• Home
  • Travel
    • New Zealand
    • China
    • Australia
    • Egypt
    • Maldives
  • Health
  • Parenting
  • Sitemap
facebook instagram Email

Walk Of Life

Servant to Allah . Daughter . Wife . Mom . Engineer


Assalamualaikum w.b.t

Previous Post: Maldives Travel Tips: 9 Things You Should Know Before Travel to Maldives 

Paradise on earth, itu yang aku boleh simpulkan bila bercerita tentang Maldives. Selama nih asyik tengok dalam internet jek indahnya bumi tuhan yang satu ini, tak tertahan rasanya nak tengok dengan mata sendiri. Since kita bukanlah golongan duit berkepuk yang boleh repeat tempat sama banyak kali, so I really have to make this vacation as special as I could not just for me, but both my kids and husband. Duit habis boleh cari, tapi pengalaman dan memori indah tidak dapat dibeli. Alhamdulillah, sampai hari nih anak dara aku dok sebut-sebut kenangan kat Maldives, I always hope the best memory yang die ade, aku sentiasa bersama dia…. Tuh yang paling bermakna bagi aku.

Aku pilih Maldives untuk destinasi tahun 2019 kami just because Yusuf baru berusia 9 bulan dan ketika tuh aku memang perlukan vacation yang santai-santai, nak tersadai kat pulau, doing nothing…. Tak payah turun naik transport bawak stroller or carrier…. No no no….. not ready for that. Cumanya, kalau dah ke Maldives, memang aku mengidam sangat-sangat nak duduk kat overwater villa, tinggi cita-cita, tapi tak mustahil. Kalau dah namanya rezeki, Allah pasti permudahkan asalkan niat kita baik.

Masa book tiket, aku tawakal aje, if aku and husband ade rezeki lebih, kita stay private island, kalau tak kite book ajelah hotel yang lebih affordable kat Maafushi Island. Lebih-lebih lagi aku book tiket dalam bulan April, di mana peak time bagi Maldives, of course demand kat semua hotel tengah tinggi. But hey, remember difficult roads often lead to beautiful destinations…… memang struggle nak cari hotel terbaik, tapi sangat-sangat berbaloi.

So pada 22 April 2019 kami menaiki satu-satunya penerbangan Air Asia ke Maldives dan tiba di Male International Airport dalam pukul 8 mlm. Perjalanan mengambil masa dalam 5 jam. Airport Maldives nih sempoi btol, kecik jek, besar lagi KL Sentral tuhaa. Sampai je di airport kami terus cari Sim Card, aku pilih Ooredoo (ada dua jek provider, mane-mane pun ok), harga dalam 20USD. Malam tuh kami akan bermalam di Planktons Beach hotel yang tak jauh dari airport sebelum ke Kandooma Island esok paginya. Kami ke hotel dengan menaiki teksi yang dah beratur kat airport untuk ambil customer. Bagi jek alamat hotel, Maldivian people mahir berbahasa Inggeris, so memang takde masalah komunikasi. Tak ingat kos teksi berapa, yang penting lagi murah dari airport transfer hotel. 

Excited faces

My Junior Traveller

Maldives Airport, takde aircond, pakai kipas jek.
Planktons Beach Hotel nih memang tiptop compare dengan hotel sekelas dengannya. Hotel 3 star, tapi die berusaha nak bagi ko servis tahap 5 bintang... hehe. Bayangkan masa kami sampai hotel dalam kol 12 tgh malam camtuh, still diorang prepare wet towel and juice. Oh ya, hotel nih takde lif yer, tapi staf die gigih angkat beg aku yang besar gedabak hantar ke bilik. Hotel nih masih baru, so semua pun sparkling clean, cuma bilik jek kecik sket. Overall, aku puas hati sbb bangun pagi-pagi nampak Hulhumale Beach yang membiru.... Oh ya harga satu malam kat Planktons Beach Hotel RM 288.46 nett through Agoda.

Welcome to Planktons Beach Hotel
The Room, ade extra bed
The toilet
The Lobby
The View from hotel

Hulhumale Beach

Hulhumale Beach, belakang tuh kawasan breakfast hotel
Kami sengaja tak book breakfast kat hotel sebab nak try breakfast like locals. Pagi-pagi dah bersiap-siap, nak cari tempat makan. Kedai runcit walking distance aje, terus jek explore sepanjang jalan tuh akan jumpe kedai-kedai makan.

Kedai Runcit
Banyak rumah apartment kat sini
Breakfast at one of the restaurant... lupe nama apa
Lepas breakfast kami kembali ke hotel sebab staf hotel dah arrange kan kami teksi utk bawa kami ke Hulhumale ferry terminal dlm pkl 11 pagi. Tiba di Hulhumale Ferry terminal, kami naik plak private speed boat untuk ke Kandooma Island. Private speed boat nih jugak rezeki bagi aku sbb kalau bukan kerana aku terjumpa company nih dalam pencarian google aku, memang rasenyer aku tak gi kot private island nih sebab transfer cost hotel jek USD 229/adult, children (2-12 years) USD 139 (round trip). So ce kire transfer cost utk kami sekeluarga dah brape? Almost RM 2500! Itu Yusuf tak kire tuh sebab belum usia 2 tahun.

Info from Booking.Com
Mase aku 90% confirm pilih Holiday Inn Kandooma nih, aku terus email resort tanye samada boleh ke aku guna private speed boat utk ke resort die, sebab ade certain hotel tak benarkan (they have their right utk tentukan sebab their island, their rules lah kan…. ). Alhamdulillah Resort benarkan kite arrange boat sendiri ke sane.

Jadi  aku pun google private company yang buat boat transfer service, terjumpe dengan Icom Tours. Actually company nih based in Maafushi Island, tapi die memang buat transfer service ke private island. Harga depends on jarak private island tuh, lagi jauh lagi mahal, and die tak kire kepala, tapi kire per boat (1-10 passengers). Untuk route Hulhumale Ferry Terminal – Holiday Inn Kandooma, diorang charge USD 390 (round trip) lebih kurang RM 1600. So kalau nak murah korang pegilah 10 org, jadi sorang baru RM 160 hinggit…….takkan tuh pun aku nak kirekan…. Hehehe… Bagi aku dah berbaloi sgtlah dpt jimat RM 1k utk transfer cost nih…. Alhamdulillah.

Icom Tours Speedboat at Hulhumale Ferry Terminal
Besar boat nih, tapi kami bereempat jek naik
Macam mane nak contact Icom Tours nih? Boleh hubungi diorang kat FB: Icom Tours atau email: icomtours540@gmail.com.

That’s all for now, next entry kite cite few private island resorts yang aku shortlisted and why finally I chose Holiday Inn Resort Kandooma. Semoga bermanfaat. Thanks for reading.

Next Post: Another Day in Paradise: Trip to Maldives Part 2
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments

Assalamualaikum w.b.t

Points dibawah adalah summarized tips that i think might be useful untuk mereka yang baru pertama kali ingin menjejakkan kaki ke Maldives. Again, ianya adalah my personal opinion based on my own experience travelled with two kids. Orang lain mungkin lain pengalaman.

1. Maldives is a muslim country. 99% rakyatnya adalah muslim. So, utk dapatkan halal food langsung tak jadi masalah. Jangan lepaskan peluang untuk cuba Maldivian food ye. Masa aku bermalam di Hulhumale, ade banyak restaurant tepi-tepi jalan jual pelbagai makanan and kuih muih tempatan. Sempatla kami try diorang punyer capati makan ngan kelapa and sayur, unik dan sedap.

Capati Maldives.

2. Maldives adalah sebuah negara yang terbentuk dari lebih 1200 pulau. Dan pulau-pulau nih pulak terdiri dari local island, private island (hanya utk pelancong) dan Inhabitant Island (pulau yang tiada penghuni). So penting untuk korang tahu hotel korang tuh terletak di local island atau private island. Biasanya hotel-hotel di local island lebih murah kerana dimajukan oleh rakyat setempat dan mereka bersaing sesama sendiri dari segi harga dan servis (Contoh: Male, Maafushi dan Hulhumale island). Jika korang perasan, pakej-pakej murah tourism yang selalu ditawarkan adalah hotel di local island, sebab tuh ade pakej ground ke Maldives yang cuma serendah RM 1500/p. Yang tak best bila mereka guna gambar promosi berlatar belakangkan private island dan overwater villa, takut tak meet expectation, nanti korang jugak frust. 


Public Beach di Hulhumale Island, betul-betul di hadapan hotel yang kami bermalam sebelum kami ke Kandooma Island pagi berikutnya.
Hulhumale Beach

3. Since Maldives adalah negara kepulauan, mode of transport die yang utama of course by ferry, speedboat dan seaplane. Airport dia kat pulau lain, Bandar Male kat pulau lain so nak tak nak memang kena naik speedboat utk keluar dari airport tuh. Untuk ke Male City, boleh juga ikut laluan darat dari airport since die dah buat connecting bridge utk kedua-dua pulau nih (bridge kontroversi yang China government buat tuh.... huhu).

Hulhumale Ferry Terminal

4. Setiap kali kite melancong ke satu-satu tempat, mesti ada benda famous yang jadi tarikan utama kat tempat-tempat tuh kan? Contoh kalau dah ke Mesir tak sah kalau tak pergi Pyramid, kalau ke Vietnam, tak sah kalau tak pegi Chu Chi Tunnel, begitu jugaklah Maldives. Kalau dah sampai Maldives, rugilah kalau tak merasa duduk di overwater villa die yang mewah dan superb. Wajibbbbbbb try walau sekali seumur hidup. Dan kebanyakan overwater villa nih terletak kat private island. Ada banyak pilihan, paling murah dlm RM 1.5k satu malam dan yang mahal boleh mencecah ratusan ribu ringgit semalam.

Our Overwater Villa, direct access ke laut.... tak pernah tgk laut secantik nih.

5. Sebelum merancang percutian ke sini, kena ambil tahu faktor cuaca dan monsoon. Best time to visit Maldives adalah pada bulan April. Waktu nih mmg panas terik tapi lautnya subhanallah berkaca-kaca jernihnya! Kalau pergi time Julai onwards, memang hotel sume murah betul, tapi kena amik risiko hujan, laut pon nampak keruh dan view pun gloomy jek. Bila hujan, satu aktiviti air pun kita tak boleh nak buat. Rugi kan?

6. Ini point yang paling penting and kritikal... Kena baca betul-betul... Bagi yang merancang nak booking hotel di private island di mana view dan lautnya lebihhhhhhhh cantik berbanding local island, kena hati-hati masa booking kerana harga hotel yang dipaparkan dalam Booking.com atau Agoda.com adalah hanya harga bilik semata-mata. Mereka hanya letak paparan kecil bagi kos-kos tersembunyi yang korang perlu bayar kemudian di hotel. Kos-kos nih adalah kos pengangkutan (transfer cost) ke private island (samada menaiki speed boat atau seaplane) plus tax dan environment fees. Yang bahayanya, transfer cost nih kadang-kadang lebih mahal dari harga bilik itu sendiri. Lagi senggugut bila resort tuh tak benarkan guna pengangkutan lain selain pengangkutan yg disediakan pihak hotel...mmg naye...

Sebagai contoh cuba kita tgk resort kat Furaveri island nih:

Furaveri Island Resort & Spa

Harga Beach Villa utk satu malam (breakfast included).

Nih final quotation bagi Booking.Com, langsung tak dinyatakan transfer cost. 

Kena baca kat sini untuk tahu transfer cost, samada by speedboat or seaplane. Kena jugak email hotel utk tanye samada boleh atau tidak kite pergi dengan menggunakan public speedboat yang kita sewa sendiri (Jauh lebih murah, nnti kite cite dlm next posting). 

Mohon convert to RM... huhu
Tgk kat important notes (Booking. Com), transfer cost jek 460USD/person bersamaan lebih kurang RM 2k dengan menaiki seaplane.... Harga bilik beach villa die baru RM761. Ha.... Scary kan... So hakak dh warning awal2... Jgn ckp hakak tak payung....

Satu lagi, utk tengok total cost penginapan korang, tengok option harga yang full board, bukan yang "breakfast included", sebab option "breakfast included" nih tak termasuk lunch and dinner. Kalau takde option Full Board, kenalah email hotel utk dapatkan meal plan quotation. Kat private island  korang takde option lain selain amik meal plan hotel ye, lainla kalau korang sanggup berlapar makan breakfast jek.

7. Tak semua overwater villa boleh bawa kids. Sebab some of them pentingkan privacy dan ade juga yang agak bahaya utk kanak-kanak. Jadi sebelum book, kena pastikan ianya kids friendly ok. Tolong baca resort punyer important notes and policies (Booking. Com).

Kite tengok Centara Ras Fushi Resort sebagai contoh:


Centara Ras Fushi Resort tak benarkan kanak-kanak bawah 12 tahun menginap di sini.

8. Mata wang utama yang digunakan adalah Maldivian  Rufiyaa (MVR) dan USD. Biasanya kat kawasan pelancongan semua guna USD. So kena prepare dua mata wang nih kalau nak ke Maldives.

9. Penerbangan paling murah dari Malaysia ke Maldives adalah dengan menaiki Air Asia. Namun begitu, ade satu flight jek sehari iaitu pada pukul 6.55pm. Korang akan sampai di airport Male lebih kurang pukul 8.10pm. Kemungkinan besar korang perlu stay satu malam di hotel berdekatan airport dan bertolak ke pulau pilihan korang keesokan harinya. Boleh je nak naik speedboat malam tuh juga, tapi kurang sesuai untuk yang ada anak kecil macam kami, lagi pon tak best lah naik speed boat malam-malam…. tak nampak view.

Rasanya tuh jek kot point penting yang korang perlu take note utk pastikan percutian korang smooth dan bermakna. Nampak mudah bila travel sendiri, tapi banyak masa dan effort yang kite kena korbankan untuk study dan kumpul maklumat. Semoga semua info nih bermanfaat hendaknya ya. Next post kita cerita pasal day to day activities and hotel-hotel yang kami stay kat sana. Stay tune.

Share
Tweet
Pin
Share
4 Comments
Assalamualaikum w.b.t

Bersambung dari entri lepas, lepas puas berjalan di Pyramids of Giza, aku and husband menggunakan perkhidmatan Uber untuk ke satu lagi must visit place kat Cairo iaitu Kubu Sultan Salahuddin Al-Ayyubi atau dengan nama lainnya Cairo Citadel. Kubu yang menjadi lambang kegemilangan pemerintahan Islam nih siap dibina pada tahun 1182M yang bertujuan untuk melindungi Mesir dari kekejaman tentera Salib. Uniknya kubu ini, bagi memastikan binaan asasnya kukuh, Sultan Salahuddin telah mengarahkan agar binaannya menggunakan batu yang sama digunakan utk membina pyramid. So tak hairanlah walaupun setelah lebih 700 tahun, kubu yang pernah menjadi pusat pemerintahan mesir nih masih teguh berdiri. Sultan Salahuddin juga telah membina sistem saliran yang mampu membekalkan air dari Sungai Nil ke seluruh kawasan kubu.... canggih bukan? huhuhu.

Kawasan luar kubu

Dalam kawasan kubu nih juga terdapat dua buah masjid yang popular iaitu Masjid Muhammad Ali Pasha dan Masjid Sultan Al-Nasir Muhammad Ibn Qala'un. First kami ke Masjid Sultan Al-Nasir Muhammad Ibn Qala’un yang dibina oleh Sultan Hassan bin Al-Nasir Muhammad Ibn Qala’un pada 1356M di zaman Kesultanan Mamluk. Kami berkesempatan masuk dan berbual dengan Imam masjid ini yang menyambut kami dengan alunan bacaan Al-Quran dan doa…. Terharu.. lama jugak die melayan kami explain tentang masjid tuh dan sejarahnya. Satu yang aku kagum dengan Mesir ialah Al-Quran nih menjadi kebiasaan di bibir mereka, sambil-sambil jaga kedai, diorang akan alunkan ayat-ayat Al-Quran. Kalau tak pun, ayat-ayat Al-Quran sentiasa dipasang tak kiralah kat kedai or restoran. Pakcik-pakcik yang berniaga kat tepi-tepi jalan, kebanyakan ada Al-Quran kecil di sisi mereka. Jom dengar bacaan Al-Quran dari imam nih, meremang bulu roma, terus sampai ke jiwa…. Masyaallah….

El-Naser Mohamed Ibn Qalawoon Mosque

Ruang dalam masjid

Bergambar kenangan bersama Imam masjid

Banyak pesanan dan nasihat disampaikan kpd suami sebelum kami beredar

Imam mengalunkan ayat suci Al-Quran, mic tak diperlukan, memang dah kuat bergema satu masjid... 


Bacaan doa

Selepas tuh kami ke sebuah lagi masjid iaitu Masjid Muhammad Ali Pasha yang dibina pada zaman Raja Muhammad Ali Pasha pada tahun 1830M. Istimewanya masjid ini, dindingnya diperbuat dari marmar putih dari daerah Aswan. Kubahnya pula mirip Masjid Aya Sophia di Istanbul, Turki. Kedudukannya yang terletak di atas bukit membolehkan kita melihat seluruh pemandangan Kaherah dari halamannya sahaja. Terkesima aku dibuatnya…… Subhanallah…

Kat kawasan masjid nih ade jek anjing berkeliaran, tp husband cakap anjing mesir baik2... Takdenyer nak kejar org... Yolahhh tuh

Kawasan ambil wudhu'

Bahagian dalam masjid

Besar masjid nih, tak percaya dah 700 tahun usianya

Salah satu dari pintu utama, luar tuh tempat wudhu'

Keluar dari pintu tuh trus ke halaman masjid yg menyajikan panorama kaherah dari atas bukit

Memukau

Agaknya pemerintah Mesir dulu-dulu mesti lepak kat sini sambil fikir masalah negara...huhu

Selain dua buah masjid utama yg kami ziarah, terdapat juga Muzium Polis, Muzium Tentera, Muzium Permata dan Muzium Penjara yg juga terletak dalam kawasan kubu. Tapi kami tak sempat singgah sebab dah kesuntukan masa. Kawasan kubu nih memang sangat lah luas. Bersedialah dengan air masak sebab banyak berjalan kaki kat dalam nih. Bayaran masuk ke Kubu Sultan Salahuddin Al-Ayyubi nih 100 L.E /person lebih kurang RM 25.  

Lewat petang tuh kami terus ke Bazar Khan El-Khalili yang famous tuh. Yang nih pun aku nganga jugak sebab jakun dengan kemeriahan bazar nih. Paling rare barang-barang yang dijual…. Macam-macam adelah… susah nak cerita dengan kata-kata. Asalnya aku cakap dengan husband aku nak gi sekali cukuplah sekadar nak tengok…konon tak suke tempat crowded.. end up aku pergi berkali-kali sebab setiap pelosok lorong tuh barangannya berlainan dan sangat unik. Tak puas la kalau kau sekadar singgah sekali jek. Kalau berpeluang ke sini, explorelah setiap lorong-lorong yang bukan jalan utama, kawasannya kurang sesak sedikit dan aku berpeluang duduk sebentar sambil melihat gelagat rakyat tempatan. Bila dahaga singgah jek kat kedai-kedai buah untuk pekena jus mangga yg sedap tuh, and kalau lapar belasah lah nasi arab yang kedainya bersepah-sepah kat Mesir nih... murah plak tuh. Yang klako tuh ade jugak penjual yang cakap... mari kakak... percuma... percuma.... heheh... melayu mane lah yang dengki ajar word "percuma" tuh kan.... hehehe..... Jom kita layan kemeriahan bazar Khan El-Khalili dalam video kat bawah nih.

Paling byk jual kepala firaun lah..  Hahahha dah mcm zaman Jahiliah... Kikiki

Meriah sgt. .. Best... Rindu nak pegi lagi..  😭

Asalnya nak singgah aje... Hah amik ko.  Dari petang membawak ke malam.. Smpai terjelepuk aku kat tepi jalan sbb tak larat dah sambil tunggu uber nak balik ke hotel.

Habis dah episod jalan-jalan sekitar Kaherah, esoknya aku kena follow husband kerja ke daerah lain plak. Tapi… tapi… tapi….. biaselah... adat bermusafir pasti ade jek dugaannya hinggakan kami tersadai kat station keretapi almost stengah hari. Nak tau kenape? Kita cerita dalam next entri. Take Care. Bye!
Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments

Assalamualaikum w.b.t

Aku buat post nih khas untuk sesiapa yang plan nak travel to Egypt sendiri tanpa ikut pakej travel. So bolehlah take note antara tips yang aku sarankan nih ye bila nak visit The Pyramids of Giza nanti. 

 1# Pilih musim yang sesuai. Paling cun kalau pergi time nak masuk winter, dalam bulan November. Matahari terik tapi berangin dan dingin. So nak ambik gambar pon cantik sebab ada perfect lighting. Kalau pergi time winter alamatnya gloomy jekla rupa pyramid nya.




2# Jangan book any private tour guide. Paling murah private tour guide nih cost you around RM 300++ . Tiket masuk ke perkarangan pyramid baru 160 L.E (RM 37). Setakat info sejarah tuh ko google ajeler… bersepah kat internet. Kalau dah malas nak membaca pun, ko book naik kereta kuda, habis semua sejarah die cerita…. 2 dalam 1.

3# Jangan beli tiket entrance and tiket masuk ke dalam pyramid sekaligus di kaunter. Masuk dulu kat kawasan pyramid tuh, ko nak pusing seluruh kawasan pyramid tuh pun dah berpeluh, apetah lagi nak masuk dlm pyramid tuh. Lagi pun firaunnya dah takde, semua die bawak pegi muzium. Ade satu info aku terbaca kat trip advisor, pyramid kedua iaitu Pyramid Khafre masuk tak payah bayar. You all bolehla try. Dalam die same jek sume. Nak masuk dlm Pyramid Khufu (Pyramid paling besar) kena tambah lagi RM 25. Kalau agak-agak nak try jugak masuk, boleh bayar kat pintu masuk tuh nanti.


Kaunter tiket

4# Ada pelbagai jenis cara nak pusing kawasan pyramid, pilih yang betul2 bersesuaian dengan selera and budget anda. Ko jgn terpedaya kalau ade Egyptian pancing ko macam-macam. Kenderaan tak boleh lalu laaa, laluan one way la…. Memang die tipu ko idup-idup sebenarnya…haha. Aku pun terkena, mula-mula die kata kalau nak pusing seluruh kawasan kena naik kete kuda, kenderaan tak leh lalu, aku pun okey, sekali separuh jalan tengok kereta bersilih ganti lalu, sekali bas yang gedabak tuh pon bleh lalu... Eeee menyirap aku. 




Kalau nak naik unta pun hati-hati yer, sekejap free sekejap bayar. Pandai-pandai la korang nego. Naseb aku baik sebab laki aku pandai ckp Arab, so die cam seganla sket nak hentam. Tapi ape pun, worth it la naik unta di padang pasir berlatar belakangkan pyramids, naik kereta kuda pun berbaloi jugak sebab ko boleh pusing the whole kawasan and boleh singgah-singgah utk amik gambar sambil dengar die cerita pasal pyramid. 




Bayaran naik unta : 100 L.E /camel manakala bayaran kereta kuda : 200 L.E /kereta (boleh naik 2-3 orang). Kalau ade yg dapat harga lebih murah dari nih mohon nyatakan kat komen utk rujukan. Tapi kalau ko nak naik kereta pusing keliling pun boleh juga, lagilah jimat, especially utk jemaah yg ramai, ape pun tepuk dada tanya selera.

5# Pergi ke the “other side” of pyramid kalau tak nak gambar anda dipenuhi dgn locals yg duduk berkelah kat kawasan pyramid. Nak bergambar sorang-sorang macam hanya ada kau, dia dan pyramid? Boleh, pergi kat area tengah-tengah sket, atau kat pyramid kedua, ha aku pon terkejut, memang takde orang weh! Sakanlah bergambo tanpa gangguan. Best sgt!




6# Jangan sesekali bergambar ngan unta, kang tetiba ade yang minta duit. Aku amik gambar ngan unta mase takde org kat situ. Hehehe. Takda benda yang free dalam dunia nih, termasuklah saja-saje bergambar ngan unta yang terdampar kat tepi-tepi tuh. Kalau ade org offer amikkan gambar korang pun, janganlah korang sangka baik sgt... Sbb kebanyakannya akan mintak duit. Siap letak price tuh. Gambar dahlah tak cantik, ade hati nak letak harga. Cet.


Salah satu gambar yg diambil oleh tokey unta guna kamera phone kami... Mne la ade org buat gaya camtuh lagi bergambo... Tp kami layan jek, sekali die mintak duit... Hangin la laki aku... Huhu

7# Half day tour dah mencukupi – takde shopping mall pun kat sane (aku perasan ade tour guide buat one day tour… die nak kire batu pyramid ke per…. Hahah). 

8# Lunch terus kat one of the famous restaurant kat situ iaitu Abou Shakra Restaurant.Makan kat level atas kalau nak bertentang mata dengan The Sphynx 😍.


Gambar ihsan google: Restoran Abou Shakra dari ting 2.. Hari tuh kami makan kat level bawah sbb kat atas dah penuh ngan mat saleh....

9# Souvenir banyak dijual, tapi nak murah of course la kat Bazar Khan El Khalili.Kat; area pyramid nih mat saleh jek yang shopping. 

10# Spend one night kat one of the hotels kat area Giza. Kalau tgk kat booking.com, hotel yang meletop-meletop kebanyakannya kat Giza, so kena tengok lokasi btol-btol sebelum book. Jangan sesekali book area Giza kalau ade hati nak ronda Bandar Cairo, jauhhhhhhh dahla jem. Kalau bermalam kat Giza, malamnyer bolehla layan sound and light show kat kaw pyramid nih. Time aku gi aku cuma buat day trip jek. Jom kita tgk hotel-hotel best yg aku teringin nak stay kalau aku kembali ke sini lagi. 


Dua hotel nih aku teringin nak stay kalau aku ke Cairo lagi


Gambar ihsan google: Marriot Mena House 

Gambar ihsan google: Marriott Mena House

Gambar ihsan google: Le Meridien Pyramids Hotel and Spa
11# Nak masuk the Sphinx kena bayar lagi and takleh bawak masuk kamera. So aku skip nih sbb dah lapar, dah tak sabar nak makan nasi Arab buat kesekian kalinya….. 


Tak dapat masuk, bergambar dr luar pun jadiklah

Rasanya tuh jek kot, If you all ade nak tambah points lagi sila tambah kat ruangan komen yer. Boleh la kita sama-sama share info. Thanks a lot! ❤️

Share
Tweet
Pin
Share
3 Comments
Newer Posts
Older Posts

About me



Hello There! I am Suliana. I am a wife to Hairul Hafiz and a mom to two beautiful kids, Humaira and Yusuf. Welcome to my little world where I write about my family's adventures, food, parenting, and random deep thoughts. I use this space to document and celebrate life! Thanks for reading.

My Instagram Updates

Contact Form

Name

Email *

Message *

recent posts

Follow Us

  • facebook
  • instagram
  • youtube

Blog Archive

  • ▼  2019 (10)
    • ▼  November 2019 (2)
      • Another Day in Paradise: Trip to Maldives Part 3
      • Another Day in Paradise: Trip to Maldives Part 2
    • ►  October 2019 (2)
    • ►  August 2019 (1)
    • ►  May 2019 (1)
    • ►  March 2019 (3)
    • ►  February 2019 (1)
  • ►  2018 (7)
    • ►  May 2018 (2)
    • ►  March 2018 (2)
    • ►  February 2018 (2)
    • ►  January 2018 (1)
  • ►  2017 (6)
    • ►  November 2017 (1)
    • ►  October 2017 (3)
    • ►  April 2017 (2)
  • ►  2016 (8)
    • ►  November 2016 (1)
    • ►  June 2016 (6)
    • ►  May 2016 (1)
  • ►  2013 (3)
    • ►  October 2013 (3)

Total Pageviews

Created with by ThemeXpose . Distributed by Weblyb