Road Trip to South Island New Zealand Day 7: Milford Sound, Angan-angan Yang Tak Kesampaian
Assalamualaikum w.b.t
Dalam posting yang lepas aku ada
bagi tau yang kami dapat tempat parking yang ceruk dan menyeramkan. Memang kami
tak keluar campervan malam tuh, keadaan sejuk yang luar biasa memang di luar
jangkaan. Snow turun sepanjang malam agak merisaukan aku sebab plan hari
ketujuh nih kami akan menaiki Milford Sound Cruise. Untuk ke sana kami perlu
melalui Milford Sound Road yang hanya dibuka kalau cuaca berkeadaan baik.
So memandangkan sepanjang malam
tadi snow, besar kemungkinan jalan ditutup. Semak kat web NZ Transport Agency, memang
sangkaanku benar sekali, jalan ditutup sebab cuaca buruk. So make sure you all
check dulu road status ye, samada di web NZ Transport Agency or kat booth I-site
visitor di Te Anau. Pasal dah beli tiket Cruise awal tuh you all jgn risau sbb
kalau jalan ditutup diorang akan refund balik duit tiket.
Road Status |
Kecewa memang kecewalah, kami dah
datang sejauh ini utk lihat salah satu keajaiban dunia kat South Island nih
tapi keadaan tak mengizinkan, pasti ada hikmahnya. Memang nak suruh aku repeat
lagi la jawabnyer…. Insyaallah…. Dengan berat hati kami
meninggalkan Te Anau, hujan agak lebat pagi tuh menyebabkan kami tak visit
memana pun, dengan kabus yang tebal, nak bergambar pon tak nampak view. Kami
teruskan perjalanan ke Bandar Dunedin, sepanjang jalan menikmati view bersalji.
Sampai di Gore Town kami berhenti utk solat dan makan tgh hari.
Hari ketujuh nih betul-betul
menduga kami, setelah bersiap-siap nak teruskan perjalanan, enjin campervan tak
dapat dihidupkan. Harap-harap cuma battery kong and nothing serius. Masa tuh
pulak hari Sabtu and lunch hour, tak sure kat tempat lain, tapi kalau kat Gore nih,
lunch hour diorang memang tutup kedai. So susah nak jumpa manusia, lengang aje.
Kereta yang lalu pon sebijik dua, nih waktu tgh hari tau, korang bayangkan
kalau enjin tak hidup tgh malam? Huhuhuhu
Actually Wendekreisen ade bagi
emergency contact, diorang bagi jaminan yang diorang akan dtg kalau ade
kecemasan tak kire kat mana pon lokasi kita masa tuh, tapi kami ikhtiar jugak
mintak tolong dari local people yg ada kat situ. Kebetulan masa tuh ada pasangan
husband and wife nih tengah tegok-tengok used car kat kedai berdekatan, kami
pon mintak tolong diorang utk tgkkan campervan kami. Alhamdulillah lepas jumper
bateri, enjin hidup and kami dpt teruskan perjalanan sampai ke destinasi dengan
selamat. Diorang baik sangat and kami bersyukur ditemukan dengan org baik-baik
utk bantu kami.
Dari Gore perjalanan diteruskan dengan view menghijau seluas mata memandang di kiri kanan jalan
Kami sampai di Bandar Dunedin lebih kurang pukul 5.30 petang, terus check in di Dunedin Holiday Park and Motels. Holiday Park nih kids friendly, ade playground, and kat town center. Since kami sampai petang so sempatla Humaira main playground. Lepas tuh aku prepare for dinner kat shared kitchen, menu nasi lemak, nyummy. Malam tuh kami rest jek sementara decide ape aktiviti untuk esok. Maaflah entry kali nih kurang gambar sbb plan cancel and ade moment mencemaskan. Fikir nak sampai ke destinasi dengan selamat jek… huhu. Kita sambung next entry untuk tgk ape aktiviti kami di Dunedin okay? Thanks for reading!
Playground di Dunedin Holiday Park and Motels
0 Comments