Road Trip to South Island New Zealand Day 6: Bad Weather to The Remarkables
Assalamualaikum w.b.t
Pada hari keenam kami masih di
Queenstown, so hari nih kami plan untuk bermain salji di The Remarkables.
Walaupun bukan musim winter, tapi salji di The Remarkables masih tebal. Ski Area nih tak dibuka
sepanjang tahun ye, hanya musim winter dan awal spring, so check dulu
siap-siap. The Remarkables nih terletak kat one of the mountain peak so jalan
nak ke sana of course curam dan perlu melalui lereng dengan jurang gunung yg
sgt bahaya. Kami plan untuk memandu sendiri since melalui pengalaman blogger
lain memang kebanyakannya drive sendiri jek cuma perlu extra careful sbb ade certain lereng
takde penghadang jalan pun…. Huhu.
Tapi sampai kat kawasan parking
area sebelah bawah, jalan ditutup untuk ke atas akibat cuaca buruk dan salji
tebal. Hanya Ski Bus dan kereta with snow chain sahaja yang dibenarkan melalui jalan
menuju ke atas. Kami agak frust sbb caravan kami tak dilengkapi dengan snow
chain. Boleh jek nak sewa ngan diorang mase tuh, tapi hati tetap risau sbb
khabarnya jalan dilitupi salji and sangat berbahaya. Tambahan plak kita memang takde
pengalaman memandu dalan keadaan bersalji, jalan yg sempit dan curam plak tuh.
Lama jugak kami memikir dalam keta, hampir-hampir aku decide utk batalkan jek
plan nak naik ke atas. Tapi husband kate alang-alang kita dah sampai, lepas nih
entah bile la nak dtg lagi. One of the staff kat situ pun advised kami utk naik
ski bus instead of sewa snow chain, lebih selamat katanya sbb pemandu tuh mmg
dah berpengalaman.
So we decided untuk naik ski bus
dengan bayaran NZD 20/ person. Memang berdebor pada asalnya, tapi pemandu die
yang cekap buat kami yakin sket and mula enjoy the view kat luar bas. Lepas naik
ski bus nih aku plak nak advise korang, takyahlah pening kepala nak memandu
sendiri ke atas, naik ski bus jek sbb very convenient and selamat. Just take
note schedule die naik and turun. Kat atas tuh ade main building di mana
terletaknya facilities macam equipment rental, restaurant, locker, toilet and
souvenir shop. Kat sini lah tempat nak panaskan badan jap kalau dah tak tahan
sejuk kat luar. Kami tak main ski pun, aku and hubby mmg tak tahan sejuk,
kejap-kejap jek kat luar pastuh masuk restaurant balik…. Humaira jek dok ajak pegi
luar, tahan btol die. Kebetulan masa tuh snow turun, so merasa la kami snowfall
di musim bunga, syukur Alhamdulillah.
The Ski Bus
Bandar Queenstown
Kat sini ade mall and makanan halal
Enjoy bagi itik makan roti kat Lake Wakatipu
Sebelah petang kami teruskan
perjalanan ke satu lagi town iaitu Te Anau. Cuaca berangin dan snow turun
sepanjang perjalanan. Tuhan jek tau hati aku mase nih betapa seramnya memandu
waktu malam dalam keadaan snow turun. Mujur jalan belum diliputi salji
sepenuhnya and kami sampai ke destinasi dengan selamat. Malam tuh kami bermalam
di Te anau Lakeview, Kiwi Holiday Park and Motels. Make sure request dekat ngan
toilet sebab aku lupa nak request awal, akibatnya dapat kat lokasi ceruk and
menyeramkan… haha.
That’s all for Day 6, kita
sambung dalam entry seterusnya. Thanks for reading!
0 Comments