The Ancient Egypt Part 2: My First Impression

by - 20:44


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, kami selamat tiba di Airport Jeddah untuk transit selama 3 jam. First time sampai di Jeddah, terkejut aku tengok airport dia… kecik jer rupanya. Mula buat aku terfikir, macam mana la agaknya keadaan airport nih masa musim Haji yer, mesti sesak tahap ape ntah. Aku tak pasti, tapi nampak mcm tak padan dengan fungsinya yang menerima jemaah umrah sepanjang tahun, jemaah haji dari seluruh dunia juga transit utk pelbagai jenis airlines. Bukan sahaja dari segi facilities, juga dari segi sistemnya yang kurang teratur. Kalau ko pegi kaunter gomen, nombor beratus bukak satu kaunter je ko mesti panas hati kan? Hah mcm tuh la rasanya bila semua beratus-ratus org yg tiba di airport Jeddah terpaksa beratur utk pemeriksaan passport secara manual, dengan hanya dua kaunter. Aku bukan datang negara orang nak condemn jek kejenyer, tapi rasanya kerajaan Arab Saudi at least upgrade lah mana yang patut, untuk keselesaan jemaah. Dengan suraunya yang sangat kecik dan masih guna divider, takde tampat amik wudhu’, amik wudhu’ dalam toilet, tempat duduk yg sangat terhad (sbb airport kecik), end up memang org melepak kat lantai aje. Negara bukan Islam punyer airport pun ade surau yang sangat selesa. Tak payah pergi jauh, KLIA punyer standard pon tersangatlah jauh utk dibandingkan dgn airport Jeddah. Menyedihkan.

Ramai member pm ingat gi umrah sbb share gambar nih kat Jeddah airport... Ko gile gi umrah pakai camnih... Mmg liberal btol... Hahhaa







Ramai jemaah terpaksa duduk di lantai kerana seat dah penuh. Paling kesian jemaah warga emas 😭😭😭







Namun begitu, sayu juga di hati bila kita dah sangat hampir dengan Mekah, tapi tak mampu nak singgah. Insyaallah doakan urusan aku dipermudah utk menjadi tetamu Allah satu hari nanti bersama anak-anak kalau boleh. Amin. So selama 3 jam tuh aku isi masa dengan solat and minum-minum. Naseb 3 jam kalau 10 jam mati kutu jugak dibuatnya. Then perjalanan diteruskan lagi selama lebih kurang 2 jam menuju ke Mesir.



Orang lain sibuk layan movie, aku dok leka main game nih. 

Uniknya pesawat menuju ke Mesir nih, semua flight attendant die lelaki weh. Pelik? Of course lah… biase pramugari cun-cun yang jaga kite sepanjang dlm flight kan, tapi kali nih abang-abang helok pulak. Aku cakap kat husband, kan bagus kalau semua flight mcm nih, heaven! Haha… laki aku mencebik aje tanpa sebarang komen. Hahahaha. Flight Saudi Airlines nih entertainment die boleh tahan menarik gak, ade movie, lagu, games, pendek kata tak boring lah. Makanan pun not bad, ade macam-macam and sedap-sedap. Sebelum tiba di airport kita diminta isi arrival form. So bolehla isi siap2. Rupanya macam kat bawah nih.

The arrival form

Sampai di Airport Cairo, wah macam tak percaya jek aku dah jejakkan kaki di Bumi Mesir... Excited! Airport Cairo nih masih baru, so nampak lah die punye bersih berkilat tuh. Alhamdulillah mudah jek urusan di airport and kami dah pun ditunggu oleh driver van (Egyptian) yang husband dah booking sepanjang kami kat sini. Start dalam van menuju ke hotel tuh aku punyer first impression terus berubah, Masyaallah kecut perut weh tengok die memandu. Gila! Rupanya org Mesir memang kebanyakannya memandu macam tuh. Kalau kat pusat bandar Kaherah, jem teruk tuh jangan cakaplah, die men selit selit jek, kereta bergesel manja tuh benda biasa... haha. Kalau yang dah rase pengalaman trafik sesak kat Bandung, yes, Mesir lagi hebat sebab siap ade drama laki bini bergaduh tengah-tengah jalan. Ade jugak driver yg macam nak bertumbuk, tapi kereta die biar jek kat tgh alam, die pergi tepi sambung gaduh.... hahaha.. No wonder jarang nampak kereta yang baru-baru, kalau kereta cantik sket pun kereta yang diorang guna buat Uber. Selain tuh memang dibiar aje kereta yang kemik sana sni. Kalau luar pusat bandar, jalan tak berapa sesak, tapi laju tetap laju, jalan luas ade 4 lane pon die nak jugak lalu atas garisan putih. Unik kan? hehe

Bangunannya plak majority berwarna coklat. Negara padang pasir kan so sentiasa berdebu. Even die cat warna pink pun tetap akan berubah jadi warna coklat. Kebanyakan rumah diorang nih dibina bertingkat. Satu pemandangan biasa kalau nampak ceracak-ceracak kat bumbung rumah, sebab if ada keperluan nak extend rumah setingkat lagi diorang just tambah jek…. Sekali imbas memang macam baru lepas perang.

Since kami sampai awal pagi, so kita check in hotel dulu. Husband kata die nak lokasi yang kat tengah-tengah bandar Cairo, so aku book Safir Hotel, Cairo. Hotel nih bertaraf 5 bintang kalau ikut rate Booking.com, gambar pun mengancam, tapi aku nasihatkan jangan lah letak expectation tinggi sangat. Haha. Hotel nih dr segi lokasi memang tiptop, tapi servis and facilities taklah sampai 5 bintang. Pintu lobby celah-celah lorong jek, hotel nampak lama tapi selesa. Breakfast tak banyak choice, tuh yang hari kedua aku ngan husband jalan kaki pi cari breakfast kat luar. Jom layan gambar hotel yang kami stay nih.

Safir Hotel Cairo main lobby

The room with balcony



Ade pool

View dari balcony
View from our balcony

Ku lihat.... Coklat......




Depan main entrance hotel. Redhalah takde parking khas.. Benti tepi2 jek klu nk turunkan org and beg. 

So nak tau ke mana kita pergi utk first day kat Kaherah nih?Kita cite dlm part 3 okey? Stay tune and thanks for reading!

You May Also Like

0 Comments