Assalamualaikum w.b.t
Sambungan dari entri lepas DI SINI
Pada hari ketiga, awal pagi kami dah bangun and siap-siap utk check out. Pagi nih kami akan ke bandar Guilin semula dengan menaiki bas. Masa pulang dari berakit di Yulong River semalam kami nampak kewujudan stesen bas nih tak jauh dari West Street dan hotel kami (Dalam 10 min jalan kaki). Saje nak try naik bas awam, tapi kene ready jadik alien lah sbb sume org tgk ko... aku jek mata bulat....rare lah kot bg diorang...kihkihkih.....
View dari puncak
Bergaduh rebut epal sebijik... lapo plak sejuk2 nih
Dpt dua Queen Bed... amik ko sorang satu conquer katil
Lps check in kami keluar semula utk ke Elephant Trunk Hill, batu bukit yang dinamakan sempena bentuknya yang seperti gajah. Kami pusing2 sekitar itu sambil makan jagung yang ditapau semasa lunch tadi. Layan gambar jekla, jalan kaki jek... semua dekat-dekat.
Malamnya kami jalan-jalan kat bandar Guilin utk shopping souvenir lagi.... sempat grab lukisan pemandangan Yangshuo yang sangat cantik dan murah selain batu jade yang cantik-cantik.
Malam terakhir di Guilin
Satu lagi restoran halal di Guilin, rasanya suam2 kuku, tak semantap di Yangshuo
Esoknya pagi-pagi kami amik teksi utk ke airport. Tamatlah percutian kami selama 4 hari 3 malam di Guilin dan Yangshuo dengan total budget RM 3K (termasuk flight utk dua org)... murah kan? nih bukan nak pancing readers, tp kos ke China mmg murah mase tuh. So jangan segan silu nak jejakkan kaki ke China, Insyaallah dengan perancangan dan persediaan yang betul, pasti berbaloi.
1 Comments
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete