Road Trip to South Island New Zealand – Day 1: Queen Street, The Heart of Auckland CBD

by - 08:11


Assalamualaikum w.b.t

All preparations done dan tibalah hari yang dinantikan. Kami berlepas pada 1 September 2017 jam 11.55pm dan transit di Gold Coast selama sejam. Transit nih tak memerlukan visa Australia, checked in luggage pon tak perlu bawak turun, cuma hand carry luggage jek yg perlu melalui immigration Australia. Lepas tuh naik semula flight untuk sambung perjalanan ke Auckland. Humaira meragam teruk mase nih sbb tak nak duduk seat die, nak duduk atas pangku ummi. Marah stewardess nak oii……

Transit di Gold Coast, Australia
Kami sampai di Auckland airport dalam pukul 4.30 petang, isi arrival card di kaunter (sbb Air Asia tak provide masa atas flight). Isi hati2 yer, declare jek, kalau ragu-ragu please declare dulu and explain later. Sbb ikut pengalaman aku, die memang bukak beg satu-satu. Cuma beg berisi makanan memang die tanye siap-siap laa… “which one of these bags contain food?”,  So make sure you all asingkan bag makanan and baju ye. Kalau ade bawak extra boots/selipar, seeloknya yang baru lah, tak panjang cite. Sebab diorang nih senstif if ade tanah-tanah yang melekat kat kasut yang you all bawak tuh. Kalau baru just inform diorang and insyaallah senang jek lepasnya. Kalau nak bawa juga yg lama, make sure basuh bersih-bersih.

Fokus isi arrival card
Berjam-jam jugakla nak melalui proses check bag tuh, sampai humaira dah lembik dah, one of the staff tanya Humaira, “Are you tired? I am tired too, but I have no choice,” sambil tersenyum pada Humaira yang aku tenggekkan atas kaunter immigration sebab dia takmo dok bawah. Hahaha…. So settle semua Alhamdulillah semua barang lepas, tengok luar hari pon dah malam. Bayangkanlah dr pukul 5 ptg sampai malam baru settle. Dia punye penat Allahu….. tuh belum sambung next flight. Naseb baek next flight esok nya, kalau hari yang sama spt plan asal tak tau lah mcm mana.

Sepanjang kat sana kami pakai sim card jenama Spark sebab pakej die yang fleksibel, beli terus sebaik settle immigration check. Then kami alas perut jek dgn beli donuts and tunggu Skybus yang menyediakan servis airport transfer di Auckland. Ada banyak servis airport transfer tapi aku sarankan amik hotel yang ade free airport transfer, lebih menjimatkan since Skybus nih pon bukan murah, 60NZD (RM 190+) pergi balik untuk satu family. Beli tiket secara online (boleh beli mase kat Malaysia lagi) and mase naik tuh scan jek barcode yg die bagi thru email. Make sure you all tau lah lokasi hotel yang you all nak duduk tuh, sbb ade certain bus stop jek yang die berhenti. Since kami di Auckland cuma sehari, and kami rely on public transport, I plan to stay betul-betul kat tgh bandar Auckland untuk kami senang nak move around Auckland city by foot. Kami stay di Ascotia Off Queen hotel yang terletak btol2 kat Queen Street. Queen Street nih kira heart of Auckland la. Memang aku recommend hotel nih sbb dekat ngan main road, nk pegi mana-mana semua walking distance je. Harga per night dlm 134NZD (RM 400+). 

So utk tau kat mana you all patut turun semasa naik Skybus, refer dulu kat website Skybus and masukkan nama hotel dekat link Find Your Stop. Nanti akan keluar No bus stop and nama jalan. Utk ke Ascotia Off Queen Hotel nih, die punye stop betul2 depan Kiwi International Hotel, turun kat situ, jalan depan sket and belok kiri dah sampai. Nak lagi senang, you all book jek kat Kiwi International Hotel tuh, not bad jugak, bleh book jenis apartment if pergi ramai. So sampai kat hotel terus check in, dpt bilik view Sky Tower… suke suke…. Hehe… Malam tuh makan megi, Humaira makan donut and minum fresh milk. Tido awal sbb semua keletihan, harap-harap esok lebih bertenaga utk berjalan kaki sekitar Auckland.

Cara nak tau lokasi utk berhenti if naik Skybus
Ruang dalam Skybus
Pagi-pagi dah bangun and check out, oh ya, Ascotia Off Queen jugak ada sediakan luggage storage service for free bagi mereka yg nak berjalan-jalan kat City after checkout. Very convenience kan? Klu tak mmg seksalaaa nak usung luggage sementara nak cari luggage storage service kat city. So lepas simpan luggage kat bilik khas yg disediakan, kami pon berjalan kaki utk cari tpt breakfast merangkap lunch. Asalnya nak pegi Warisan Uncle Man’s Restaturant, tapi bile sampai kedai tak bukak lagi. Jalan depan sket, ade satu kedai kebab halal, blasahlah kebab pon, banyak portion die, so satu kami makan satu lagi kami bungkus. Selain dua kedai nih, banyak jugak kedai halal lain sekitar Queens Street, so nih adalah salah satu sebab kenapa aku pilih stay area sni, semua dekat and tak bazir masa.

Ascotia Off Queen main entrance
Queen Street yang lengang, maybe masih awal pagi
Our breakfast, lamb kebab with rice.
Kasi zoom in sket... nyumehhh
Kat Auckland nih kami plan utk free and easy je, so jalan-jalan tgk kedai, and of course ke Sky Tower, mercu tanda New Zealand. Kami tak naik pon Sky Tower tuh sbb rase tinggi lagi Menara KL… huhuhu… nak wat camne diorang nih mmg lebih pentingkan quality of life kot dari berkejar-kejar bina bangunan pencakar langit tuh. Takde pon bangunan-bangunan tinggi or shopping complex yang gah-gah, bandar yang tak sibuk, cool jek. Kat sekitar Sky Tower nih ade banyak outdoor café utk org lepak, makan and minum coffee… mase tuh pagi lagi, so ramai lah yg brekfes kat area sini. Kat sni jugak ade aktiviti Sky Jump, boleh la kalau nak try jump dr puncak Sky Tower ke bawah.

On the way balik tuh kami singgah one of shopping complex di Auckland, berapa ketul jek manusia dalam tuh… huhu... Handbag yang kat premium outlet tuh die display kat situ macam kat Parkson aje…. Sekali tgk price, ribu-ribu lagi after discount. Akak tak berani sentuh dik….. fuh. Pusing-pusing jumpe section toys, Humaira ape lagi merengek nak toys. So belilah playdoh yg kecik jek, tp harga sampai RM 60…. Orang kata kat sni jangan convert, tapi ntah kenapa otak aku nih auto tgk harga terus multiply by 3… hahaha. Dah dpt toys die mmg happy gilelah… selama 10 hari kat sana tuh la mainan die, berbaloi-baloi. Then kami lepak di Aotea Square sambil tgk gelagat locals kat situ.

Sekitar kawasan Sky Tower, banyak betul pelancong dari China
Tengah pancing abi nak mainan
Lepak-lepak di Aotea Square
Anak pon tgk abi pelik... huhu
Singgah kat one of the park layan Humaira main playground
Jalan-jalan at the park
Jumpe satu lagi kedai halal
Lebih kurang pukul 3pm kami terus ke hotel utk amik luggage and tunggu Skybus kat bus stop seberang jalan utk ke Domestic Airport. Our flight to Christchurch pada pukul 7.50pm. Airport diorang kecik jek, baik international mahupun domestic, so tak pening nak cari arah. Utk domestic flight die takdela check bag depan mata kita, tapi masa amik luggage nampak ade sticker baru, meaning die bukak jugak beg satu-satu. Huhuhu.

Sampai di Christchurch Airport pada pukul 10 pm, hotel yang kami menginap malam tuh ade free airport transfer. So tunggu jekla org datang amik, senang. Kami stay di Airport Lodge Motel. So nak tau kenapa aku pilih untuk stay kat hotel nih? Kite cite next entri k. Bubbye!!

Akhirnya sampai di Christchurch... mase nih excited sbb tak sabar nak start our journey pusing-pusing South Island.

You May Also Like

0 Comments