Humaira's playgroup trial classes at Gymboree, Little Gym and Kindermusik

by - 04:19



Assalamualaikum w.b.t

Sebenarnya lama dah plan nak hantar Humaira pergi playgroup, saje nak tgk die socialize macam mana, die dah bleh dengar arahan or belum, and tahap independent die since i want to prepare herself for playschool (18 months to 3 years old) mcm Brainy Bunch or Genius Aulad. 

So my trick is to get herself familiar with the school environment first, biar die bergaul ngan rakan sebaya(new friends), belajar dengar arahan dari teachers and jangan terlalu nak melekat ngan ummi or mama (my mom). So that bile masanya die kena pegi sekolah secara full time nanti, hopefully die tak mengamuk sakan. Rasanya memang sangat-sangat membantu sbb masa first time hantar die pergi sekolah at Brainy Bunch, die langsung tak meragam and cepat sesuaikan diri.

So sempatla aku book trial class kat 3 tempat popular for playgroups iaitu Gymboree, The Little Gym and Kindermusik. Pada pendapat aku, penting utk you all yang nak hantar anak ke sini, utk amik trial class dulu, walaupun anak kecik lagi, kita bleh nampak kecenderungan and minat anak tuh kat mana sbb ketiga-tiga tempat nih menggunakan pendekatan yang berbeza. So here are the quick info and review yang boleh aku bagi as a guide.

Gymboree




  • Gymboree class anak-anak leh attend sejak lahir sampailah umur 5 thn. 
  • Ade pelbagai kelas di tawarkan antaranya Gymboree Play and Learn, Art, Music, Sports and School Skills.
  • Fees based on class category and session, lain class lain fees nya. If nak multiple class lebih kurang RM 1700-RM 2000 per year. 
  • Humaira attend utk Play and Learn class-basically aktiviti die main sambil belajar. Hari tuh instructor ajar prepositions, so die banyak tekankan word mcm under, over, across, above dan lain-lain sambil kids main slide and toys lain yg ade kat situ.
  • Parents dibenarkan join semua activity yg dibuat bersama anak-anak.
Since nih first class yang Humaira attend, so die banyak buat hal sendiri jek. die pi main macam die main kat playground. Langsung tak endah instructions yg diberi. Banyak aktiviti dibuat secara group, so utk anak aku yg buat hal sendiri nih mmg banyak ketinggalan aktiviti la and instructor mcm biar jek die main sendiri-sendiri, tak perlu paksa katanya. 









The Little Gym Kota Damansara



  • Anak-anak leh attend dari usia 4 bulan-12 tahun
  • Kelas yang ditawarkan lebih kepada aktiviti fizikal seperti sports, gymnastic, karate dan dance.
  • Untuk usia 4 bulan hingga 3 tahun, kelas lebih bersifat general and kita boleh pilih kelas yang lebih spesifik utk anak kita bile dah berusia 3 tahun ke atas.
  • Fees boleh bayar monthly, setengah tahun atau setahun terus. Setahun lebih kurang RM1400 - RM 1500, monthly dlm RM 300++. Anak kedua ade diskaun. For me, lebih murah dr Gymboree. 
  • The best part, ade complimentary practice class on weekdays. So instead of kelas sekali seminggu, kita dpt 2 kelas seminggu (berbaloi-baloi). 
  • Aktiviti die lebih lasak dari Gymboree, bukan mcm playground.. hehe...  belajar imbang badan, senggayut, lompat sane sini, ade jugak nyanyi-nyanyi and menari. 
Aku nampak Humaira enjoy sgt kat The Little Gym nih. Mula-mula risau jugak sbb Humaira kecik lagi... sekali die senggayut mcm ahli gimnastik siap gelak-gelak lagi. Personally aku pon suke The Little Gym nih, selain affordable, instructor die nampak lebih mesra and tau how to tackle kids. Dia approach sorang-sorang, buat aktiviti secara one-to-one and juga group. Tak boring sbb byk aktiviti fizikal, parents pon leh berpeluh. 

Sorry takde gambar, cari video pon tak jumpe. Quality time bersama anak, ummi takdan nak amik gambar. huhuhu

Kita paste gambar dari sumber google ajelah yer. 


SUMBER: https://kualalumpurkids.wordpress.com/2015/09/02/the-little-gym-gymnastics-lessons-for-kids-in-kl/


3. Kindermusik


  • Anak-anak boleh join class bermula dari 18 bulan hingga 7 tahun
  • Lebih menekankan konsep muzik dalam pembelajaran
  • Fees paling murah compared to Gymboree and The Little Gym, dlm RM 150- RM200 sebulan.
  • Only one parent can join the class together. Kalau datang berdua, yang sorang lagi kena tunggu kat luar sampai habis kelas.
  • Kelas dalam bilik with one instructor.
  • Antara aktiviti adalah main alat muzik, story telling, singing and dancing
  • I'm not sure tapi masa kelas tuh Humaira sorang Melayu yang lain sume Chinese, maybe situ kawasan kejiranan masyarakat Cina since aku pergi yang cawangan PJ. Ok jek, bagus bercampur, lagi multiracial lagi bagus. 
Masa kelas kat kindermusik nih die dah bleh sesuaikan diri, instructor bg arahan sume die follow, and die dah pandai bergaul dlm group. Masa story telling session pon die interact ngan instructor. Ada parents tuh tanye, Humaira sekolah mana sebelum nih sebab tak kekok walaupun first time kat Kindermusik. Die tak tau ummi die gila masukkan die sume trial class.... tapi ok jugak nampak banyak improvement kat Humaira. 



SUMBER: https://bibimbubs.com/tag/kindermusik/

Actually I decided utk masukkan die kelas The Little Gym, tapi bila fikir-fikir balik since die nak masuk playschool+daycare, so tak jadi, nnti stress plak die sampai weekend pon ade kelas. But if you all sedang timbang-timbang utk masukkan anak to any playgroup, mmg aku sangat recommend, pengisian yang bagus, and kids boleh belajar sambil bermain. Boleh try any trial classes and compare mana satu yg anak lebih enjoy. Yang penting anak happy, jangan paksa if anak tak suka. Ok mommies, selamat menghabiskan masa berkualiti bersama anak anda!! 


You May Also Like

0 Comments