• Home
  • Travel
    • New Zealand
    • China
    • Australia
    • Egypt
    • Maldives
  • Health
  • Parenting
  • Sitemap
facebook instagram Email

Walk Of Life

Servant to Allah . Daughter . Wife . Mom . Engineer


Assalamualaikum w.b.t
Bersambung lagi kisah “workation” kami di Egypt. Pagi tuh husband ajak breakfast kat luar, dia kata nak aku rasa apa yang orang Mesir selalu makan waktu pagi. So kami berdua pun berjalan kaki melalui lorong-lorong untuk ke kedai makan berhampiran sambil tengok aktiviti dan gelagat warga Mesir pada waktu pagi. Ada yang nak pergi kerja, ada yang baru nak bukak kedai untuk berniaga, budak-budak plak ramai yang berjalan kaki pergi sekolah. suami paling bersemangat bercerita, almaklumlah tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat menuntut ilmu. Dia kata masa belajar dulu die bercita-cita nak bawak zaujah die jalan-jalan Mesir tengok tempat die belajar lepas die kahwin nanti... hamboi-hamboi, masa belajar dah gatal fikir camtuh ye, aku dulu time belajar fikir camne nak bagi lepas CGPA jek. Kalau kena repeat Sem mampus PTPTN tak bayar, bayar la ko yuran semester RM 6k guna duit sendiri. hahahaha.... 

Adik nih tgh jalan kaki nak gi sekolah, acik nih suruh die pose. Sengih2 die, sporting lah awk. 







Ok berbalik semula kepada cerita Egypt tadi, kami sempat singgah kat kedai roti untuk rasa pelbagai jenis roti dan biskut yang dijual. Then kami masuk ke satu kedai yang jual Kushari, sejenis makanan tradisi Mesir. Kalau kita macam nasi lemak laaaa…. Kushari nih campuran beras mesir, kekacang, macaroni, bawang goreng, dihidang bersama tomato puree. Rasa die, hampir sama macam spaghetti Bolognese cuma lebih crunchy, sedap jugak. Kat kedai tuh die jual Kushari dengan dessert spt Aruz Bi Labban (sejenis dessert Timur Tengah), air panas tak dijual, yang ada air berkarbonat jek. Air masak die bagi free. Aku yg sejenis pagi-pagi memang cari coffee/nescafe nih memang tak tentu arah la minum air masak masa breakfast. Huuuuuuu.


Kat kedai roti biasenyer ade patung-patung camnih yang dijual sebagai hadiah hari jadi


Pening nak pilih.. Pelbagai jenis roti dan biskut ada dijual


Kushary


Aruz Bi Labban... Yang nih sedap gile, kalau ade jual kat mesia tolong bg tau kat komen ye



Selesai brekfast kami jalan-jalan kat sekitar bandar Cairo dan sebelum balik semula ke hotel husband ajak minum kopi dulu kat satu kedai yang kebetulan kitorang lalu. Aku pon laju la cakap jom sebab pagi  tadi dapat air masak jek, tapi once aku melangkah masuk kedai, semua lelaki mesir jek yang penuh. Rupanya laki aku bg tau, kat Mesir nih memang ade port lelaki untuk diorang dok melepak, tgk football la, hisap shisha la. So adalah tidak menjadi kebiasaan bagi perempuan untuk ada kat tempat-tempat macam nih. Tapi owner kedai bagus, die nampak aku masuk terus die ajak aku duduk kat tempat paling hujung and privacy, faham kot aku takkanla nak mengadap diorang tgh layan shisha. Oh ya, kedai mcm nih die jual minuman jek, takde makanan ye, haha. Aku order cappucino, husband order teh halba. Walaupun kedai die tak semenggah tapi cappucino die sedap gile weh..... 😋😋😋

Walaupun gambar nih tak berapa sharp, tapi aku nak tunjuk jugak.. Kat sini kalau lelaki yang nak naik or turun bas, driver takkan benti hokey... Die slowkan bas jek, kalau pompuan baru die benti. Ko tgk mamat tuh terkial-kial naik bas yg bergerak kat tgh2 jalan. Huuuu
Ruang dalam kedai.. Berderet shisha utk dikongsi😂





Cappucino utk aku, teh halba utk dia ❤️

Keluar dari kedai kopi tgk ade nih, rupanya air minuman wakaf. 

Lepas minum kami singgah kat street shop and convenience store beli jajan.

Beli coke mesir, along aku kirim die collect botol coke all over the world

Singgah kat kedai ala-ala speedmart. Macam-macam ada, minyak sawit jek takde... Serius.. Puas aku cari. 

Banyak gile pilihan cheese

Kami plan hari nih nak pergi ke Pyramids of Giza, so dalam pukul 9 pagi driver dah menunggu kami dpn hotel untuk bawa kami ke Giza, perjalanan lebih kurang setengah jam dari bandar Cairo. Pyramid nih selain menjadi antara monument tertua dunia, juga merupakan salah satu dari tujuh keajaiban dunia (7 Wonders of The Ancient World). Pyramid juga merupakan salah satu bukti kekejaman pemerintah yang telah mengerahkan lebih 100,000 orang hamba utk membina makamnya yang mengambil masa 20 tahun untuk siap. Sebenarnya terdapat lebih 100 buah pyramid yang pernah wujud, tapi yg masih kekal hingga sekarang cuma tiga sahaja iaitu The Great Pyramid (dibina oleh King Khufu dan merupakan pyramid terbesar), Pyramid Khafre (dibina oleh King Khafre, anak kepada King Khufu) dan yang paling kecil Pyramid Menkaure (dibina oleh King Menkaure).  Selain 3 pyramid nih, terdapat juga monument lain iaitu The Great Sphinx (patung singa berkepala manusia) yang dibina untuk menjaga makam pyramid-pyramid nih.

Unbelievable

Pyramid Khufu and Pyramid Khufre

Pyramid Menkaure
Nampak terik tapi cuaca dingin berangin



My habibi



Dari kawasan pyramid nih boleh nampak bandar Cairo

Die punye booth pun masih purba dan klasik

Pyramid-pyramid nih tak lebih dari tempat persemadian raja-raja Mesir. Mereka percaya pada kehidupan selepas mati, so selepas raja Mesir mati, mayat mereka yang telah diawet diletakkan di sini bersama harta-harta mereka. Now takde ape yang tinggal kat dalam pyramid tuh, semuanya dah dibawa ke muzium. Kalau nak dicerita sejarah Pyramid nih, 3 hari 3 malam tak habis, tapi kan aku ada banyak bende nak share ngan korang pasat tips and tricks yg korang kena tau sblom visit The Pyramids of Giza nih. Kita buat dlm next post lah ye. Stop sini dulu, kita sambung dalam part 5, Insyaallah.

Share
Tweet
Pin
Share
No Comments

Assalamualaikum w.b.t

Bersambung lagi kisah kami di Egypt. So lepas check in di Safir Hotel Cairo, breakfast di hotel and terus keluar utk cari local Sim Card. Kami beli sim card Vodafone. Actually malam nyer husband kena bertugas, so siang tuh free and easy je. Husband ajak pergi kilang Asfour Crystal yang terkenal kat Kaherah, katanya sesuai sangat kalau nak beli as souvenirs. Actually ianya kilang, tp disediakan showroom kat sebalah untuk kita shopping. Sebaik melangkah masuk, wahhhhh macam-macam ada, semua aksesori wanita ada (brooch, rantai, gelang dll), barang hiasan rumah, pelbagai jenis lampu dinding dan chandelier, tirai, frame, pendek kata semua adalah. Bukan pompuan jek rambang mata, lelaki pon sama, sebab ade juga barang-barang lelaki seperti jam, cufflink, dan tasbih. So I borong souvenir kat sini utk yg tersayang kat Malaysia, murah-murah sebab harga dlm RM divide by 3…. Wow!. Jom layan gambar:


Depan kilang kristal Asfour

Pintu masuk Showroom






Rambang mata dibuatnya



Design klasik ade, modern pun ada

Yang nih dah selamat jadi milik i... Alaaa kantoi harga.. Haha

Chandelier terbesar pernah aku jumpa... Kalau kena hempap confirm meninggal

Duduk sini sambil berangan... Haih bilalah rumah banglo i nak siap..  Bleh shopping lampu kat sni... 

Gila tgk price tag, murah! Kalau kat malaysia jgn harapla nak dpt harga camnih



Chandelier aku bentuk kuda sekor... Ko hado? 

Boleh matching2 kan design dgn wall lamp plak

Nak crystal custom made pun boleh....



Yang jenis replika nih jangan cakap, terlalu banyak pilihan

Pilihan tasbih untuk imamku... Ececece








Kaunter bayaran.. Dah bayar br teringat alamak lupe nak beli souvenir bos aku... Hahaha.. Okla i beli crystal yg tertera ayat quran pasal "sabar".... Kikiki

Lepas dah puas shopping crystal, kami lunch kat one of the restaurant tak jauh dr situ. Kat sini mcm biasela, dah kat arab, nasi arab lah main dish nyer, tak pon kebab. Kedai die cantik, and apa yg buat aku kagum dengan mesir nih, kebanyakan kedai mesti berkumandang ayat-ayat suci Alquran.

Ha.lupa nak perkenalkan nih la jemaah kami kat Mesir nih, Ustaz Othman and family, mantan Imam besar masjid negeri Shah Alam, sekarang pengetua Maahad Tahfiz Ismail. Segan sebenarnya nak bersama insan2 hebat nih tapi mereka nih Masyaallah baiknya, dah macam keluarga sendiri mesranya tuh. 😍

Ha nih plak Ustaz Hafiz, imam saya..... Perghh  

Bergambar kenangan dengan waiter yang senyuman tak lekang di bibir

Asir mango jgn lupa order, padu sgt rasa die... 




Sahabat baru, Amal Basyirah, boleh tahan senget jugak Ustazah nih.. Tak kekok la nak berbual ngan die. 

Suasana depan kedai



Burung merpati yg disumbat nasi.... Sedap kot... Ntah, tak pernah makan merpati sblom nih


Lepas lunch kami balik hotel and berehat sebab malam tuh husband ade tugasan and amanah yg perlu dilaksanakan kat rumah persatuan pelajar Malaysia Mesir.

Next entry kita cite pasal destinasi wajib yang seterusnya kalau ke Mesir nih k. Stay tuneeeee.....Wassalam.

Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Newer Posts
Older Posts

About me



Hello There! I am Suliana. I am a wife to Hairul Hafiz and a mom to two beautiful kids, Humaira and Yusuf. Welcome to my little world where I write about my family's adventures, food, parenting, and random deep thoughts. I use this space to document and celebrate life! Thanks for reading.

My Instagram Updates

Contact Form

Name

Email *

Message *

recent posts

Follow Us

  • facebook
  • instagram
  • youtube

Blog Archive

  • ▼  2019 (10)
    • ►  November 2019 (2)
    • ►  October 2019 (2)
    • ►  August 2019 (1)
    • ►  May 2019 (1)
    • ▼  March 2019 (3)
      • The Ancient Egypt Part 4: Exploring the Streets in...
      • The Ancient Egypt Part 3: Kristal Mewah di Kilang ...
      • The Ancient Egypt Part 2: My First Impression
    • ►  February 2019 (1)
  • ►  2018 (7)
    • ►  May 2018 (2)
    • ►  March 2018 (2)
    • ►  February 2018 (2)
    • ►  January 2018 (1)
  • ►  2017 (6)
    • ►  November 2017 (1)
    • ►  October 2017 (3)
    • ►  April 2017 (2)
  • ►  2016 (8)
    • ►  November 2016 (1)
    • ►  June 2016 (6)
    • ►  May 2016 (1)
  • ►  2013 (3)
    • ►  October 2013 (3)

Total Pageviews

Created with by ThemeXpose . Distributed by Weblyb