masuk kedai hokeyy


Rambang mata, murahhh.....














Kedai jual alat muzik tradisional, siap ade kelas bleh belajar sampai pandai


Live performance menggunakan alat muzik tradisional

Dalam pukul 8 lebih kami balik ke hotel sebab kami akan join group tour ke The Impressions of Liu Sanjie Show, satu lagi must do activity yang korang kene buat bile datang Yangshuo nih. Harga agak mahal dlm RM 100 ++ sorang, tapi sgt berbaloi. Jangan beli tiket sendiri sbb lagi murah klu ikut grup tour (kami ikut tour Rosewood Inn) plus klu tak nanti aku takut u all lemas dalam lautan manusia sbb show nih boleh memuatkan 10,000 audience pada satu2 masa. So if ade grup tour,die mmg dah ada sistem supaya semua audience bleh masuk tanpa bersesak-sesak. Show nih ade dua sesi jek, satu dlm kol 9 and satu lagi dalam kol 11. Aku pi yg kol 9 punye sebab tak nak balik lewat sangat. Kenapa aku kata show nih wajib tgk? 
  1. It is the largest natural stage in the world- takde lagi show yg guna real gunung and real sungai sbg backdrop kat mne2 tempat kat dunia nih.
  2. It is choreographed by the legendary Chinese director, Zhang Yimou, org yg sama yg buat opening and closing ceremony mase Sukan Olimpik Beijing. 
  3. Walaupun ko tak paham sebutir ape die cakap, percayala ko tetap akan rasa kagum... haahaha..
Actually show nih menceritakan pasal sejarah and culture org tempatan di Guilin and here are some of the facts tentang Liu Sanjie Show nih.
  • Show length: 60 minit
  • Performers:600 orang
  • Artists engaged:67 orang
  • Hills as background: 12
  • Water area used: 2km persegi atas Li River
  • Program being revised: 109 times
  • Time spent before 1st public performance: 5 years and 5 months

Tgh tunggu tour guide datang  kat lobby hotel untuk ke Liu Sanjie Show


 Depan pintu masuk


 Ade seat no yer, walaupun audience bleh cecah 10,000 org, tetap sistematik. Tiket takyah susah2 pi beratur beli sbb tour guide dah beli siap-siap.


Sedikit sedutan Liu San Jie show


 Everything is real.


Nih normal seat, sempat amik gambar sebelum balik.

Habis show kami pon balik hotel and tido. End of part 2 punyer cite. Esok kita balik ke bandar Guilin semula utk pegi ke satu lagi attraction yang best and mendebarkan. Stay tune......
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Newer Posts
Older Posts

About me



Hello There! I am Suliana. I am a wife to Hairul Hafiz and a mom to two beautiful kids, Humaira and Yusuf. Welcome to my little world where I write about my family's adventures, food, parenting, and random deep thoughts. I use this space to document and celebrate life! Thanks for reading.

My Instagram Updates

Contact Form

Name

Email *

Message *

recent posts

Follow Us

  • facebook
  • instagram
  • youtube

Blog Archive

  • ►  2019 (10)
    • ►  November 2019 (2)
    • ►  October 2019 (2)
    • ►  August 2019 (1)
    • ►  May 2019 (1)
    • ►  March 2019 (3)
    • ►  February 2019 (1)
  • ►  2018 (7)
    • ►  May 2018 (2)
    • ►  March 2018 (2)
    • ►  February 2018 (2)
    • ►  January 2018 (1)
  • ►  2017 (6)
    • ►  November 2017 (1)
    • ►  October 2017 (3)
    • ►  April 2017 (2)
  • ►  2016 (8)
    • ►  November 2016 (1)
    • ►  June 2016 (6)
    • ►  May 2016 (1)
  • ▼  2013 (3)
    • ▼  October 2013 (3)
      • Bercuti ke Guilin, China Part 3: Misi tawan puncak...
      • Bercuti ke Guilin, China Part 2: Daerah Yangshuo y...
      • Bercuti ke Guilin, China Part 1: Hotel Indah Khaba...

Total Pageviews

Created with by ThemeXpose . Distributed by Weblyb