The Ancient Egypt Part 4: Exploring the Streets in Cairo

by - 02:04


Assalamualaikum w.b.t
Bersambung lagi kisah “workation” kami di Egypt. Pagi tuh husband ajak breakfast kat luar, dia kata nak aku rasa apa yang orang Mesir selalu makan waktu pagi. So kami berdua pun berjalan kaki melalui lorong-lorong untuk ke kedai makan berhampiran sambil tengok aktiviti dan gelagat warga Mesir pada waktu pagi. Ada yang nak pergi kerja, ada yang baru nak bukak kedai untuk berniaga, budak-budak plak ramai yang berjalan kaki pergi sekolah. suami paling bersemangat bercerita, almaklumlah tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat menuntut ilmu. Dia kata masa belajar dulu die bercita-cita nak bawak zaujah die jalan-jalan Mesir tengok tempat die belajar lepas die kahwin nanti... hamboi-hamboi, masa belajar dah gatal fikir camtuh ye, aku dulu time belajar fikir camne nak bagi lepas CGPA jek. Kalau kena repeat Sem mampus PTPTN tak bayar, bayar la ko yuran semester RM 6k guna duit sendiri. hahahaha.... 

Adik nih tgh jalan kaki nak gi sekolah, acik nih suruh die pose. Sengih2 die, sporting lah awk. 







Ok berbalik semula kepada cerita Egypt tadi, kami sempat singgah kat kedai roti untuk rasa pelbagai jenis roti dan biskut yang dijual. Then kami masuk ke satu kedai yang jual Kushari, sejenis makanan tradisi Mesir. Kalau kita macam nasi lemak laaaa…. Kushari nih campuran beras mesir, kekacang, macaroni, bawang goreng, dihidang bersama tomato puree. Rasa die, hampir sama macam spaghetti Bolognese cuma lebih crunchy, sedap jugak. Kat kedai tuh die jual Kushari dengan dessert spt Aruz Bi Labban (sejenis dessert Timur Tengah), air panas tak dijual, yang ada air berkarbonat jek. Air masak die bagi free. Aku yg sejenis pagi-pagi memang cari coffee/nescafe nih memang tak tentu arah la minum air masak masa breakfast. Huuuuuuu.


Kat kedai roti biasenyer ade patung-patung camnih yang dijual sebagai hadiah hari jadi


Pening nak pilih.. Pelbagai jenis roti dan biskut ada dijual


Kushary


Aruz Bi Labban... Yang nih sedap gile, kalau ade jual kat mesia tolong bg tau kat komen ye



Selesai brekfast kami jalan-jalan kat sekitar bandar Cairo dan sebelum balik semula ke hotel husband ajak minum kopi dulu kat satu kedai yang kebetulan kitorang lalu. Aku pon laju la cakap jom sebab pagi  tadi dapat air masak jek, tapi once aku melangkah masuk kedai, semua lelaki mesir jek yang penuh. Rupanya laki aku bg tau, kat Mesir nih memang ade port lelaki untuk diorang dok melepak, tgk football la, hisap shisha la. So adalah tidak menjadi kebiasaan bagi perempuan untuk ada kat tempat-tempat macam nih. Tapi owner kedai bagus, die nampak aku masuk terus die ajak aku duduk kat tempat paling hujung and privacy, faham kot aku takkanla nak mengadap diorang tgh layan shisha. Oh ya, kedai mcm nih die jual minuman jek, takde makanan ye, haha. Aku order cappucino, husband order teh halba. Walaupun kedai die tak semenggah tapi cappucino die sedap gile weh..... 😋😋😋

Walaupun gambar nih tak berapa sharp, tapi aku nak tunjuk jugak.. Kat sini kalau lelaki yang nak naik or turun bas, driver takkan benti hokey... Die slowkan bas jek, kalau pompuan baru die benti. Ko tgk mamat tuh terkial-kial naik bas yg bergerak kat tgh2 jalan. Huuuu
Ruang dalam kedai.. Berderet shisha utk dikongsi😂





Cappucino utk aku, teh halba utk dia ❤️

Keluar dari kedai kopi tgk ade nih, rupanya air minuman wakaf. 

Lepas minum kami singgah kat street shop and convenience store beli jajan.

Beli coke mesir, along aku kirim die collect botol coke all over the world

Singgah kat kedai ala-ala speedmart. Macam-macam ada, minyak sawit jek takde... Serius.. Puas aku cari. 

Banyak gile pilihan cheese

Kami plan hari nih nak pergi ke Pyramids of Giza, so dalam pukul 9 pagi driver dah menunggu kami dpn hotel untuk bawa kami ke Giza, perjalanan lebih kurang setengah jam dari bandar Cairo. Pyramid nih selain menjadi antara monument tertua dunia, juga merupakan salah satu dari tujuh keajaiban dunia (7 Wonders of The Ancient World). Pyramid juga merupakan salah satu bukti kekejaman pemerintah yang telah mengerahkan lebih 100,000 orang hamba utk membina makamnya yang mengambil masa 20 tahun untuk siap. Sebenarnya terdapat lebih 100 buah pyramid yang pernah wujud, tapi yg masih kekal hingga sekarang cuma tiga sahaja iaitu The Great Pyramid (dibina oleh King Khufu dan merupakan pyramid terbesar), Pyramid Khafre (dibina oleh King Khafre, anak kepada King Khufu) dan yang paling kecil Pyramid Menkaure (dibina oleh King Menkaure).  Selain 3 pyramid nih, terdapat juga monument lain iaitu The Great Sphinx (patung singa berkepala manusia) yang dibina untuk menjaga makam pyramid-pyramid nih.

Unbelievable

Pyramid Khufu and Pyramid Khufre

Pyramid Menkaure
Nampak terik tapi cuaca dingin berangin



My habibi



Dari kawasan pyramid nih boleh nampak bandar Cairo

Die punye booth pun masih purba dan klasik

Pyramid-pyramid nih tak lebih dari tempat persemadian raja-raja Mesir. Mereka percaya pada kehidupan selepas mati, so selepas raja Mesir mati, mayat mereka yang telah diawet diletakkan di sini bersama harta-harta mereka. Now takde ape yang tinggal kat dalam pyramid tuh, semuanya dah dibawa ke muzium. Kalau nak dicerita sejarah Pyramid nih, 3 hari 3 malam tak habis, tapi kan aku ada banyak bende nak share ngan korang pasat tips and tricks yg korang kena tau sblom visit The Pyramids of Giza nih. Kita buat dlm next post lah ye. Stop sini dulu, kita sambung dalam part 5, Insyaallah.

You May Also Like

0 Comments