• Home
  • Travel
    • New Zealand
    • China
    • Australia
    • Egypt
    • Maldives
  • Health
  • Parenting
  • Sitemap
facebook instagram Email

Walk Of Life

Servant to Allah . Daughter . Wife . Mom . Engineer


Assalamualaikum w.b.t

Fuh baru sampai hari kelima ke? Jenuh nak update sampai hari kesepuluh nih. Takpelah, blog nih ibarat catatan peribadi aku, apa yg aku ingat aku simpan dlm nih dulu utk kenangan masa depan. Tempat-tempat yg aku pergi dulu-dulu pun maybe aku akan ceritakan secara general jek sebab banyak dah lupe…. Rugi kan? Huhuhu…. But better late than never….

So untuk hari kelima dan keenam kami spend masa di Bandar Queenstown, and stay kat Queenstown Holiday Park and Motels Creeksyde. Best holiday park nih, lokasi kat tgh bandar and dekat nak kemana-mana. Facilities pon tip top. Pagi tuh lepas breakfast kami trus ke Skyline Queenstown untuk menaiki Gondola dan Luge, a must-do activities kalau ke Queenstown. Sebab apa aku kata must-do? Sbb dengan menaiki gondola, you all akan dpt lihat pemandangan bandar Queenstown dari atas, ala-ala bird view lah kiranya. Kat sni jugak ade aktiviti bungee jumping bg yg suka sukan extreme. Tapi sorry la, bagi free pon aku takmo… hehe. Aku beli tiket gondola and luge secara online lebih awal so pagi nih trus beratur utk print tiket.


Entrance Skyline Queenstown

Tuhaaa tempat bungee jumping... ade bran? hehe

Die punyer gondola kecik jek compared to genting or Langkawi punyer. Sampai kat atas ade viewing deck, bolehla nak bergambar-gambar kat sini. Selain tuh ade jugak restoran and souvenir shop. Lepas puas tgk view kami pi main luge plak. Kitorang ade 6 +1 (free) luge ride sorang…. Ha main sampai muntah. Memula risau gak takut Humaira takut naik luge tuh, laju kot plus sejuk plak tuh. Tapi bile dah try sekali, taknak stop plak. Kita plak risau sbb memang sejuk sgt, tak abiskan pon 7 kali ride tuh sbb jari dah kebas… haha.

Menikmati Pemandangan Bandar Queenstown dari atas


















My September baby, beria nak cake, kita celebrate bufday trus lah....

Boleh nampak org main luge dari viewing deck



Syok Humaira naik luge ngan abi die


Singgah jap tepi tasik sebelum meneruskan perjalanan ke Glenorchy


Next kami ke satu lagi tempat menarik di Queenstown iaitu Glenorchy. Perjalanan dalam sejam dari bandar Queenstown. Jarang org masukkan Glenorchy dlm itinerary tapi bagi aku wajib pergi sbb sgt worth it. Glenorchy nih macam sebuah kawasan penempatan yg agak terpencil. Kat situ ade banyak rumah-rumah, kedai, library, church, small restaurants, school and playground utk kemudahan penduduk kat situ. Tapi die punye pemandangan, Subhanallah…. Kalau lah dapat umah sebijik kat situ, hari-hari bukak pintu nampak view awesome depan mata, confirm tak stress. Masa kami sampai tuh diorang dah start buat construction utk motel for tourist, so maybe next time bolehla bermalam kat sini if plan ke Queenstown.   Malas nak cite banyak, biarlah gambar berbicara. Oh ya, Glenorchy nih jugak menjadi salah satu lokasi penggambaran The Lord of The Rings, tapi tak sure part yg mana.


Berhenti jap tepi jalan menikmati view


Kami perlu melalui jalan tuh utk ke Glenorchy


Yeay!! Dah sampai..


Heaven on earth


I want to wake up each morning to this view








Me against the nature





Sempat melayan si kecik nih main playground






Sebelum balik singgah kedai jap beli souvenir

Before hari semakin gelap, kami kembali ke bandar Queenstown semula, prepare dinner kat Holiday Park. Malam tuh aku masak kat shared kitchen. Menu malam tuh tomyam udang, satu kitchen berbau, mat saleh yg keluar masuk dok bising, wowww smells good katanya. Hahaha….. malu aku, nak bg rase aku masak utk berdua jek, ambik bau jeklah yer.

Lepas dinner kami jalan-jalan kat Bandar Queenstown, malam die hidup tak macam town lain yang sunyi sepi. Kami amik kesempatan untuk beli souvenir kat DF Souvenir shop untuk insan tersayang kat Malaysia. Kat sini agak murah compared to other shop, tapi untuk T-shirt macam tak banyak pilihan and kualiti die macam tak best sangat. Banyak jek pilihan kedai-kedai lain if ade masa nak survey harga. Malam di Queenstown sangat romantik dan mendamaikan, jangan lepaskan peluang to have a night walk ya.

So that’s all for Day 5, stay tune utk aku sambung story seterusnya di Queenstown. TQ for reading!.

Share
Tweet
Pin
Share
No Comments



Assalamualaikum w.b.t,

Hari keempat di bumi New Zealand, kami bermalam di Wanaka Kiwi Holiday Park and Motels. Macam biasalah tiba dah lewat malam, so tak nampak Wanaka nih ada apa.  At first aku ingat Wanaka nih just a small town, mcm pekan koboi tuh tapi ternyata sangkaan ku meleset sama sekali. Punyelah cantik Wanaka nih, bandar dia dah lah sarat dgn nature, berlatar-belakangkan gunung dan dikelilingi tasik, bukan tuh jek, Wanaka nih ade macam-macam aktiviti yg kita boleh buat, tenang and tak sesak. If aku datang lagi, aku akan spend masa dua hari kat Wanaka.

Selain aktiviti-aktiviti lasak yg boleh dibuat mcm kayak, hiking, trekking dan lain-lain, kita juga boleh spend masa ngan anak-anak dgn pergi ke Puzzling World, Toys Museum, Transport Museum and War Museum. Dikatakan Transport Museum tuh mempamerkan lebih 50 tahun punye collection tau! Tapi tuhla, since kami ade sehari jek kat Wanaka nih, kami cuma sempat ke Puzzling World jek, selain pusing-pusing town.

Pagi-pagi kami dah bersiap utk ke Puzzling World sebab opening hours die from 10am to 5.30pm. Aku beli tiket siap-siap kat Bookme.com, harga jauh lebih murah. Actually boleh pilih tiket sama ada nak masuk kat The Great Maze or Illusion Room. Tapi aku syorkan masuklah kedua-duanya sekali. Macam The Great Maze tuh die buat outdoor, so sejuk-sejuk tuh mmg syok la berlari-lari cari jalan keluar kan…. dapatlah kite panaskan badan, klu tak membeku jek rasa. Humaira pon enjoy boleh lari-lari ikut ummi and abi nyer capai mission and cari jalan keluar. Nampak mudah tapi susah wooo…. Penat jugaklah dok pusing-pusing turun naik tangga. Kami berjaya capai 3 misi jek pastuh surrender, nak cover benda lain plak.


Dari tepi jalan dah nampak building Puzzling World yang colorful nih

Kita main maze dulu sebab outdoor, sementara cuaca pon cun



It was the first of the world's "Super" mazes

Bukti kami dah tawan Red Tower

Over tau die punyer posing

Illusions Room nih lebih kepada ilusi-ilusi mata yang buat kita termenung mcm mana bleh jadi camtuh, haha. Betul-betul mencabar minda logic nih. Paling interesting bagi aku ialah tilt house. Tilt house nih rumah condong, tp pada mata kita ianya rata, so adalah sgt sukar utk kita balance kan badan kita kat dlm rumah nih sbb pemikiran logic kita tak sama mcm reality. Selain tuh banyak lagi lah benda-benda ilusi sampai ke toilet pon die buat 3D painting effect. Lps tuh boleh lepak-lepak kat café minum kopi or having some snacks while playing various types of puzzles yg diletakkan atas setiap meja, cool kan? Ada jugak ruang die jual souvenirs, pelbagai jenis puzzles, books of logic dan macam-macam lagi yang unik-unik. Untuk pencinta puzzle macam aku mmg rasa nak borong, tapi ku pendam hasrat takut overbudget, last-last menyesal. Sape pi sni mohon roger, aku nak kirim buku puzzle kat sni. Huuuuuu.  Again, for those who travel with kids, please jangan miss tempat nih sbb very entertaining.

Next kita ke Illusion Rooms pulak

Inside the Tilt House

Pening......




Do you see a vase or faces?






Minum dulu kat cafe sambil layan puzzle atas meja





Next kami ke Paradiso Cinema. Tak jauh pun dari puzzling world, dlm 10 minit sampai. View sepanjang perjalanan mmg awesome. Tuh cuaca gloomy, kalau cerah lagilah cantik....


Time lapse video perjalanan dr Puzzling World ke Paradiso Cinema

Actually masa survey-survey apa ada kat Wanaka nih aku tertarik dgn satu cinema nih. Die punye cinema concept sgt santai and unik, yang aku tak pernah jumpa lagi. Interior die yang klasik, ade café and die tayang cerita lama-lama, bukan yang terkini yg ada kat wayang. Kat sini pon boleh bawak kids if movie tuh takde age restriction. Since kami nak kejar masa, kami singgah sini minum kopi jekla. Kopi die sedap weh....bg yg ada masa, boleh try layan movie kat sni sbb dalam ruang tayangan tuh aku tgk unik jugak siap ade kereta lama and sofa die letak dlm tuh. Huhuhu.





Cool betul interior die

Layan kopi dulu.... nyummy

Kids Area









Then kami ke lokasi terletaknya The Famous Wanaka Tree aka “Lonely Tree”. I believe you all mesti familiar giler dgn Lonely Tree nih sebab selalu dijadikan wallpaper PC or laptop, hehe. Uniknya Lonely Tree nih, antara banyak-banyak pokok kat situ, die jek satu-satunya pokok yang hidup kat tgh tasik Wanaka tuh. Daun die akan berubah warna mengikut musim. Since aku pergi awal spring, view masih lagi dlm mode winter. Kebetulan hujan lebat tp alang-alang dah sampai ku redah jugak. Masa nih barulah aku appreciate phone yg waterproof sbb camera canggih-canggih (canggih ke?) bukan bleh kena air, kang sampai ke sudah jam takleh guna, lagi naya. So kat sni aku snap gambar pakai sony Z5 aku jek, oh I love my phone!! haha.







Lepas tuh kami jalan-jalan kat kedai-kedai sekitar Wanaka Town, you name it semua kedai ada, tp aku beli satu benda jek… haha… charm Pandora sebagai kenang-kenangan. Harga lebih kurang Malaysia jek, tp ade charm Burung Kiwi, I suke I suke. Lepas puas cuci mata keluar masuk kedai, kami pon lepak kat tepi tasik Wanaka utk prepare lunch sebelum bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Queenstown.


Jalan-jalan cuci mata di Wanaka Town











Wanaka Wharf

Bubbye Wanaka, till we meet again :(


Dalam perjalanan ke Queenstown,  kami melalui pekan Cromwell yang terkenal dengan ladang buah-buahannya. Kami sempat singgah utk beli real fruit ice cream. Sejuk-sejuk pon belasah jugak sbb nak rasa punye pasal, rasa die mmg sedap. Sila cuba. Hehe.


Banyak betul pilihan buah-buahan kat sini

Booth real fruit ice cream

Nyummy.... sedap tp sejukkk

Kami sampai di bandar Queenstown dah malam, tapi malam kat sini meriah. Queenstown nih bandar die besar and terkenal dengan aktiviti-aktiviti extreme mcm skydive, zipride, bungy jumping and canyon swing. Kalau berani bleh cuba, but not for me, haha. Aktiviti-aktiviti extreme nih agak mahal, so standby duit jeklah. Sekali seumur hidup, why not kan? So kite cite pasal Queenstown in my next entry k? Ade banyak benda best nak story kat Queenstown nih. Haih every daerah kat South Island nih ade signature and keunikan die sendiri. Takde tempat yang tak best lah senang cite. So stay tune ya. Thanks for reading!

Share
Tweet
Pin
Share
No Comments

Assalamualaikum w.b.t

Hi, welcome back! Kita sambung perjalanan di hari ketiga. Boleh dikatakan pagi di hari ketiga nih pagi yang paling indah dalam hidup aku. Mana taknya, celik-celik mata selak langsir campervan nampak view snowcapped mountains, di depannya terbentang tasik yang membiru. I can’t believe my own eyes, pemandangan di Lake Tekapo macam lukisan!

Walaupon sejuk yang amat, ku gagahkan juga minum kopi kat bench sambil menikmati view sepuas-puasnya sebelum kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu ke Hooker Valley. Lepas prepare breakfast, kami pon jalan-jalan sekitar town utk cari spot wajib bergambar kat sini. Besar juga town nya, meriah…. Hotel jangan cakapla, bersepah-sepah. 

My morning View... awesome.

Nih lokasi parking kami, paling mahal dr yang lain-lain tapi berbaloi

Layan Kopi dulu sambil menikmati pemandangan

Pemandangan Lake Tekapo yang tak jemu mata memandang


Perjalanan meninggalkan our campsite


Lake Tekapo town

Ummi and Humaira


Abaikan Ummi yang jakun di situ

Masih mood winter, Lupin masih belum muncul

On the way dari Lake Tekapo to Hooker Valley.... singgah jap tepi jalan... sepanjang jalan view camnih.

Tak sia-sia mat saleh kedai bagi Humaira belon, bleh ummi wat prop. hehe

Masuk hari ketiga nih, aku dah perasan Humaira cam tak buang air besar sejak hari pertama kami di New Zealand. Selera makan pon macam berkurang, so aku suspect die ada masalah sembelit. Mungkin die tak cukup minum air, and waktu makan yg tak menentu menyebabkan die sembelit. Aku pulak semua ubat aku bawak, kecuali ubat sembelit. Memang betul-betul terlupa. So, kami decide utk ke farmasi terdekat utk beli ubat Humaira dulu. Mujur ade farmasi kat Twizel town. Alhamdulillah Allah permudahkan, memang ada ubat sembelit for kids, 7AUD jenis sirap. Keluar jek dr farmasi terus Humaira poop…. Adeh, takpelah in case kalau jadi lagi dah standby ubat, so ummi tak risau. Benda yg amat2 penting if travel with kids selain makanan yg mencukupi, ialah ubat-ubatan dan emergency kit, please jgn pandang remeh especially roadtrip yg makan masa berjam-jam and payah nak jumpa town.


Twizel Town

We continued our journey to Hooker Valley, di mana terletaknya Mount cook, the highest mountain in New Zealand. Main reason kenapa aku nak pergi sgt South Island, NZ nih because of this place. Besar harapan supaya aku gigih bawak Humaira utk trekking sbb view kat sni tersangatlah awesome, Subhanallah. Malangnya smpai kat point Hooker Valley track tuh, hujan turun agak lebat, if aku berdua ngan hubby mmg aku redah, tp taknak tanggung risiko bila ada Humaira. Sampai kat situ pon aku dah bersyukur sgt, aku spend masa agak lama jugak kat situ, prepare lunch, minum coffee, nikmati puas2 moment tuh, ntah bile dpt sampai lagi….. Kalau ke South Island nih, please jangan miss Hooker Valley nih, kerana sepanjang perjalanan view sgt memukau, mulut tak habis-habis memuji Sang Pencipta.


Journey to Mount Cook... Yang membiru tuh Lake Pukaki

Semakin dekat, semakin kerdil rasanya diri bila melihat besarnya ciptaan Allah di depan mata


Next time datang kene trekking kat Hooker Valley nih... harap-harap i masih ada tenaga masa tuh... huhu
While ummi amik pemandangan kat luar, dua beranak nih main doctor2 kat dlm campervan. Hujan agak lebat kat luar, Humaira takleh keluar. 



Ku tenung-tenung gunung di depan mata, Ku fikir-fikir bila kan sampai lagi

Our campervan di kelilingi banjaran gunung yang memukau

Lepas tuh kami teruskan perjalanan tanpa berhenti terus ke bandar Wanaka. Aku nasihatkan u all bergeraklah awal supaya sampai ke destinasi tidak menjelang malam. Ikut pengalaman aku, jalan ke Wanaka tuh sgt-sgtlah sunyi. Bila lepas maghrib jek cuaca makin sejuk dan berangin, ade satu masa campervan kami tetiba mcm ditolak oleh angin, nasib baik hubby sentiasa berjaga-jaga and cepat-cepat kawal stereng. Memang bahaya dan mencemaskan.

Malam tuh kami check in di Wanaka Kiwi Holiday Park and Motels. Seperti biasa dinner and tidur. Esok kita nak ronda-ronda bandar Wanaka yang tenang nih, ade aktiviti sket di Puzzling World so kene kumpul energy.. hehe. Stay tune ya!!  

Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Newer Posts
Older Posts

About me



Hello There! I am Suliana. I am a wife to Hairul Hafiz and a mom to two beautiful kids, Humaira and Yusuf. Welcome to my little world where I write about my family's adventures, food, parenting, and random deep thoughts. I use this space to document and celebrate life! Thanks for reading.

My Instagram Updates

Contact Form

Name

Email *

Message *

recent posts

Follow Us

  • facebook
  • instagram
  • youtube

Blog Archive

  • ▼  2019 (10)
    • ▼  November 2019 (2)
      • Another Day in Paradise: Trip to Maldives Part 3
      • Another Day in Paradise: Trip to Maldives Part 2
    • ►  October 2019 (2)
    • ►  August 2019 (1)
    • ►  May 2019 (1)
    • ►  March 2019 (3)
    • ►  February 2019 (1)
  • ►  2018 (7)
    • ►  May 2018 (2)
    • ►  March 2018 (2)
    • ►  February 2018 (2)
    • ►  January 2018 (1)
  • ►  2017 (6)
    • ►  November 2017 (1)
    • ►  October 2017 (3)
    • ►  April 2017 (2)
  • ►  2016 (8)
    • ►  November 2016 (1)
    • ►  June 2016 (6)
    • ►  May 2016 (1)
  • ►  2013 (3)
    • ►  October 2013 (3)

Total Pageviews

Created with by ThemeXpose . Distributed by Weblyb