Assalamualaikum w.b.t
Bersambung dari entri Part 1 DI SINI
Hari kedua kami di bumi Guilin kami akan bergerak ke satu daerah yang lebih terpencil namun kaya dengan budaya dan alam semulajadinya. Terdapat dua option untuk kita ke Yangshuo, menaiki kereta atau bas awam (One and half hour journey) atau option yang paling popular ialah menaiki Li River Cruise (4 hours journey). Aku memilih untuk pergi dengan menaiki kereta dan pulang dengan menaiki bas awam. Kenapa ek? Ade few reasons:
- Kekangan masa (4 jam vs sejam stengah)
- Budget (tiket cruise adalah RM 300/person berbanding kos naik kereta dalam RM 100 ++ utk perjalanan sehala)
- Berdasarkan research, cruise nih sgt pack dengan pelancong (popular kan) so nak dpt feel and ketenangan mmg susahlah, ditambah plak dengan bunyik enjin cruise yg bising and busy kat Li River tuh. Tapi aku ade jumpe satu komen dr mat saleh nih yg swoh kita berakit kat Yulong River. Die kata aktiviti nih bukanlah tourist spot so tak sesak and langsung takde bunyik enjin bot, yang ade cuma bunyik kocakan air masa berakit tuh.... fuh... bleh imagine tak die punye damai and tenang tuh... sounds closer to nature compared to naik cruise kan? hehehe. Lagipun, untuk ke Yulong River tuh kita ade option utk sewa basikal sebab ianya terletak 16km dr pekan Yangshuo. So adelah tujuan berbasikal dari nak pusing-pusing takde hala tuju.
So dari semalam lagi dah set ngan "akak cantik" utk hantar kitorang ke Yangshuo. Die kate die tak buat trip ke sana, tp die akan arrange kan ngan kawan die utk hantar kitorang. Pagi-pagi lagi die dh tunggu kat bawah hotel utk introduce kat kawan die tuh. Kawan die nih lelaki, peramah gile walaupun aku tak paham sebutir pon ape die cakap, die tetap nak berbual. Aku angguk-angguk geleng-geleng jekla, buat-buat paham sebab nak jaga hati.
Oh ya kenapa aku tak naik bas awam ya? sbb mase tuh aku tak tau lagi lokasi bus stand Guilin kat mane. Pada aku, best option ialah naik bas awam sbb jauhhh lebih murah, tiket die klu tak silap dlm RM10 jek sorang, mmg sgt menjimatkan.
Lorong di hadapan Muslim Hotel
Tol yang dah abandoned
So di awal perjalanan menaiki kereta biasa-biasa aje, tp ko tau yg ko dah dekat ngan daerah Yangshuo adalah bila ko dah mula nampak banjaran gunung-ganang, bukit-bukau yg berlapis-lapis di kiri dan kanan jalan, simbol keindahan Guilin dan Yangshuo. Memang layan habis view die, sejam setengah macam sekejap jek. Sampai jek di pekan Yangshuo, taxi driver yg peramah tuh berhenti dan aku tunjukkan alamat hotel yang bakal kami menginap di Yangshuo kepadanya. Baik sungguh die nih, die tolong call hotel and beberapa minit kemudian datang dua org staff hotel ke teksi kami untuk amik bag and guide kami ke hotel yg letaknya berlangkah-langkah dr situ. Ku ingat dah dekat, rupanya mengah jugakla berjalan nak sampai ke hotel tuh. Staff hotel (perempuan) tuh dahlah jalan laju... org-org kat sini sama mcm aku pi vietnam dulu, nak cari yg obese sgt susah. Orangnya nampak sihat dan fit semuanya.
yeay dah sampai pekan Yangshuo
Kat sini ramai yang menggunakan basikal and motor bateri sebagai pengangkutan utama... environmental friendly sgt
Yangshuo nih berbeza dengan bandar Guilin, lebih tenang dan tak padat, nyaman jek and lebih sejuk dari bandar Guilin. Kalau merancang utk ke Guilin, pastikan u all spend a few days di Yangshuo, banyak attractions kat sni aku cuma sempat cover sket jek sebab sehari jek kat sini. Since kami berdua jek so tak susah untuk kami bergerak ke sana ke mari. If ade anak kecik, especially baby, disarankan tunggu anak besar sket sbb kat sni banyak aktiviti yang agak adventure dan memenatkan, rugi kalau tak cuba. So kami check in di Rosewood Inn melalui Booking.com. Satu malam RM 150. Hotel yg sgt selesa, wooden interior yg cantik, peralatan yang lengkap, lokasi plak di tengah-tengah pekan Yangshuo. Aku pilih bilik ade balkoni yang mengadap sungai, memang superb.
Cozy and comfortable room
View from the balcony
View from balcony... Nampak tak basikal berderet tuh, kat sini banyak perkhidmatan sewa basikal disediakan.
View from our balcony
Gambar sungai tepi bilik tak jumpe plak, tapi bleh nampak sungai mengalir tenang disebalik rimbunan pokok keliling hotel. Lepas check in and letak barang, kami terus bergerak untuk berbasikal ke Yulong River. Nak sewa basikal senang aje sbb Rosewood Inn ade provide servis sewa basikal and lain2 pakej ke attraction di sekitar Yangshuo. Harga pon sgt berpatutan. Tak payah basikal canggih2... yg kapcai jek pon dah cukup. Korang bukan nak pi race pon...hehehe. Harga RM7 per day, murah kan? best... i suke murah2 nih... hahahha.
Ha nilah basikal i, kaler pink lagi, husband amik kaler biru. Amik yang ade bakul, nanti time balik bleh singgah beli buah yg fresh2.
Jom kita start mengayuh
Jauh tapi tak terasa sbb sejuk and tenang jek
Net tuh buksn nak sauk ikan, tp die nak kutip pas dr pendayung, maybe mcm lesen.
Mane tak sihat, basuh baju pon kat sungai, klu aku masuk washing machine ajer... huhu
Kat atas sungai nih ada dibina stesen2 terapung mcm nih untuk pelancong pakai baju tradisional and bergambar, ade jugak yang bukak kedai kopi.
Untuk lunch, kami singgah di satu halal restaurant di pekan Yangshuo, excited betul masa nih jumpa restoran halal sampai rasa nak terkinja-kinja. Buah dah beli sebakul, cadangnya klu tak jumpe restoran tadi memang nak lunch buah jekla, tp alhamdulillah dapat merasa original mee tarik di Yangshuo nih. Rasa? Mee tarik paling sedap pernah aku rase, mee tarik warisan kat mesia tuh pon tak sampai level sedap nih. Die punya asparagus punyela banyak, fresh plak tuh, krap krup krap krup.... memang layan.....
Arghhh setiap kali tgk pic nih mesti terbayang-bayang kesedapannya
Perut dah kenyang, mata pun mengantuk, badan pon dah letih, kami lelapkan mata sekejap di hotel and keluar balik ptgnya untuk jalan-jalan di West Street. West Street nih meriah btol waktu malam, macam-macam kedai ada, mabuk tgk batu Jade kat sini, barang hiasan rumah pon banyak, unik dan rare. Kalau ada budget lebih, blehla spend duit kat sni beli souvenir, jangan salah masuk kedai bawah nih sudeh.... hehehe
Jangan salah masuk kedai hokeyy
Rambang mata, murahhh.....
Kedai jual alat muzik tradisional, siap ade kelas bleh belajar sampai pandai
- It is the largest natural stage in the world- takde lagi show yg guna real gunung and real sungai sbg backdrop kat mne2 tempat kat dunia nih.
- It is choreographed by the legendary Chinese director, Zhang Yimou, org yg sama yg buat opening and closing ceremony mase Sukan Olimpik Beijing.
- Walaupun ko tak paham sebutir ape die cakap, percayala ko tetap akan rasa kagum... haahaha..
- Show length: 60 minit
- Performers:600 orang
- Artists engaged:67 orang
- Hills as background: 12
- Water area used: 2km persegi atas Li River
- Program being revised: 109 times
- Time spent before 1st public performance: 5 years and 5 months
Depan pintu masuk
Ade seat no yer, walaupun audience bleh cecah 10,000 org, tetap sistematik. Tiket takyah susah2 pi beratur beli sbb tour guide dah beli siap-siap.
Sedikit sedutan Liu San Jie show
Everything is real.
0 Comments