• Home
  • Travel
    • New Zealand
    • China
    • Australia
    • Egypt
    • Maldives
  • Health
  • Parenting
  • Sitemap
facebook instagram Email

Walk Of Life

Servant to Allah . Daughter . Wife . Mom . Engineer


Assalamualaikum w.b.t

Hi, welcome back! Kita sambung perjalanan di hari ketiga. Boleh dikatakan pagi di hari ketiga nih pagi yang paling indah dalam hidup aku. Mana taknya, celik-celik mata selak langsir campervan nampak view snowcapped mountains, di depannya terbentang tasik yang membiru. I can’t believe my own eyes, pemandangan di Lake Tekapo macam lukisan!

Walaupon sejuk yang amat, ku gagahkan juga minum kopi kat bench sambil menikmati view sepuas-puasnya sebelum kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu ke Hooker Valley. Lepas prepare breakfast, kami pon jalan-jalan sekitar town utk cari spot wajib bergambar kat sini. Besar juga town nya, meriah…. Hotel jangan cakapla, bersepah-sepah. 

My morning View... awesome.

Nih lokasi parking kami, paling mahal dr yang lain-lain tapi berbaloi

Layan Kopi dulu sambil menikmati pemandangan

Pemandangan Lake Tekapo yang tak jemu mata memandang


Perjalanan meninggalkan our campsite


Lake Tekapo town

Ummi and Humaira


Abaikan Ummi yang jakun di situ

Masih mood winter, Lupin masih belum muncul

On the way dari Lake Tekapo to Hooker Valley.... singgah jap tepi jalan... sepanjang jalan view camnih.

Tak sia-sia mat saleh kedai bagi Humaira belon, bleh ummi wat prop. hehe

Masuk hari ketiga nih, aku dah perasan Humaira cam tak buang air besar sejak hari pertama kami di New Zealand. Selera makan pon macam berkurang, so aku suspect die ada masalah sembelit. Mungkin die tak cukup minum air, and waktu makan yg tak menentu menyebabkan die sembelit. Aku pulak semua ubat aku bawak, kecuali ubat sembelit. Memang betul-betul terlupa. So, kami decide utk ke farmasi terdekat utk beli ubat Humaira dulu. Mujur ade farmasi kat Twizel town. Alhamdulillah Allah permudahkan, memang ada ubat sembelit for kids, 7AUD jenis sirap. Keluar jek dr farmasi terus Humaira poop…. Adeh, takpelah in case kalau jadi lagi dah standby ubat, so ummi tak risau. Benda yg amat2 penting if travel with kids selain makanan yg mencukupi, ialah ubat-ubatan dan emergency kit, please jgn pandang remeh especially roadtrip yg makan masa berjam-jam and payah nak jumpa town.


Twizel Town

We continued our journey to Hooker Valley, di mana terletaknya Mount cook, the highest mountain in New Zealand. Main reason kenapa aku nak pergi sgt South Island, NZ nih because of this place. Besar harapan supaya aku gigih bawak Humaira utk trekking sbb view kat sni tersangatlah awesome, Subhanallah. Malangnya smpai kat point Hooker Valley track tuh, hujan turun agak lebat, if aku berdua ngan hubby mmg aku redah, tp taknak tanggung risiko bila ada Humaira. Sampai kat situ pon aku dah bersyukur sgt, aku spend masa agak lama jugak kat situ, prepare lunch, minum coffee, nikmati puas2 moment tuh, ntah bile dpt sampai lagi….. Kalau ke South Island nih, please jangan miss Hooker Valley nih, kerana sepanjang perjalanan view sgt memukau, mulut tak habis-habis memuji Sang Pencipta.


Journey to Mount Cook... Yang membiru tuh Lake Pukaki

Semakin dekat, semakin kerdil rasanya diri bila melihat besarnya ciptaan Allah di depan mata


Next time datang kene trekking kat Hooker Valley nih... harap-harap i masih ada tenaga masa tuh... huhu
While ummi amik pemandangan kat luar, dua beranak nih main doctor2 kat dlm campervan. Hujan agak lebat kat luar, Humaira takleh keluar. 



Ku tenung-tenung gunung di depan mata, Ku fikir-fikir bila kan sampai lagi

Our campervan di kelilingi banjaran gunung yang memukau

Lepas tuh kami teruskan perjalanan tanpa berhenti terus ke bandar Wanaka. Aku nasihatkan u all bergeraklah awal supaya sampai ke destinasi tidak menjelang malam. Ikut pengalaman aku, jalan ke Wanaka tuh sgt-sgtlah sunyi. Bila lepas maghrib jek cuaca makin sejuk dan berangin, ade satu masa campervan kami tetiba mcm ditolak oleh angin, nasib baik hubby sentiasa berjaga-jaga and cepat-cepat kawal stereng. Memang bahaya dan mencemaskan.

Malam tuh kami check in di Wanaka Kiwi Holiday Park and Motels. Seperti biasa dinner and tidur. Esok kita nak ronda-ronda bandar Wanaka yang tenang nih, ade aktiviti sket di Puzzling World so kene kumpul energy.. hehe. Stay tune ya!!  

Share
Tweet
Pin
Share
No Comments

Assalamualaikum w.b.t

Pagi nih kami siap-siap utk checkout dari Airport Lodge Motel untuk amik campervan di Wendekreisen office. Guess what? The office is just walking distance jek dari motel kami and this is why I chose Airport Lodge Motel selain rating die yang excellent. Motel nih besar, selesa, ade playground for kids, urusan check in yg mudah, free airport transfer, and dapat fresh milk freee lagi…. Bayangkanlah sampai Airport Christchurch waktu malam and kedai dah tutup, tetibe die bagi susu free, memang rezeki Humaira. Oh ya die ade jugak jual fruit yogurt yang sedap, aku beli 4 trus buat stok.

So pagi tuh lepas bagi Humaira main playground kejap kami pon berjalan kaki ke office Wendekreisen which is 600m away jek. Tak terasa pon penatnya, yelah sibuk tgk kiri kanan menikmati kawasan perumahan sekitar yg cantik-cantik di Christchurch. We left our bags at the motel reception, lps amik campervan nanti kami singgah balik kutip….. hehe.


Our motel no 14 btol2 sebelah playground, happy lah Humaira

Airport Lodge Motel
The Kitchen
The Room
Sampai di Wendekreisen office diorang mmg dah siapkan semua (sbb dah isi booking details few days sebelum fly via email). So urusannya mudah, die tandakan siap-siap existing defects yang ada pada campervan tuh dlm satu form utk record diorang. So nnti masa kita pulangkan diorang senang nak kenalpasti defect baru yg kita buat. Jadi check ngan diorang btol2, amik gambar puas-puas sbg record,  supaya mudah masa nak pulangkan nanti, takdelah dakwa-dakwi kannnn. Dia explain la secara general pasal campervan tuh, so please ask secara detail if you all rasakan perlu. Sebab lepas nih you all akan bawak campervan tuh beribu KM jauhnya. Amik tau mana tayar spare, emergency tools, lokasi bateri dan lain-lain. Tanye jugak emergency no utk dihubungi jika berlaku kecemasan and simpan leklok.

In front of Wendekreisen Office
Die explain everything termasuklah cara guna portable toilet and heater (dlm box)
Lepas dapat kunci apa lagi, jom kita start our roadtrip, yeay!! So hari nih destinasi kami adalah untuk ke Lake Tekapo dan bermalam di sana. First kami ke supermarket Pak n Save di Christchurch utk stok barang mentah beberapa hari. Haaa yg nih pon aku ada beberapa tips nak kongsi. Untuk jimat, you all cari bawang putih and halia yang dah siap blender, ade jual kat area sayur. Packaging die dalam botol plastic, senang and murah, takyah kupas-kupas. Untuk sayur plak, beli yg jenis frozen, kat area fries sume tuh. Senang weh nak buat sayur campur ke, tomyam ke, semudah ABC. Sayur die bukan murah wooo….. tapi up to you lah, kalau rajin nak potong sayur macam kat umah… why not kan? Hehehe Then aku beli ayam jenama Brinks, certified halal oleh FIANZ (Federation of Islamic Associations of New Zealand inc.). Sila google utk maklumat lanjut. Selain tuh aku beli udang sket, nih pon yg jenis frozen, senang trus campak jek nak masak,ikan tak beli sbb ikan mahal, best tak alasan aku? Hehe Dlm RM 300++ shopping kat sini, ok lah kan, dari makan kebab, sekali makan terbang RM 50.

Termenung hakak tengok resit
Lepas shopping kami teruskan perjalanan. Untuk ke Lake Tekapo  ade beberapa route yang boleh dipilih. Biase org akan pilih laluan nih sebab lebih singkat waktu perjalanan:

Route 1
My route to Lake Tekapo
Tapi I kan suke cari penyakit, I pilih laluan scenic route yang extra stengah jam perjalanan dari laluan yang pertama, bagi aku berbaloi-baloi la sebab sepanjang laluan cantik, rasa sume tempat nak berhenti. Untuk laluan nih you all akan jumpa padang-padang yang seluas mata memandang, bentuk muka bumi yang berbukit bukau, and merentasi jambatan-jambatan yang dibawahnya mengalir sungai-sungai yang kebiruan. Haih, apa yang aku tunjukkan dalam gambar hanyalah beberapa percent sahaja utk menggambarkan keindahan view perjalanan kami. Kena tgk dengan mata sendiri dan nikmati keindahan alam tanda kebesaran Sang Pencipta.

Tak banyak spot pon yang kami sempat berhenti utk bergambar sebab risau sampai lewat malam nanti. Antara tempat yang kami stop and berhenti adalah kat Rakaia River. You all tak jumpe view nih kalau lalu kat laluan pertama tuh. Kat sini mmg ada tempat berhenti untuk you all jalan-jalan kat River nih. Ada juga aktiviti Jet Boat kat sini. Cantik… sgt cantik… I wish I could spend more time kat sni, but apakan daya, perjalanan harus diteruskan.

Fresh and calm
Belakang tuh Rakaia Bridge


Air yang jernih rasa nak berendam jek

 View sepanjang perjalanan menuju ke Lake Tekapo.

Bila dah nampak view macam nih maknanya kita dah nak sampai ke destinasi. 
Sampai di Lake Tekapo dalam pukul 8 malam. Gelap dah…. Tak Nampak ape pon. Kami stay kat Lake Tekapo Motels and Holiday Park yang aku dah book lebih awal. Aku sengaja pilih lokasi mengadap tasik (powered lakeview site), best view katanya, harga pon best lah, tang nih aku tak berkira sangat, haruslah dapat best view kan?? Ntah bile la nak sampai lagi. Powered site nih yang termahal aku book sepanjang kami kat South Island nih which is 56 NZD (RM 160 ++) for 2 adults. Kat sini facilities semua lengkap, dun worries.

Kita sambung keesokan harinya dalam next entry k. Terkezut weh tgk view bile dah pagi, yelah malam tadi mne nampak pape… gelap jek. So keep calm and wait for my next entry….Bye… Haha….

Share
Tweet
Pin
Share
No Comments

Assalamualaikum w.b.t

All preparations done dan tibalah hari yang dinantikan. Kami berlepas pada 1 September 2017 jam 11.55pm dan transit di Gold Coast selama sejam. Transit nih tak memerlukan visa Australia, checked in luggage pon tak perlu bawak turun, cuma hand carry luggage jek yg perlu melalui immigration Australia. Lepas tuh naik semula flight untuk sambung perjalanan ke Auckland. Humaira meragam teruk mase nih sbb tak nak duduk seat die, nak duduk atas pangku ummi. Marah stewardess nak oii……

Transit di Gold Coast, Australia
Kami sampai di Auckland airport dalam pukul 4.30 petang, isi arrival card di kaunter (sbb Air Asia tak provide masa atas flight). Isi hati2 yer, declare jek, kalau ragu-ragu please declare dulu and explain later. Sbb ikut pengalaman aku, die memang bukak beg satu-satu. Cuma beg berisi makanan memang die tanye siap-siap laa… “which one of these bags contain food?”,  So make sure you all asingkan bag makanan and baju ye. Kalau ade bawak extra boots/selipar, seeloknya yang baru lah, tak panjang cite. Sebab diorang nih senstif if ade tanah-tanah yang melekat kat kasut yang you all bawak tuh. Kalau baru just inform diorang and insyaallah senang jek lepasnya. Kalau nak bawa juga yg lama, make sure basuh bersih-bersih.

Fokus isi arrival card
Berjam-jam jugakla nak melalui proses check bag tuh, sampai humaira dah lembik dah, one of the staff tanya Humaira, “Are you tired? I am tired too, but I have no choice,” sambil tersenyum pada Humaira yang aku tenggekkan atas kaunter immigration sebab dia takmo dok bawah. Hahaha…. So settle semua Alhamdulillah semua barang lepas, tengok luar hari pon dah malam. Bayangkanlah dr pukul 5 ptg sampai malam baru settle. Dia punye penat Allahu….. tuh belum sambung next flight. Naseb baek next flight esok nya, kalau hari yang sama spt plan asal tak tau lah mcm mana.

Sepanjang kat sana kami pakai sim card jenama Spark sebab pakej die yang fleksibel, beli terus sebaik settle immigration check. Then kami alas perut jek dgn beli donuts and tunggu Skybus yang menyediakan servis airport transfer di Auckland. Ada banyak servis airport transfer tapi aku sarankan amik hotel yang ade free airport transfer, lebih menjimatkan since Skybus nih pon bukan murah, 60NZD (RM 190+) pergi balik untuk satu family. Beli tiket secara online (boleh beli mase kat Malaysia lagi) and mase naik tuh scan jek barcode yg die bagi thru email. Make sure you all tau lah lokasi hotel yang you all nak duduk tuh, sbb ade certain bus stop jek yang die berhenti. Since kami di Auckland cuma sehari, and kami rely on public transport, I plan to stay betul-betul kat tgh bandar Auckland untuk kami senang nak move around Auckland city by foot. Kami stay di Ascotia Off Queen hotel yang terletak btol2 kat Queen Street. Queen Street nih kira heart of Auckland la. Memang aku recommend hotel nih sbb dekat ngan main road, nk pegi mana-mana semua walking distance je. Harga per night dlm 134NZD (RM 400+). 

So utk tau kat mana you all patut turun semasa naik Skybus, refer dulu kat website Skybus and masukkan nama hotel dekat link Find Your Stop. Nanti akan keluar No bus stop and nama jalan. Utk ke Ascotia Off Queen Hotel nih, die punye stop betul2 depan Kiwi International Hotel, turun kat situ, jalan depan sket and belok kiri dah sampai. Nak lagi senang, you all book jek kat Kiwi International Hotel tuh, not bad jugak, bleh book jenis apartment if pergi ramai. So sampai kat hotel terus check in, dpt bilik view Sky Tower… suke suke…. Hehe… Malam tuh makan megi, Humaira makan donut and minum fresh milk. Tido awal sbb semua keletihan, harap-harap esok lebih bertenaga utk berjalan kaki sekitar Auckland.

Cara nak tau lokasi utk berhenti if naik Skybus
Ruang dalam Skybus
Pagi-pagi dah bangun and check out, oh ya, Ascotia Off Queen jugak ada sediakan luggage storage service for free bagi mereka yg nak berjalan-jalan kat City after checkout. Very convenience kan? Klu tak mmg seksalaaa nak usung luggage sementara nak cari luggage storage service kat city. So lepas simpan luggage kat bilik khas yg disediakan, kami pon berjalan kaki utk cari tpt breakfast merangkap lunch. Asalnya nak pegi Warisan Uncle Man’s Restaturant, tapi bile sampai kedai tak bukak lagi. Jalan depan sket, ade satu kedai kebab halal, blasahlah kebab pon, banyak portion die, so satu kami makan satu lagi kami bungkus. Selain dua kedai nih, banyak jugak kedai halal lain sekitar Queens Street, so nih adalah salah satu sebab kenapa aku pilih stay area sni, semua dekat and tak bazir masa.

Ascotia Off Queen main entrance
Queen Street yang lengang, maybe masih awal pagi
Our breakfast, lamb kebab with rice.
Kasi zoom in sket... nyumehhh
Kat Auckland nih kami plan utk free and easy je, so jalan-jalan tgk kedai, and of course ke Sky Tower, mercu tanda New Zealand. Kami tak naik pon Sky Tower tuh sbb rase tinggi lagi Menara KL… huhuhu… nak wat camne diorang nih mmg lebih pentingkan quality of life kot dari berkejar-kejar bina bangunan pencakar langit tuh. Takde pon bangunan-bangunan tinggi or shopping complex yang gah-gah, bandar yang tak sibuk, cool jek. Kat sekitar Sky Tower nih ade banyak outdoor café utk org lepak, makan and minum coffee… mase tuh pagi lagi, so ramai lah yg brekfes kat area sini. Kat sni jugak ade aktiviti Sky Jump, boleh la kalau nak try jump dr puncak Sky Tower ke bawah.

On the way balik tuh kami singgah one of shopping complex di Auckland, berapa ketul jek manusia dalam tuh… huhu... Handbag yang kat premium outlet tuh die display kat situ macam kat Parkson aje…. Sekali tgk price, ribu-ribu lagi after discount. Akak tak berani sentuh dik….. fuh. Pusing-pusing jumpe section toys, Humaira ape lagi merengek nak toys. So belilah playdoh yg kecik jek, tp harga sampai RM 60…. Orang kata kat sni jangan convert, tapi ntah kenapa otak aku nih auto tgk harga terus multiply by 3… hahaha. Dah dpt toys die mmg happy gilelah… selama 10 hari kat sana tuh la mainan die, berbaloi-baloi. Then kami lepak di Aotea Square sambil tgk gelagat locals kat situ.

Sekitar kawasan Sky Tower, banyak betul pelancong dari China
Tengah pancing abi nak mainan
Lepak-lepak di Aotea Square
Anak pon tgk abi pelik... huhu
Singgah kat one of the park layan Humaira main playground
Jalan-jalan at the park
Jumpe satu lagi kedai halal
Lebih kurang pukul 3pm kami terus ke hotel utk amik luggage and tunggu Skybus kat bus stop seberang jalan utk ke Domestic Airport. Our flight to Christchurch pada pukul 7.50pm. Airport diorang kecik jek, baik international mahupun domestic, so tak pening nak cari arah. Utk domestic flight die takdela check bag depan mata kita, tapi masa amik luggage nampak ade sticker baru, meaning die bukak jugak beg satu-satu. Huhuhu.

Sampai di Christchurch Airport pada pukul 10 pm, hotel yang kami menginap malam tuh ade free airport transfer. So tunggu jekla org datang amik, senang. Kami stay di Airport Lodge Motel. So nak tau kenapa aku pilih untuk stay kat hotel nih? Kite cite next entri k. Bubbye!!

Akhirnya sampai di Christchurch... mase nih excited sbb tak sabar nak start our journey pusing-pusing South Island.

Share
Tweet
Pin
Share
No Comments


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulilah selesai sudah pengembaraan kami di bumi New Zealand selama 10 hari.  Satu pengalaman bermakna yang tak mungkin aku lupakan sampai bila-bila.  Sebenarnya tak pernah termimpi pun untuk buat roadtrip South Island New Zealand nih sbb seperti yg semua sedia maklum kosnya agak mahal dari setiap segi berbanding Australia. Lebih-lebih lagi bagi mereka yg ingin buat trip bersama anak kecik, lagilaaaaa besar kosnya sebab kita tak boleh nak amik mudah sgt tentang keselesaan anak-anak. Even aku yang amik masa setahun untuk buat perancangan tentang trip nih pun masih juga ade banyak perubahan last minit yang perlu di buat utk sesuaikan dengan Humaira yg baru nak menginjak usia 3 tahun.

Bercerita pasal kos plak, serius malas nak kire sbb takuttt… hahah… pandai-pandai la korang agak sendiri nanti. Kenapa tetibe aku terrrrrr beli tiket ke NZ nih ye padahal baru tahun lepas buat Roadtrip Western Australia. Alkisahnya di bulan September setahun yang lalu, Air Asia buat Free Seat Promo. Gatal tgn aku nih saja try tengok-tengok kat website AA. Test la Auckland…. Sekali tgk ehhhh macam tak caye plak  harga dia. Total tiket utk 3 org RM 3500 pergi balik. Murah dah tuh aku rase (setelah compare dengan price airlines lain). So aku nekad jek book pilih tarikh September tahun depannya. Utk rakyat marhaen mcm aku nih, sgt perlu utk aku book setahun awal sbb bolehla buat sebarang booking secara berfasa, takdela selepuk nak kena sedia duit.

So tarikh yg dipilih ialah pd 2-12 Sept 2017, ingat ye, everytime book tiket make sure you all dah study pasal destinasi you all tuh. Study tentang weather (musim, temperature dsb), pemilihan pakaian pun ade kaitan ngan kos, if pilih winter confirmmm kos jd lebih sbb nak kene carik baju winter, longjohn and winter boots nak kena ada, kereta/caravan plak nak kena ada snow chain since NZ ade snow, Aussie takde snow. Selain weather, nak kene decide siap-siap you all nak cover north ke south. Study la sket pasal route sbb nak tentukan berapa hari trip u all nih. Boleh refer map di bawah utk route keseluruhan perjalanan kami. Aku sarankan untuk NZ nih at least 9 hari utk yg ada anak kecik supaya ade masa yg lebih fleksibel. After all, kita nak trip nih sesuatu yg meaningful untuk kita dan anak kita, bukan stressful. Kesian kat anak-anak kena paksa ikut waktu kita yg tight tuh, mereka pon nak enjoy juga.

Laluan dari Christchurch ke Te Anau
Dari Te Anau ke Dunedin dan kembali semula ke Christchurch

So aku decide nak buat trip South Island pada musim spring. Tak berani weh nak book time winter, cuaca NZ agak extreme dan tak menentu, Alhamdulillah aku buat pilihan tepat sebab time spring pun die punyer sejuk tahap ape ntah, kalau winter macam mana la aku nak handle Humaira, diri sendiri pon terketaq-ketaq. Since flight Air Asia direct ke Auckland (transit sejam setengah kat Gold Coast), aku kena amik domestic flight plak dr Auckland ke Christchurch sbb nak focus kat South Island sahaja. Untuk domestic flight aku book 3 bulan lepas tuh sbb nak tunggu Jetstar/Air New Zealand buat promo… hee…. maka dapatlah aku tiket promo Jetstar Auckland – Christchurch pd harga RM 1500 utk 3 org. Tiket flight nih bogel tau, takde makanan and luggage sume, aku tambah kemudian lepas kumpul duit… kahhhhh…… Pendek kata total dlm 6K lah untuk 3 org baru sempurna dengan 2 meals pegi balik and luggage 40kg (utk hubby jek).

Lepas dah book tiket flight, aku book campervan plak. Pernah bace dari blogger lain yg Wendekreisen punye campervan murah dari company glemer yg lain. Ha yg nih pon kene pikir leklok, korang nak campervan ke, motorhomes ke or just guna keta and sewa hotel. Semuanya tertakluk pada tahap keselesaan yg korang nak and ketebalan poket korang…hehe. So since anak aku baru sorang, aku book campervan jek, rasa rugi plak book motorhomes yg besor tuh, mahal ok. Campervan aku nih separuh dari kos booking motorhomes. Tapi if anak you all lebih dr sorang, campervan mmg tak muat, bertiga pon dah cramped. Paling sesuai campervan nih kalau pergi berdua jek…. mmg selesa. Selain campervan, Wendekreisen nih ade jek motorhomes yang besar gedabak, still lebih murah berbanding company glemer lain. Just tepuk dada tanye poket... hehe... So kos booking campervan dengan Wendekreisen nih NZD 635 (lebih kurang RM 2000) utk sepuluh hari. If korang nak gi 6 hari pon kene bayar utk 10 hari sbb minimum sewa ngan die kena 10 hari ke atas. Nak book campervan kene awal ye especially kalau pegi time peak, aku book 9 bulan sebelum pergi. Masa booking kene bayar separuh dulu and separuh lagi die mintak bayar sebulan sebelum pergi. Klik SINI untuk booking.

Dari segi accommodation, since aku guna campervan, we need a place to park our campervan utk bermalam. Kat NZ takleh suka-suka parking utk bermalam kang tak pasal2 kena saman. So sites utk bermalam dlm campervan/motorhomes di NZ nih terbahagi kpd 2, iaitu powered sites atau non-powered sites. Untuk powered sites, ade electric supply utk you all guna suis dlm campervan tuh utk tujuan cas handphone, camera, guna kettle and palinggggg penting nak hidupkan heater. Harga semalam utk powered sites nih dlm lingkungan (40 – 60 NZD) semalam for 2 adults (die kire kepala ya, utk Humaira die consider free). Untuk non-powered sites, takde electric supply utk campervan, so you all park and bolehla guna shared facilities yang ada kat situ seperti kitchen, bathroom and tv room. Kos per night pun separuh dari powered sites.

Bagi aku, tang nak charge handphone and camera tuh takde hal sbb bleh guna suis kat mana-mana tpt cam kitchen or tv room, tapi yg aku takleh tolerate ialah heater takleh on kalau takde supply. Berdua takpe, tapi since ade anak kecik, mmg kene keluar modal lebih sket la utk book powered sites every night. Sejuk die bukan main-main… memang tahap takleh tido punyer. Tapi if you all backpackers tegar, alang-alang dok non-powered sites, baik bermalam kat DOC (Department of Conservation) campsites atau free campsites yang bersepah kat NZ. Download jek app Rankers Camping NZ atau Campermate, dlm tuh ade list non-powered sites yg berdekatan, haaa nih kos semalam kurang dari 10NZD atau FREE. Tapi jangan expect facilities yg gempak-gempak lah ye… toilet pon mujur kalau ade…. but dr segi penjimatan mmg cunlaaa. If aku pergi berdua mungkin selang satu malam tido kat DOC or free camping jek sbb kebanyakan lokasi free camping and DOC sites nih betul-betul dlm nature yang cantik tuh. View sgtlah cun tapi mostly agak terpencil. Campervan pon tak lah memerlukan korang charge hari-hari, selang dua hari baru kene charge. So bleh plan la selang dua hari utk stay kat powered sites.

Menyentuh tentang  hotel pula, asalnya tarikh flight adalah pd 2-12 sept 2017, tp last minit Air Asia email kata flight delay, so bile delay and ade interconnecting flight, mmg tak sempatlah, jadi kami diberi option utk refund atau pilih tarikh lain. So kami pun pilih la utk fly awal sehari and tidur di Auckland satu malam. Sepanjang percutian nih, kami menginap di hotel cuma dua kali, satu di Auckland dan satu lagi di Christchurch. Macam biase book di Agoda and Booking.com. Nak 10% refund di booking.com?  Boleh book guna link kat bawah. Ade special offer die bagi kat i. Tak caye tgk msg nih:


Link untuk dpt 10% refund semasa checkout: SINI


Untuk travel insurance pulak aku ambil dr AXA smart traveler setelah puas compare beberapa company lain tentang benefit dan claim yang boleh dibuat. Total RM 146++ utk satu keluarga. Nampak remeh tapi penting ye. Last but not least, ticket utk ke tempat-tempat menarik kat sane. Yang aku book awal ialah Milford Sound Cruise, Puzzling World dan Queenstown Skyline Gondola and Luge. Kalau nak murah please rajinkan belek website Bookme.co.nz sbb bile ade deals mmg murah sampai separuh harga but at limited quantity. Cuma Skyline Gondola aku book direct kat website die sbb harga lebih kurang dekat Bookme.

Contoh Deals utk Milford Sound Cruise. Harga asal lebih kurang 80 NZD tapi kat Bookme.co.nz boleh pegi sampai 40 NZD and ade juga yang sampai 20 NZD. Sangat2 menjimatkan :)

So rasenyer tuh jek kot preparation yg dibuat, lain-lain macam makanan lebih kurang Australia jek strict nyer, so dah prepare list and lebih banyak bawak rencah-rencah utk masak and barang mentah beli kat sne jek. Thanks sbb gigih baca sampai habis.... Stay tune utk next entry dengan gambar-gambar meletops yang buat you all rase nak book ticket flight malam tuh jugak.... hehe.... C ya. Bye!
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments

Assalamualaikum w.b.t,
Bersambung dari entri lepas DI SINI

Seperti yang dijadualkan, aku ke IJN pada 19 April 2017 untuk masuk ward kerana RFA procedure akan dijalankan pada keesokan paginya. Walaupun procedure nih agak simple tapi tetap ade risikonya. Sebelum kita cerita pasal risks let me explain ape yg doc akan buat pagi esok. Basically doc akan bius di bahagian peha untuk masukkan wayar sampai ke jantung. Pada masa sama doc akan bg impulse utk activate abnormal saraf yang buatkan jantung aku berdegup kencang tuh. After die dah kesan that abnormal saraf, die akan matikan saraf tuh menggunakan radiofrequency heat (similar to microwave heat). Dan procedure nih makan masa 1-2 jam bergantung pada jumlah saraf abnormal yg dikenalpasti. 

Actually agak berdebar jugak... doc kate 99% pulih sepenuhnya after buat procedure nih, and 1% risk tuh bleh jadi salur darah cedera, bengkak, bleeding, heart attack and kematian. Tp tuhlah doc ckp u naik gunung pun ade risiko, so jgn fikir sgt, doa banyak-banyak. Yelah bende lain klu diusik takpe lagi, klu mata at least buta, tapi kalau jantung...hurmmm.... and what if 1% tuh happen to me kan? Kebarangkalian tuh tetap ada.... Aku pikir anak aku jek takde lain. Family and husband lah yg banyak support and menjadi penguat semangat untuk aku proceed and stay positive. Oh ya lupa nak bagi tau, RFA procedure nih takleh buat pada ibu mengandung ya sbb ade involve x-ray yg berbahaya utk baby


Check in 'hotel' IJN with extra bed. Peneman setia hingga akhir hayat.



Relax jek, malas nak pikir banyak nanti stress

Sebelum procedure dijalankan, kene amik darah dulu, buat ECG test and pregnancy test. Tekanan darah sentiasa di pantau from time to time. Pada pagi 20 April 2017 aku di bawa masuk ke operation theatre, haa... mengucap siap2 time nih... huhu. Macam2 wayar dipasang kat dada, and doc bius masuk utk bagi bius kat peha. Then Dr Zulkeflee masuk utk masukkan wayar dr peha trus ke saluran darah utama. Ku ingatkan bius tuh utk pengsankan aku tp rupanya utk bg tak sakit masa die cucuk utk masukkan tiub wayar tuh. Aku sedar hokey sepanjang procedure tuh dibuat. Masa die masukkan wayar tuh aku bleh rasa wayar tuh berjalan sampai ke jantung. Die punya ngilu tuhan jek tau. Rasa ade org lap-lap kaki aku, darah barangkali... tp aku tak berani jenguk. Dah sampai kat jantung dicuit-cuit plak jantung kita tuh....lagilaaa.... aku nak gerak pon ngeri takut wayar nih bergerak ke lain plak kang. Sebelah aku ade skrin besar utk tgk jantung and wayar dlm jantung tuh, tapi sumpah aku tak tengok langsung, tiada keberanian utk tgk jantung sendiri yg tengah menggila berdegup sebab doc bg impulse utk trigger abnormal saraf tuh.  

Lama jugakla die dok godek2 jantung aku tuh then Dr Zul jenguk sket kepala die utk bercakap ngan aku, "Ok Suliana, kita dah jumpa saraf yg kita tak nak tuh, so kita monitor kejap dalam 5-10 min utk confirmkan sblom kita burn." Dalam 5-10 minit tuh jantung aku meracau...kejap laju kejap normal pastu laju gile then die slow balik.... dgn wayar2 yg kat dlm badan lagi... aku renung jek skru machine xray tuh sambil berzikir banyak2. Lps 10 minit Dr Zul bg tau die nak burn saraf tuh and die kate ade rasa panas sket. Masa die burn tuh mmg panas dada nih mcm nak meletop... naseb la kejap aje. Lps tuh Dr Zul buka mask, die ckp "Suliana, ok ke? Alhamdulillah, operation berjaya. Jangan bergerak and bengkokkan kaki selama 6 jam ya, sbb takut darah keluar sbb kita usik salur darah utama." Aku senyum kelat and ckp "Alhamdulillah, Thank u so much doctor." Dr Zul angguk and terus keluar dr operation room. 

Aku dibawa ke Recovery Room utk proses keluarkan wayar plak. Kat sni Medical Asisstant and nurse pantau tekanan darah and buat ECG test. Then die ckp "Puan, tarik nafas, tahan ya. saya nak keluarkan wayar. Ok now tarik nafaaaaassss". Zrrruupppppp keluar satu wayar. "Ok tarik nafas, tahaaannn" kata nurse tuh lagi. Zrruuup keluar lagi satu wayar sampailah wayar ketiga dikeluarkan. Then die tekan tempat luka sampai darah stop keluar and tampal plaster. Then aku dibawa masuk bilik wad semula utk dipantau selama 24 jam.

Selama at least 6 jam aku tak boleh bergerak langsung, hatta kepala pon takleh angkat lebih 30 degree. Tak sakit, cuma aku rasa letih yg amat, mcm beranak sekali lagi plak... nurse risau btol klu aku bergerak sbb die kate ade kes sebelum nih patient bergerak and bleeding sampai banjir satu katil. Dada takde rasa sakit cuma ngilu and bisa ulu hati, mungkin kesan burn tadi. Doc kate at least seminggu untuk recover, takleh buat keje berat, dukung anak lagilah big No No. Aku dibenarkan discharged pada 21 April 2017 and berehat di rumah.

Total bill untuk RFA procedure nih adalah RM 19,079.80. Alhamdulillah ditanggung sepenuhnya oleh company...Haih nih yang bertambah sayang kat TNB. Takleh bayang klu kene kuar duit sendiri. Masa register masuk ward ade patient tuh kene bayar deposit utk kos rawatan sampai 50K. Kalau aku, dan dan tuh jugak kene heart attack... hahahha... Jadik belilah insuran untuk perlindungan anda dan anak anda.


                                                                              
Total Bill

Now lepas seminggu after operation, aku rasa sihat Alhamdulillah, even tak bleh bengkok kaki sangat tp dah kurang rasa sengal-sengal and so far tak berlaku dah simptom SVT. Harap-harap aku bleh pulih sepenuhnya untuk menikmati hidup yang sementara ini dengan lebih berkualiti demi keluarga tercinta. It's a wake up call for me, lebih mensyukuri nikmat sihat yang tuhan pinjamkan. Syukur Alhamdulillah. Sekian.

Share
Tweet
Pin
Share
18 Comments
Newer Posts
Older Posts

About me



Hello There! I am Suliana. I am a wife to Hairul Hafiz and a mom to two beautiful kids, Humaira and Yusuf. Welcome to my little world where I write about my family's adventures, food, parenting, and random deep thoughts. I use this space to document and celebrate life! Thanks for reading.

My Instagram Updates

Contact Form

Name

Email *

Message *

recent posts

Follow Us

  • facebook
  • instagram
  • youtube

Blog Archive

  • ►  2019 (10)
    • ►  November 2019 (2)
    • ►  October 2019 (2)
    • ►  August 2019 (1)
    • ►  May 2019 (1)
    • ►  March 2019 (3)
    • ►  February 2019 (1)
  • ►  2018 (7)
    • ►  May 2018 (2)
    • ►  March 2018 (2)
    • ►  February 2018 (2)
    • ►  January 2018 (1)
  • ▼  2017 (6)
    • ▼  November 2017 (1)
      • Road Trip to South Island New Zealand Day 3: Peman...
    • ►  October 2017 (3)
      • Road Trip to South Island New Zealand – Day 2: Bi...
      • Road Trip to South Island New Zealand – Day 1: Qu...
      • Road Trip to South Island New Zealand - The Prepar...
    • ►  April 2017 (2)
      • Pengalaman melakukan Radiofrequency Ablation for S...
  • ►  2016 (8)
    • ►  November 2016 (1)
    • ►  June 2016 (6)
    • ►  May 2016 (1)
  • ►  2013 (3)
    • ►  October 2013 (3)

Total Pageviews

Created with by ThemeXpose . Distributed by Weblyb