Cara Booking Kereta Sewa di Perth melalui Bayswater Car Rental

by - 19:53




Assalamualaikum w.b.t

So utk post kali nih aku nak cerita sket bagaimana caranya nak book kereta sewa secara online if bercuti ke Australia, Perth khasnya. Actually ada banyak lagi agensi kereta sewa yang boleh kita book, do study and compare, sometimes yang murah ada risiko tertentu yang kita kena tanggung, yang mahal kadang-kadang ada caj-caj tersembunyi yang tak berbaloi kita bayar. Jadi aku pilih Bayswater Car Rental Company setelah menilai dan membandingkan beberapa agensi lain seperti, Aries Car Rental, Hertz dan sebagainya. Ini adalah pandangan peribadi sahaja, terpulang pada pertimbangan dan selera masing-masing. 

Kenapa Bayswater Car Rental?
  • Banyak Good Review tentang company nih.
  • If pilih Top Cover Insurance, any accident happen, insurance akan cover full, kita tak perlu bayar sesen pon.
  • Harga yang berpatutan untuk kereta yang selesa.

So Caranya:
  1. Pergi ke link INI. Pilih pickup location. Ada 5 lokasi, satu di airport, 3 di Perth City and satu di Fremantle. Pilih ikut kesesuaian trip anda. If pilih utk pickup di airport, akan ada extra charge ya. Aku pilih di Guildford road and naik Uber dari airport utk ke sana.
  2. Pilih tarikh trip, age range dan license. Untuk Malaysian pilih option foreign. Make sure lesen anda yg terkini ya, yang ada dual language tuh. 
  3. Pilih jenis kereta mengikut bajet and keselesaan anda. Pilih option unlimited km if bercadang nak ke Augusta and Albany.
  4. Add on lah ape yg anda perlukan seperti child seat (wajib ada if bawak kids), top cover insurance (kalau tak pilih ni if berlaku accident, insurance cover 500AUD sahaja. Selebihnya anda bayar sendiri), juga GPS (aku tak sewa sbb pakai handphone jek tgk Google Map).
  5. Review quote dan book.






Senang kan?? Tapi harus diingat ya, Bayswater nih tak terima cash, so make sure ada credit card untuk buat payment. Nama pemilik credit card mestilah sama dengan nama driver yang akan memandu di Perth nanti. Additional driver kena charge. Bayswater juga ada menyediakan servis airport transfer pada harga yang berpatutan (aku guna servis nih masa nak ke airport time balik Malaysia). 

 Ok tuh saje. Semoga bermanfaat :)

You May Also Like

0 Comments