Road Trip to South Island New Zealand – Day 2: Birunya Rakaia River!
Pagi nih kami siap-siap utk
checkout dari Airport Lodge Motel untuk amik campervan di Wendekreisen office.
Guess what? The office is just walking distance jek dari motel kami and this is
why I chose Airport Lodge Motel selain rating die yang excellent. Motel nih
besar, selesa, ade playground for kids, urusan check in yg mudah, free airport
transfer, and dapat fresh milk freee lagi…. Bayangkanlah sampai Airport
Christchurch waktu malam and kedai dah tutup, tetibe die bagi susu free, memang
rezeki Humaira. Oh ya die ade jugak jual fruit yogurt yang sedap, aku beli 4
trus buat stok.
So pagi tuh lepas bagi Humaira
main playground kejap kami pon berjalan kaki ke office Wendekreisen which is
600m away jek. Tak terasa pon penatnya, yelah sibuk tgk kiri kanan menikmati kawasan
perumahan sekitar yg cantik-cantik di Christchurch. We left our bags at the
motel reception, lps amik campervan nanti kami singgah balik kutip….. hehe.
Our motel no 14 btol2 sebelah playground, happy lah Humaira
Airport Lodge Motel |
The Kitchen |
The Room |
Sampai di Wendekreisen office
diorang mmg dah siapkan semua (sbb dah isi booking details few days sebelum fly
via email). So urusannya mudah, die tandakan siap-siap existing defects yang
ada pada campervan tuh dlm satu form utk record diorang. So nnti masa kita
pulangkan diorang senang nak kenalpasti defect baru yg kita buat. Jadi check
ngan diorang btol2, amik gambar puas-puas sbg record, supaya mudah masa nak pulangkan nanti,
takdelah dakwa-dakwi kannnn. Dia explain la secara general pasal campervan tuh,
so please ask secara detail if you all rasakan perlu. Sebab lepas nih you all akan
bawak campervan tuh beribu KM jauhnya. Amik tau mana tayar spare, emergency
tools, lokasi bateri dan lain-lain. Tanye jugak emergency no utk dihubungi jika berlaku
kecemasan and simpan leklok.
In front of Wendekreisen Office |
Die explain everything termasuklah cara guna portable toilet and heater (dlm box) |
Lepas dapat kunci apa lagi, jom
kita start our roadtrip, yeay!! So hari nih destinasi kami adalah untuk ke Lake
Tekapo dan bermalam di sana. First kami ke supermarket Pak n Save di Christchurch
utk stok barang mentah beberapa hari. Haaa yg nih pon aku ada beberapa tips nak
kongsi. Untuk jimat, you all cari bawang putih and halia yang dah siap blender,
ade jual kat area sayur. Packaging die dalam botol plastic, senang and murah,
takyah kupas-kupas. Untuk sayur plak, beli yg jenis frozen, kat area fries sume
tuh. Senang weh nak buat sayur campur ke, tomyam ke, semudah ABC. Sayur die
bukan murah wooo….. tapi up to you lah, kalau rajin nak potong sayur macam kat
umah… why not kan? Hehehe Then aku beli ayam jenama Brinks, certified halal
oleh FIANZ (Federation of Islamic Associations of New Zealand inc.). Sila
google utk maklumat lanjut. Selain tuh aku beli udang sket, nih pon yg jenis
frozen, senang trus campak jek nak masak,ikan tak beli sbb ikan mahal, best tak
alasan aku? Hehe Dlm RM 300++ shopping kat sini, ok lah kan, dari makan kebab,
sekali makan terbang RM 50.
Termenung hakak tengok resit |
Lepas shopping kami teruskan
perjalanan. Untuk ke Lake Tekapo ade
beberapa route yang boleh dipilih. Biase org akan pilih laluan nih sebab lebih singkat waktu perjalanan:
Route 1 |
My route to Lake Tekapo |
Tapi I kan suke cari penyakit, I pilih
laluan scenic route yang extra stengah jam perjalanan dari laluan yang pertama,
bagi aku berbaloi-baloi la sebab sepanjang laluan cantik, rasa sume tempat nak
berhenti. Untuk laluan nih you all akan jumpa padang-padang yang seluas mata
memandang, bentuk muka bumi yang berbukit bukau, and merentasi
jambatan-jambatan yang dibawahnya mengalir sungai-sungai yang kebiruan. Haih,
apa yang aku tunjukkan dalam gambar hanyalah beberapa percent sahaja utk
menggambarkan keindahan view perjalanan kami. Kena tgk dengan mata sendiri dan
nikmati keindahan alam tanda kebesaran Sang Pencipta.
Tak banyak spot pon yang kami
sempat berhenti utk bergambar sebab risau sampai lewat malam nanti. Antara
tempat yang kami stop and berhenti adalah kat Rakaia River. You all tak jumpe
view nih kalau lalu kat laluan pertama tuh. Kat sini mmg ada tempat berhenti
untuk you all jalan-jalan kat River nih. Ada juga aktiviti Jet Boat kat
sini. Cantik… sgt cantik… I wish I could spend more time kat sni, but apakan
daya, perjalanan harus diteruskan.
Fresh and calm |
Belakang tuh Rakaia Bridge |
View sepanjang perjalanan menuju ke Lake Tekapo.
Bila dah nampak view macam nih maknanya kita dah nak sampai ke destinasi. |
Sampai di Lake Tekapo dalam pukul
8 malam. Gelap dah…. Tak Nampak ape pon. Kami stay kat Lake Tekapo Motels and
Holiday Park yang aku dah book lebih awal. Aku sengaja pilih lokasi mengadap
tasik (powered lakeview site), best view katanya, harga pon best lah, tang nih aku
tak berkira sangat, haruslah dapat best view kan?? Ntah bile la nak sampai
lagi. Powered site nih yang termahal aku book sepanjang kami kat South
Island nih which is 56 NZD (RM 160 ++) for 2 adults. Kat sini facilities semua
lengkap, dun worries.
Kita sambung keesokan harinya
dalam next entry k. Terkezut weh tgk view bile dah pagi, yelah malam tadi mne nampak
pape… gelap jek. So keep calm and wait for my next entry….Bye… Haha….
0 Comments