• Home
  • Travel
    • New Zealand
    • China
    • Australia
    • Egypt
    • Maldives
  • Health
  • Parenting
  • Sitemap
facebook instagram Email

Walk Of Life

Servant to Allah . Daughter . Wife . Mom . Engineer



Assalamualaikum w.b.t

Pada hari keenam kami masih di Queenstown, so hari nih kami plan untuk bermain salji di The Remarkables. Walaupun bukan musim winter, tapi salji di The Remarkables  masih tebal. Ski Area nih tak dibuka sepanjang tahun ye, hanya musim winter dan awal spring, so check dulu siap-siap. The Remarkables nih terletak kat one of the mountain peak so jalan nak ke sana of course curam dan perlu melalui lereng dengan jurang gunung yg sgt bahaya. Kami plan untuk memandu sendiri since melalui pengalaman blogger lain memang kebanyakannya drive sendiri jek cuma perlu extra careful sbb ade certain lereng takde penghadang jalan pun…. Huhu.

Tapi sampai kat kawasan parking area sebelah bawah, jalan ditutup untuk ke atas akibat cuaca buruk dan salji tebal. Hanya Ski Bus dan kereta with snow chain sahaja yang dibenarkan melalui jalan menuju ke atas. Kami agak frust sbb caravan kami tak dilengkapi dengan snow chain. Boleh jek nak sewa ngan diorang mase tuh, tapi hati tetap risau sbb khabarnya jalan dilitupi salji and sangat berbahaya. Tambahan plak kita memang takde pengalaman memandu dalan keadaan bersalji, jalan yg sempit dan curam plak tuh. Lama jugak kami memikir dalam keta, hampir-hampir aku decide utk batalkan jek plan nak naik ke atas. Tapi husband kate alang-alang kita dah sampai, lepas nih entah bile la nak dtg lagi. One of the staff kat situ pun advised kami utk naik ski bus instead of sewa snow chain, lebih selamat katanya sbb pemandu tuh mmg dah berpengalaman.

So we decided untuk naik ski bus dengan bayaran NZD 20/ person. Memang berdebor pada asalnya, tapi pemandu die yang cekap buat kami yakin sket and mula enjoy the view kat luar bas. Lepas naik ski bus nih aku plak nak advise korang, takyahlah pening kepala nak memandu sendiri ke atas, naik ski bus jek sbb very convenient and selamat. Just take note schedule die naik and turun. Kat atas tuh ade main building di mana terletaknya facilities macam equipment rental, restaurant, locker, toilet and souvenir shop. Kat sini lah tempat nak panaskan badan jap kalau dah tak tahan sejuk kat luar. Kami tak main ski pun, aku and hubby mmg tak tahan sejuk, kejap-kejap jek kat luar pastuh masuk restaurant balik…. Humaira jek dok ajak pegi luar, tahan btol die. Kebetulan masa tuh snow turun, so merasa la kami snowfall di musim bunga, syukur Alhamdulillah.


The Ski Bus
















Humaira paling happy main snow

After lunch, kami turun semula untuk jalan-jalan kat Bandar Queenstown plak. Kat sinilah nak shopping ke or beli barang keperluan, ade Pak n Save, ade mall, kedai makanan halal pon banyak aku jumpa. Kami sempat topup brg basah utk menu makanan berbaki 4 hari lagi.


 Bandar Queenstown





 Kat sini ade mall and makanan halal












 Enjoy bagi itik makan roti kat Lake Wakatipu

























Sebelah petang kami teruskan perjalanan ke satu lagi town iaitu Te Anau. Cuaca berangin dan snow turun sepanjang perjalanan. Tuhan jek tau hati aku mase nih betapa seramnya memandu waktu malam dalam keadaan snow turun. Mujur jalan belum diliputi salji sepenuhnya and kami sampai ke destinasi dengan selamat. Malam tuh kami bermalam di Te anau Lakeview, Kiwi Holiday Park and Motels. Make sure request dekat ngan toilet sebab aku lupa nak request awal, akibatnya dapat kat lokasi ceruk and menyeramkan… haha.


Perjalanan menuju ke Te Anau,jalan yang gelap dan snow turun

That’s all for Day 6, kita sambung dalam entry seterusnya. Thanks for reading!

Share
Tweet
Pin
Share
No Comments

Assalamualaikum w.b.t

Fuh baru sampai hari kelima ke? Jenuh nak update sampai hari kesepuluh nih. Takpelah, blog nih ibarat catatan peribadi aku, apa yg aku ingat aku simpan dlm nih dulu utk kenangan masa depan. Tempat-tempat yg aku pergi dulu-dulu pun maybe aku akan ceritakan secara general jek sebab banyak dah lupe…. Rugi kan? Huhuhu…. But better late than never….

So untuk hari kelima dan keenam kami spend masa di Bandar Queenstown, and stay kat Queenstown Holiday Park and Motels Creeksyde. Best holiday park nih, lokasi kat tgh bandar and dekat nak kemana-mana. Facilities pon tip top. Pagi tuh lepas breakfast kami trus ke Skyline Queenstown untuk menaiki Gondola dan Luge, a must-do activities kalau ke Queenstown. Sebab apa aku kata must-do? Sbb dengan menaiki gondola, you all akan dpt lihat pemandangan bandar Queenstown dari atas, ala-ala bird view lah kiranya. Kat sni jugak ade aktiviti bungee jumping bg yg suka sukan extreme. Tapi sorry la, bagi free pon aku takmo… hehe. Aku beli tiket gondola and luge secara online lebih awal so pagi nih trus beratur utk print tiket.


Entrance Skyline Queenstown

Tuhaaa tempat bungee jumping... ade bran? hehe

Die punyer gondola kecik jek compared to genting or Langkawi punyer. Sampai kat atas ade viewing deck, bolehla nak bergambar-gambar kat sini. Selain tuh ade jugak restoran and souvenir shop. Lepas puas tgk view kami pi main luge plak. Kitorang ade 6 +1 (free) luge ride sorang…. Ha main sampai muntah. Memula risau gak takut Humaira takut naik luge tuh, laju kot plus sejuk plak tuh. Tapi bile dah try sekali, taknak stop plak. Kita plak risau sbb memang sejuk sgt, tak abiskan pon 7 kali ride tuh sbb jari dah kebas… haha.

Menikmati Pemandangan Bandar Queenstown dari atas


















My September baby, beria nak cake, kita celebrate bufday trus lah....

Boleh nampak org main luge dari viewing deck



Syok Humaira naik luge ngan abi die


Singgah jap tepi tasik sebelum meneruskan perjalanan ke Glenorchy


Next kami ke satu lagi tempat menarik di Queenstown iaitu Glenorchy. Perjalanan dalam sejam dari bandar Queenstown. Jarang org masukkan Glenorchy dlm itinerary tapi bagi aku wajib pergi sbb sgt worth it. Glenorchy nih macam sebuah kawasan penempatan yg agak terpencil. Kat situ ade banyak rumah-rumah, kedai, library, church, small restaurants, school and playground utk kemudahan penduduk kat situ. Tapi die punye pemandangan, Subhanallah…. Kalau lah dapat umah sebijik kat situ, hari-hari bukak pintu nampak view awesome depan mata, confirm tak stress. Masa kami sampai tuh diorang dah start buat construction utk motel for tourist, so maybe next time bolehla bermalam kat sini if plan ke Queenstown.   Malas nak cite banyak, biarlah gambar berbicara. Oh ya, Glenorchy nih jugak menjadi salah satu lokasi penggambaran The Lord of The Rings, tapi tak sure part yg mana.


Berhenti jap tepi jalan menikmati view


Kami perlu melalui jalan tuh utk ke Glenorchy


Yeay!! Dah sampai..


Heaven on earth


I want to wake up each morning to this view








Me against the nature





Sempat melayan si kecik nih main playground






Sebelum balik singgah kedai jap beli souvenir

Before hari semakin gelap, kami kembali ke bandar Queenstown semula, prepare dinner kat Holiday Park. Malam tuh aku masak kat shared kitchen. Menu malam tuh tomyam udang, satu kitchen berbau, mat saleh yg keluar masuk dok bising, wowww smells good katanya. Hahaha….. malu aku, nak bg rase aku masak utk berdua jek, ambik bau jeklah yer.

Lepas dinner kami jalan-jalan kat Bandar Queenstown, malam die hidup tak macam town lain yang sunyi sepi. Kami amik kesempatan untuk beli souvenir kat DF Souvenir shop untuk insan tersayang kat Malaysia. Kat sini agak murah compared to other shop, tapi untuk T-shirt macam tak banyak pilihan and kualiti die macam tak best sangat. Banyak jek pilihan kedai-kedai lain if ade masa nak survey harga. Malam di Queenstown sangat romantik dan mendamaikan, jangan lepaskan peluang to have a night walk ya.

So that’s all for Day 5, stay tune utk aku sambung story seterusnya di Queenstown. TQ for reading!.

Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Newer Posts
Older Posts

About me



Hello There! I am Suliana. I am a wife to Hairul Hafiz and a mom to two beautiful kids, Humaira and Yusuf. Welcome to my little world where I write about my family's adventures, food, parenting, and random deep thoughts. I use this space to document and celebrate life! Thanks for reading.

My Instagram Updates

Contact Form

Name

Email *

Message *

recent posts

Follow Us

  • facebook
  • instagram
  • youtube

Blog Archive

  • ►  2019 (10)
    • ►  November 2019 (2)
    • ►  October 2019 (2)
    • ►  August 2019 (1)
    • ►  May 2019 (1)
    • ►  March 2019 (3)
    • ►  February 2019 (1)
  • ▼  2018 (7)
    • ►  May 2018 (2)
    • ►  March 2018 (2)
    • ▼  February 2018 (2)
      • Road Trip to South Island New Zealand Day 6: Bad W...
      • Road Trip to South Island New Zealand Day 5: Gleno...
    • ►  January 2018 (1)
  • ►  2017 (6)
    • ►  November 2017 (1)
    • ►  October 2017 (3)
    • ►  April 2017 (2)
  • ►  2016 (8)
    • ►  November 2016 (1)
    • ►  June 2016 (6)
    • ►  May 2016 (1)
  • ►  2013 (3)
    • ►  October 2013 (3)

Total Pageviews

Created with by ThemeXpose . Distributed by Weblyb