Road Trip to South Island New Zealand Day 3: Pemandangan Pagi Terindah

by - 20:02


Assalamualaikum w.b.t

Hi, welcome back! Kita sambung perjalanan di hari ketiga. Boleh dikatakan pagi di hari ketiga nih pagi yang paling indah dalam hidup aku. Mana taknya, celik-celik mata selak langsir campervan nampak view snowcapped mountains, di depannya terbentang tasik yang membiru. I can’t believe my own eyes, pemandangan di Lake Tekapo macam lukisan!

Walaupon sejuk yang amat, ku gagahkan juga minum kopi kat bench sambil menikmati view sepuas-puasnya sebelum kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu ke Hooker Valley. Lepas prepare breakfast, kami pon jalan-jalan sekitar town utk cari spot wajib bergambar kat sini. Besar juga town nya, meriah…. Hotel jangan cakapla, bersepah-sepah. 

My morning View... awesome.

Nih lokasi parking kami, paling mahal dr yang lain-lain tapi berbaloi

Layan Kopi dulu sambil menikmati pemandangan

Pemandangan Lake Tekapo yang tak jemu mata memandang


Perjalanan meninggalkan our campsite


Lake Tekapo town

Ummi and Humaira


Abaikan Ummi yang jakun di situ

Masih mood winter, Lupin masih belum muncul

On the way dari Lake Tekapo to Hooker Valley.... singgah jap tepi jalan... sepanjang jalan view camnih.

Tak sia-sia mat saleh kedai bagi Humaira belon, bleh ummi wat prop. hehe

Masuk hari ketiga nih, aku dah perasan Humaira cam tak buang air besar sejak hari pertama kami di New Zealand. Selera makan pon macam berkurang, so aku suspect die ada masalah sembelit. Mungkin die tak cukup minum air, and waktu makan yg tak menentu menyebabkan die sembelit. Aku pulak semua ubat aku bawak, kecuali ubat sembelit. Memang betul-betul terlupa. So, kami decide utk ke farmasi terdekat utk beli ubat Humaira dulu. Mujur ade farmasi kat Twizel town. Alhamdulillah Allah permudahkan, memang ada ubat sembelit for kids, 7AUD jenis sirap. Keluar jek dr farmasi terus Humaira poop…. Adeh, takpelah in case kalau jadi lagi dah standby ubat, so ummi tak risau. Benda yg amat2 penting if travel with kids selain makanan yg mencukupi, ialah ubat-ubatan dan emergency kit, please jgn pandang remeh especially roadtrip yg makan masa berjam-jam and payah nak jumpa town.


Twizel Town

We continued our journey to Hooker Valley, di mana terletaknya Mount cook, the highest mountain in New Zealand. Main reason kenapa aku nak pergi sgt South Island, NZ nih because of this place. Besar harapan supaya aku gigih bawak Humaira utk trekking sbb view kat sni tersangatlah awesome, Subhanallah. Malangnya smpai kat point Hooker Valley track tuh, hujan turun agak lebat, if aku berdua ngan hubby mmg aku redah, tp taknak tanggung risiko bila ada Humaira. Sampai kat situ pon aku dah bersyukur sgt, aku spend masa agak lama jugak kat situ, prepare lunch, minum coffee, nikmati puas2 moment tuh, ntah bile dpt sampai lagi….. Kalau ke South Island nih, please jangan miss Hooker Valley nih, kerana sepanjang perjalanan view sgt memukau, mulut tak habis-habis memuji Sang Pencipta.


Journey to Mount Cook... Yang membiru tuh Lake Pukaki

Semakin dekat, semakin kerdil rasanya diri bila melihat besarnya ciptaan Allah di depan mata


Next time datang kene trekking kat Hooker Valley nih... harap-harap i masih ada tenaga masa tuh... huhu
While ummi amik pemandangan kat luar, dua beranak nih main doctor2 kat dlm campervan. Hujan agak lebat kat luar, Humaira takleh keluar. 



Ku tenung-tenung gunung di depan mata, Ku fikir-fikir bila kan sampai lagi

Our campervan di kelilingi banjaran gunung yang memukau

Lepas tuh kami teruskan perjalanan tanpa berhenti terus ke bandar Wanaka. Aku nasihatkan u all bergeraklah awal supaya sampai ke destinasi tidak menjelang malam. Ikut pengalaman aku, jalan ke Wanaka tuh sgt-sgtlah sunyi. Bila lepas maghrib jek cuaca makin sejuk dan berangin, ade satu masa campervan kami tetiba mcm ditolak oleh angin, nasib baik hubby sentiasa berjaga-jaga and cepat-cepat kawal stereng. Memang bahaya dan mencemaskan.

Malam tuh kami check in di Wanaka Kiwi Holiday Park and Motels. Seperti biasa dinner and tidur. Esok kita nak ronda-ronda bandar Wanaka yang tenang nih, ade aktiviti sket di Puzzling World so kene kumpul energy.. hehe. Stay tune ya!!  

You May Also Like

0 Comments