• Home
  • Travel
    • New Zealand
    • China
    • Australia
    • Egypt
    • Maldives
  • Health
  • Parenting
  • Sitemap
facebook instagram Email

Walk Of Life

Servant to Allah . Daughter . Wife . Mom . Engineer


Assalamualaikum w.b.t,
Bersambung dari entri lepas DI SINI

Seperti yang dijadualkan, aku ke IJN pada 19 April 2017 untuk masuk ward kerana RFA procedure akan dijalankan pada keesokan paginya. Walaupun procedure nih agak simple tapi tetap ade risikonya. Sebelum kita cerita pasal risks let me explain ape yg doc akan buat pagi esok. Basically doc akan bius di bahagian peha untuk masukkan wayar sampai ke jantung. Pada masa sama doc akan bg impulse utk activate abnormal saraf yang buatkan jantung aku berdegup kencang tuh. After die dah kesan that abnormal saraf, die akan matikan saraf tuh menggunakan radiofrequency heat (similar to microwave heat). Dan procedure nih makan masa 1-2 jam bergantung pada jumlah saraf abnormal yg dikenalpasti. 

Actually agak berdebar jugak... doc kate 99% pulih sepenuhnya after buat procedure nih, and 1% risk tuh bleh jadi salur darah cedera, bengkak, bleeding, heart attack and kematian. Tp tuhlah doc ckp u naik gunung pun ade risiko, so jgn fikir sgt, doa banyak-banyak. Yelah bende lain klu diusik takpe lagi, klu mata at least buta, tapi kalau jantung...hurmmm.... and what if 1% tuh happen to me kan? Kebarangkalian tuh tetap ada.... Aku pikir anak aku jek takde lain. Family and husband lah yg banyak support and menjadi penguat semangat untuk aku proceed and stay positive. Oh ya lupa nak bagi tau, RFA procedure nih takleh buat pada ibu mengandung ya sbb ade involve x-ray yg berbahaya utk baby


Check in 'hotel' IJN with extra bed. Peneman setia hingga akhir hayat.



Relax jek, malas nak pikir banyak nanti stress

Sebelum procedure dijalankan, kene amik darah dulu, buat ECG test and pregnancy test. Tekanan darah sentiasa di pantau from time to time. Pada pagi 20 April 2017 aku di bawa masuk ke operation theatre, haa... mengucap siap2 time nih... huhu. Macam2 wayar dipasang kat dada, and doc bius masuk utk bagi bius kat peha. Then Dr Zulkeflee masuk utk masukkan wayar dr peha trus ke saluran darah utama. Ku ingatkan bius tuh utk pengsankan aku tp rupanya utk bg tak sakit masa die cucuk utk masukkan tiub wayar tuh. Aku sedar hokey sepanjang procedure tuh dibuat. Masa die masukkan wayar tuh aku bleh rasa wayar tuh berjalan sampai ke jantung. Die punya ngilu tuhan jek tau. Rasa ade org lap-lap kaki aku, darah barangkali... tp aku tak berani jenguk. Dah sampai kat jantung dicuit-cuit plak jantung kita tuh....lagilaaa.... aku nak gerak pon ngeri takut wayar nih bergerak ke lain plak kang. Sebelah aku ade skrin besar utk tgk jantung and wayar dlm jantung tuh, tapi sumpah aku tak tengok langsung, tiada keberanian utk tgk jantung sendiri yg tengah menggila berdegup sebab doc bg impulse utk trigger abnormal saraf tuh.  

Lama jugakla die dok godek2 jantung aku tuh then Dr Zul jenguk sket kepala die utk bercakap ngan aku, "Ok Suliana, kita dah jumpa saraf yg kita tak nak tuh, so kita monitor kejap dalam 5-10 min utk confirmkan sblom kita burn." Dalam 5-10 minit tuh jantung aku meracau...kejap laju kejap normal pastu laju gile then die slow balik.... dgn wayar2 yg kat dlm badan lagi... aku renung jek skru machine xray tuh sambil berzikir banyak2. Lps 10 minit Dr Zul bg tau die nak burn saraf tuh and die kate ade rasa panas sket. Masa die burn tuh mmg panas dada nih mcm nak meletop... naseb la kejap aje. Lps tuh Dr Zul buka mask, die ckp "Suliana, ok ke? Alhamdulillah, operation berjaya. Jangan bergerak and bengkokkan kaki selama 6 jam ya, sbb takut darah keluar sbb kita usik salur darah utama." Aku senyum kelat and ckp "Alhamdulillah, Thank u so much doctor." Dr Zul angguk and terus keluar dr operation room. 

Aku dibawa ke Recovery Room utk proses keluarkan wayar plak. Kat sni Medical Asisstant and nurse pantau tekanan darah and buat ECG test. Then die ckp "Puan, tarik nafas, tahan ya. saya nak keluarkan wayar. Ok now tarik nafaaaaassss". Zrrruupppppp keluar satu wayar. "Ok tarik nafas, tahaaannn" kata nurse tuh lagi. Zrruuup keluar lagi satu wayar sampailah wayar ketiga dikeluarkan. Then die tekan tempat luka sampai darah stop keluar and tampal plaster. Then aku dibawa masuk bilik wad semula utk dipantau selama 24 jam.

Selama at least 6 jam aku tak boleh bergerak langsung, hatta kepala pon takleh angkat lebih 30 degree. Tak sakit, cuma aku rasa letih yg amat, mcm beranak sekali lagi plak... nurse risau btol klu aku bergerak sbb die kate ade kes sebelum nih patient bergerak and bleeding sampai banjir satu katil. Dada takde rasa sakit cuma ngilu and bisa ulu hati, mungkin kesan burn tadi. Doc kate at least seminggu untuk recover, takleh buat keje berat, dukung anak lagilah big No No. Aku dibenarkan discharged pada 21 April 2017 and berehat di rumah.

Total bill untuk RFA procedure nih adalah RM 19,079.80. Alhamdulillah ditanggung sepenuhnya oleh company...Haih nih yang bertambah sayang kat TNB. Takleh bayang klu kene kuar duit sendiri. Masa register masuk ward ade patient tuh kene bayar deposit utk kos rawatan sampai 50K. Kalau aku, dan dan tuh jugak kene heart attack... hahahha... Jadik belilah insuran untuk perlindungan anda dan anak anda.


                                                                              
Total Bill

Now lepas seminggu after operation, aku rasa sihat Alhamdulillah, even tak bleh bengkok kaki sangat tp dah kurang rasa sengal-sengal and so far tak berlaku dah simptom SVT. Harap-harap aku bleh pulih sepenuhnya untuk menikmati hidup yang sementara ini dengan lebih berkualiti demi keluarga tercinta. It's a wake up call for me, lebih mensyukuri nikmat sihat yang tuhan pinjamkan. Syukur Alhamdulillah. Sekian.

Share
Tweet
Pin
Share
18 Comments


Assalamualaikum w.b.t,

The moment i'm writing this post aku sedang berehat selama hampir 2 minggu selepas 3 hari menjalani RFA procedure di IJN. Post nih saje dibuat untuk kenangan and menceritakan serba sedikit ape yg aku alami 2-3 tahun kebelakangan nih. Actually doctor diagnosed aku mengalami SVT. If google maknanya mcm kat bawah nih:
Supraventricular tachycardia (SVT) means that from time your heart beats very fast for a reason other than exercise, high fever, or stress. For most people who have SVT, the heart still works normally to pump blood through the body.
During an episode of SVT, the hearts's electrical system doesn't work right, causing the heart to beat very fast. The heart beats at least 100 beats a minute and may reach 300 beats a minute. After treatment or on its own, the heart usually returns to a normal rate of 60 to 100 beatsa minute. 
SVT may start and end quickly, and you may not have symptoms. SVT becomes a problem when it happens often, lasts a long time, or causes symptoms. 
Diringkaskan, jantung manusia akan berdegup 60 beats/min pd keadaan rehat, tp jantung aku special sket, die bleh berdegup hingga 200 beats/min tanpa aku buat apa-apa pun. If aku gerak sket, spt jalan or pakai baju ke, lagi lah laju tahap ape ntah.

Aku mula perasan aku alami simptom nih mase umur aku awal 20-an (setelah bekerja di TNB), tp mase tuh it happened dalam tempoh yg singkat (5 min) dan tak kerap (less than 3 times/year). So dlm tempoh tuh aku tak pernah check and abaikan jek since tak mengganggu kehidupan seharian, just masuk toilet and relax dpn cermin kejap pastuh bleh kerja mcm biasa.

Aku mula rasa ada yang tak kena ngan jantung nih bila lepas ade anak. Simptom makin kerap berlaku 5-6 times/year dan tempoh yang lama sket dari biasa (1-2jam). Aku pergi klinik and checkup and doktor  buat ECG test, mintak aku refer hospital. Hospital pertama yang aku pergi ialah Hospital Pantai, mase nih doc tuh dh bg tau aku ade SVT, die kata ianya abnormalities pada jantung yang tak membawa kepada kematian unless ianya jadi teruk. Cuma ada rasa tak selesa jekla and die mintak aku rehat jek kalau kena. Dia kate tak consider teruk lagi untuk nak bagi apa-apa treatment since aku tak merokok, husband tak merokok, tak minum alkohol and masih muda.

So aku pon lega and teruskan rutin mcm biasa, bila jadi aku pergi klinik and die bg propanolol (ubat pil), then ok... So aku pon rase ubat membantu lah utk case aku nih. Tp Doc klinik tuh mintak aku pergi refer pakar jugak, iaitu Sime Darby Medical Centre Ara Damansara, die kate hospital nih mmg specialized in brain, heart and spine. So aku pegi jekla checkup, mahal wooo, consultation+ ecg+propanolol dlm 1.5K. Doc nih pon ckp SVT so aku dh confirm dah masalah aku nih cuma die bg dua option, makan ubat for the rest of my life (bila berlaku) or buat RFA procedure. I opt for ubat since aku rasa masih tak teruk. So ubatlah peneman setia 1-2 tahun tuh (sentiasa ada dlm handbag).

Aku punye worst nightmare ialah masa 3 minggu kebelakangan nih. Masa tuh aku tgh berkejaran ngan anak nak bg makan. Biasalah mak-mak nih bangun duduk tertonggeng nak bg anak makan, macam-macam gaya. Tapi aku tak boleh, aku duduk and bangun tetibe jantung aku berdegup sgt kencang, buat biase jek tapi makin hebat degupan tuh. Aku duduk rehat dgn harapan die ok balik (tak suka amik ubat awal-awal sbb effect die aku akan sakit kepala pastuh). Rehat sejam dua pon tak hilang, aku makan ubat, pon tak hilang. Dan jantung aku berdegup laju sampai keesokan harinya. Esoknya aku dah penat gile, tau tak rasa dia mcm mana? Macam ko exercise tanpa henti selama lebih 24 jam. Berpeluh-peluh, dada rasa berat macam kene tindih. Nak pakai baju pon aku tak larat, carik baju kat almari sambil duduk, mandi sambil duduk.

Kesimpulannya penyakit aku nih dtg lebih kerap and lama, MC pon banyak (produktiviti kerja menurun), masa untuk anak terhad (xleh dah kejar-kejar, and lasak-lasak mcm selalu). Aku rasa stress, tak sihat dan aku langsung takleh minum kopi sbb ianya akan lg memburukkan keadaan aku nih. Makan pil pon takde effect, so doc yang aku selalu wat ECG test kat klinik tuh mintak aku ke IJN sbb die risau tgk keadaan aku, die kate kalau dah tahap lebih 24 jam and ubat tak jalan mmg perlu treatment, sbb nnti blood pressure aku leh turun and aku akan mudah pitam and bila keadaan tuh jadi boleh membahayakan aku. Aku setuju sebab dah tak larat dah selang beberapa hari jek SVT nih dtg. So aku terus ke IJN utk pemeriksaan lanjut.

Aku dpt sesi walk-in jek hari tuh since patient tak ramai, temu janji bersama Dr Zulkeflee, doktor pakar electrophisiology (katenyer ade 15 org jek dlm Malaysia... huhu). Doc nih sempoi, die tau dah aku ade SVT so die explain how it happened dgn panjang lebarnya. Katanya aku ade saraf extra pada jantung yang trigger jantung aku untuk berdegup dgn laju. Caffein, stress and keletihan boleh menyebabkan die jadi lebih teruk, tp even aku stop amik caffein pon takkan sembuhkan SVT nih, dan kenapa jadi makin kerap lately? Sebab dah tua laaa.... SVT boleh jadi lebih kerap and lama bila usia meningkat. Sbb tuh masa awal 20-an die dtg kejap and hilang and awal 30-an makin lama and kerap. So if I aku tak wat treatment skang, risiko akan meningkat seiring usia. Die advised utk aku proceed with Radiofrequency Ablation (RFA) and set appointment pada 19 April 2017 utk admit ward and operation dilakukan pada 20 April 2017.

Doc explain siap drawing 


Dalam tempoh menunggu appointment tuh SVT aku nih makin menjadi-jadi, sampai tahap aku batuk pon die leh berdegup kencang sampai rasa nak mati sbb tak cukup oksigen... rasa nak mati tuh bile aku dah start berpeluh-peluh, pening kepala and nak pengsan. Sempat jugakla pergi emergency tengah-tengah malam sbb dah tak tahan sgt.

Panjang pulak ceritanya....rasa macam kena buat part 2 lah...rajin plak menaip kan... sbb kaki takleh gerak sgt now... so jari jekla yg aktif... ok jumpe dlm next entry. XOXO









Share
Tweet
Pin
Share
8 Comments
Assalamualaikum w.b.t

Hi, welcome back to me!! Actually kebanyakan post dlm blog nih adalah post throwback... paling latest of course sume yg berlaku pd tahun 2016.... tapi aku akan schedule posting ikut tahun kejadian... takdela beratus2 posting dok kat thn 2016... nnti pening... huhuhu.....

Lame dah tak menulis sejak zaman single dulu... Blog tuh sume dah expired... mase tuh sakan buat website sendiri... design itu ini... beli web hosting sbb nak web adress sendiri... tak main la gune Blogger... hahahah....bila dah menginjak usia 30-an nih rasa mcm nak menulis sesuatu... bukan utk org lain, tapi utk diri sendiri... terlalu banyak pengalaman manis yg aku nak ingat and di platform ini aku boleh cerita sedetailnya sementara memori aku masih kuat... and secara tak langsung aku harap aku dpt berkongsi rasa dengan semua org... dan if boleh memberi manfaat or info pd org lain aku jauh lebih bersyukur....

Dah tua2 nih malas dah nk belek2 coding... buat icon2 comel... hover lah.. chatbox la...pink sana pink sni.... aku nih dahla detail... pilih combination colour jek dah berjam-jam... itu belum lagi pilih font, pilih layout.... now aku lebih suka template minimalis... and kaler pon seminima yg mungkin... biarlah cerita aku yg mewarnai blog ini... perghhh... hahahaha... 

So thx for reading my stories... and pls drop ur comments to say hi so i can read ur stories too.... :)


Love xoxox,
Suliana




Share
Tweet
Pin
Share
No Comments


Assalamualaikum w.b.t

Here we come to my last post about our roadtrip to Perth and Western Australia.... Haih... sekejapnyer 5 hari... serius tak puas.... takper... murah rezeki panjang umur Insyaallah kita jalan2 sini lagi yer.... So our flight to Malaysia pd pukul 4.30 ptg... jadi pagi2 kami breakfast and pack barang siap2 then trus ke Hay Street... Selain banyak deretan kedai2 yg bleh kita singgah kat sini jugak terletaknya London Court... die mcm satu lorong yg bila kita masuk lorong tuh trus rase mcm kat London... haaaaa menarik tak? hahahhaa.... actually binaannya mcm bangunan kat London... sejauh mne samanya tuh hakak xleh jawablah sbb hakak tak sampai London lagi.... huhuhu....

Actually tujuan utama aku nak ke Hay Street nih sbb nak beli souvenir utk diri sendiri...ingat nak beli charm kat Pandora... org kate murah compared to Malaysia... oklaaa harga die dlm 40AUD satu charm... aku beli charm Aussie Flag.... ngan safety chain... jadiklah buat kenangan kan.... 


Di Sepanjang laluan Hay Street


Yeayy jumpe kedai Pandora





Ha.. nilah Londort Court nyer.. senang jek nak kenal... 





Tadi kat dpn... nih kat bahagian dalam London Court plak

Lepas pusing2 kat Hay Street dan William Street.... kami lepak2 plak kat Kings Park... semalam cam sekejap sgt pegi... so hari nih pegi balik utk tgk the other side of Kings Park...Kami pegi yg ade adventure park utk kanak2 main.... ade maze, kubu, terowong.... best2.... humaira enjoy sgt....


Nyawa i~













Lepas tuh kami sempat ke Cottesloe Beach untuk habiskan masa di sana sebelum kami pulang kereta and bergerak ke airport....


At Cottesloe Beach




So begitulah tamatnya percutian kami selama 5 hari di bumi Australia... sesungguhnya banyak benar yg aku belajar dari trip kali nih dan akan menjadi kenangan manis yg tak mungkin dilupakan... Destinasi kita mungkin sama... but our story is different... so yg baik kita amik, yg tak baik kita jadikan pengajaran. Thanks for reading!! XOXO


Humaira at Perth Airport

Share
Tweet
Pin
Share
No Comments


Assalamualaikum w.b.t

Sebenarnya lama dah plan nak hantar Humaira pergi playgroup, saje nak tgk die socialize macam mana, die dah bleh dengar arahan or belum, and tahap independent die since i want to prepare herself for playschool (18 months to 3 years old) mcm Brainy Bunch or Genius Aulad. 

So my trick is to get herself familiar with the school environment first, biar die bergaul ngan rakan sebaya(new friends), belajar dengar arahan dari teachers and jangan terlalu nak melekat ngan ummi or mama (my mom). So that bile masanya die kena pegi sekolah secara full time nanti, hopefully die tak mengamuk sakan. Rasanya memang sangat-sangat membantu sbb masa first time hantar die pergi sekolah at Brainy Bunch, die langsung tak meragam and cepat sesuaikan diri.

So sempatla aku book trial class kat 3 tempat popular for playgroups iaitu Gymboree, The Little Gym and Kindermusik. Pada pendapat aku, penting utk you all yang nak hantar anak ke sini, utk amik trial class dulu, walaupun anak kecik lagi, kita bleh nampak kecenderungan and minat anak tuh kat mana sbb ketiga-tiga tempat nih menggunakan pendekatan yang berbeza. So here are the quick info and review yang boleh aku bagi as a guide.

Gymboree




  • Gymboree class anak-anak leh attend sejak lahir sampailah umur 5 thn. 
  • Ade pelbagai kelas di tawarkan antaranya Gymboree Play and Learn, Art, Music, Sports and School Skills.
  • Fees based on class category and session, lain class lain fees nya. If nak multiple class lebih kurang RM 1700-RM 2000 per year. 
  • Humaira attend utk Play and Learn class-basically aktiviti die main sambil belajar. Hari tuh instructor ajar prepositions, so die banyak tekankan word mcm under, over, across, above dan lain-lain sambil kids main slide and toys lain yg ade kat situ.
  • Parents dibenarkan join semua activity yg dibuat bersama anak-anak.
Since nih first class yang Humaira attend, so die banyak buat hal sendiri jek. die pi main macam die main kat playground. Langsung tak endah instructions yg diberi. Banyak aktiviti dibuat secara group, so utk anak aku yg buat hal sendiri nih mmg banyak ketinggalan aktiviti la and instructor mcm biar jek die main sendiri-sendiri, tak perlu paksa katanya. 









The Little Gym Kota Damansara



  • Anak-anak leh attend dari usia 4 bulan-12 tahun
  • Kelas yang ditawarkan lebih kepada aktiviti fizikal seperti sports, gymnastic, karate dan dance.
  • Untuk usia 4 bulan hingga 3 tahun, kelas lebih bersifat general and kita boleh pilih kelas yang lebih spesifik utk anak kita bile dah berusia 3 tahun ke atas.
  • Fees boleh bayar monthly, setengah tahun atau setahun terus. Setahun lebih kurang RM1400 - RM 1500, monthly dlm RM 300++. Anak kedua ade diskaun. For me, lebih murah dr Gymboree. 
  • The best part, ade complimentary practice class on weekdays. So instead of kelas sekali seminggu, kita dpt 2 kelas seminggu (berbaloi-baloi). 
  • Aktiviti die lebih lasak dari Gymboree, bukan mcm playground.. hehe...  belajar imbang badan, senggayut, lompat sane sini, ade jugak nyanyi-nyanyi and menari. 
Aku nampak Humaira enjoy sgt kat The Little Gym nih. Mula-mula risau jugak sbb Humaira kecik lagi... sekali die senggayut mcm ahli gimnastik siap gelak-gelak lagi. Personally aku pon suke The Little Gym nih, selain affordable, instructor die nampak lebih mesra and tau how to tackle kids. Dia approach sorang-sorang, buat aktiviti secara one-to-one and juga group. Tak boring sbb byk aktiviti fizikal, parents pon leh berpeluh. 

Sorry takde gambar, cari video pon tak jumpe. Quality time bersama anak, ummi takdan nak amik gambar. huhuhu

Kita paste gambar dari sumber google ajelah yer. 


SUMBER: https://kualalumpurkids.wordpress.com/2015/09/02/the-little-gym-gymnastics-lessons-for-kids-in-kl/


3. Kindermusik


  • Anak-anak boleh join class bermula dari 18 bulan hingga 7 tahun
  • Lebih menekankan konsep muzik dalam pembelajaran
  • Fees paling murah compared to Gymboree and The Little Gym, dlm RM 150- RM200 sebulan.
  • Only one parent can join the class together. Kalau datang berdua, yang sorang lagi kena tunggu kat luar sampai habis kelas.
  • Kelas dalam bilik with one instructor.
  • Antara aktiviti adalah main alat muzik, story telling, singing and dancing
  • I'm not sure tapi masa kelas tuh Humaira sorang Melayu yang lain sume Chinese, maybe situ kawasan kejiranan masyarakat Cina since aku pergi yang cawangan PJ. Ok jek, bagus bercampur, lagi multiracial lagi bagus. 
Masa kelas kat kindermusik nih die dah bleh sesuaikan diri, instructor bg arahan sume die follow, and die dah pandai bergaul dlm group. Masa story telling session pon die interact ngan instructor. Ada parents tuh tanye, Humaira sekolah mana sebelum nih sebab tak kekok walaupun first time kat Kindermusik. Die tak tau ummi die gila masukkan die sume trial class.... tapi ok jugak nampak banyak improvement kat Humaira. 



SUMBER: https://bibimbubs.com/tag/kindermusik/

Actually I decided utk masukkan die kelas The Little Gym, tapi bila fikir-fikir balik since die nak masuk playschool+daycare, so tak jadi, nnti stress plak die sampai weekend pon ade kelas. But if you all sedang timbang-timbang utk masukkan anak to any playgroup, mmg aku sangat recommend, pengisian yang bagus, and kids boleh belajar sambil bermain. Boleh try any trial classes and compare mana satu yg anak lebih enjoy. Yang penting anak happy, jangan paksa if anak tak suka. Ok mommies, selamat menghabiskan masa berkualiti bersama anak anda!! 


Share
Tweet
Pin
Share
2 Comments

Assalamualaikum w.b.t

Diam tak diam dah pon hari keempat di bumi Australia... kami dah pon kembali ke Perth City semula... Alhamdulillah homestay yang kami book di Airbnb juga sgt selesa dan lengkap semuanya. Rasa mcm kat umah sendiri plak sbb tuan rumah siap sediakan sebakul mainan utk kids... Ske la Humaira tak boring.... baby cot and high chair pon disediakan if kita request....


Sampai-sampai jek malam td terus melepek die kat sofa... keletihan....


Ruang dapur dan ruang tamu 


Bilik Utama with baby cot... bilik kedua lupa nak snap gambar... two single beds


Parking lot depan umah jek... penting utk tau parking lot sebab ade juga accomodation yg tak sediakan parking... ada yg kena parking berbayar... so u better check....


It's actually apartment 3 tingkat... tapi unit nih tepi skali so ade laman utk santai2 kat luar and sgt privacy.

Psttttt nak book di airbnb buat kali pertama dan dpt kredit RM 90?? Mohon guna link di bawah:
Travel on Airbnb and get MYR90 in travel credit! https://www.airbnb.com/c/nsuliana


 
If nak book the same apartment in Leederville bleh search yg nih ye


So we decided to have our brekfast at Kings Park before heading to Caversham Wildlife Park. Almaklumla beg makanan yg hilang tuh baru sampai Perth semalam... so mmg kami breakfast like a King la.... kene abiskan makanan sbb nak ringankan bag.... hehehe.... kami rebus ketupat instant, panaskan kuah kacang, nasi lemak brahims lagi....eh mcm pagi raya lah org kate.... hahahah


Banyak pondok2 camnih... bleh lepak sni or berkelah jek atas rumput yg gebu tuh... 













Actually Kings Park nih luas yg amat.... nih baru satu tempat kami cover... tapi memandangkan nak ke Caversham Wildlife Park, so kami tunda hajat nak bersiar2-siar kat sni.... Excited nih nak jumpe kangaroo.... hehehe..

Sampai jek di Caversham Wildlife Park kami trus bli tiket and semak schedule utk animal feeding and show.... ade pamphlet kat situ... kawasan die taklah besar mne... tp yg best nyer kita bleh pegang2 binatang and semuanya jinak2 jek....

Pintu masuk park


Sesi bersama Wombat














Lepas Farm Show blehla nak pegang2 sheep nih.



Ade jugak sesi perah susu yer... blehla try


Pls come early in the morning klu nak dpt respond kangaroo camnih...klu tak die wat dek jek sebab dah kenyang... or else u all pegi ke dalam lagi sebab kangaroo yg belah2 dalam jarang org bagi makan.


Humaira mmg suke animal feeding activity.


Ade kangaroo albino di situ

Lepas beramah mesra ngan kangaroo kami ke The Margaret River Chocolate Factory(TMRCF) tak jauh dari Caversham Wildlife Park. Ramai yg confuse sbnarnyer pasal lokasi  TMRCF nih sbb nama pon Margaret River mestilah lokasi kat Margaret River kan... sbnarnyer die ade dua cawangan... yg pertama kat Margaret River dan yg kedua di Swan Valley. If u all bace posting Day 1, bleh bayangla masa kitorang lalu Margaret River cuaca pon dah malam, so kami decide pi cawangan kedua die kat Swan Valley.... Kat sni ade pelbagai jenis coklat yg sedap2... die ade provide tester, jangan segan2 test.... takdenyer die nak haip2 bile org amik lebih.... dah mcm nak sedekah pon ade.... pandai2 la ye... hahaha.... 

since aku tak bercadang nak beli coklat sbb dah test banyak tadi... hahaha... aku pon lepak kat cafe die utk try hot chocolate.... berbaloi2 weh... kat mesia order dpt secawan kecik jek kan... kat sni sekali die bagi segelas daa... and... die bukan bagi dh siap mix tau... hot choc die ialah choc yg biji2 tuh and die curah susu panas dlm tuh... nnti choc tuh cair jadikla hot choc... rasa? perghhh... meleleh.... hahahahahah..... 





See.... menggoda tak hot choc tuh? fuhhh





Bergambar di ladang anggur... bukan musim so anggur takde.

Sebelah petang pulak kami ambil kesempatan utk cuci mata di Watertown Brands Outlet. Since percutian kami bukan utk shopping, so kami berjaya jugak utk mendisiplinkan diri...hehe... tapi mmg murah weh... time kitorang pegi tuh banyaaakkk offer yg bleh buat jiwa kacau... so please allocate sedikit budget utk shopping bagi mengelakkan kempunan.... hahaha...


Tgk tuh 70% saje... dugaan....

Sekejap jek kami kat sni... then kami lepak jek kat Leederville sampai maghrib, oh ya kat Leederville ade satu kedai yg terkenal ngan churros nyer yg sedap iaitu San Churros Choclateria... die ade byk cawangan so kami pegi yg paling dekat ngan homestay kami.... first time try churros kat sni... then baru try kat Malaysia.... mmg x same especially tang coklat dip tuh.... likat dan pekat... kat mesia cair mengalir gitu...hahaha.... tp kualiti gambar x bpe ok sbb camera semua dah nyawa2 ikan.. harapkan phone jek.... 


Nampak tuh coklat dip ngan coffee die... harga pon lebih kurang coffee bean mesia la

So that's all for Day 4, kite jumpe dlm entry yg seterusnya. Stay tuneeeee OXOX.

Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Newer Posts
Older Posts

About me



Hello There! I am Suliana. I am a wife to Hairul Hafiz and a mom to two beautiful kids, Humaira and Yusuf. Welcome to my little world where I write about my family's adventures, food, parenting, and random deep thoughts. I use this space to document and celebrate life! Thanks for reading.

My Instagram Updates

Contact Form

Name

Email *

Message *

recent posts

Follow Us

  • facebook
  • instagram
  • youtube

Blog Archive

  • ▼  2019 (10)
    • ▼  November 2019 (2)
      • Another Day in Paradise: Trip to Maldives Part 3
      • Another Day in Paradise: Trip to Maldives Part 2
    • ►  October 2019 (2)
    • ►  August 2019 (1)
    • ►  May 2019 (1)
    • ►  March 2019 (3)
    • ►  February 2019 (1)
  • ►  2018 (7)
    • ►  May 2018 (2)
    • ►  March 2018 (2)
    • ►  February 2018 (2)
    • ►  January 2018 (1)
  • ►  2017 (6)
    • ►  November 2017 (1)
    • ►  October 2017 (3)
    • ►  April 2017 (2)
  • ►  2016 (8)
    • ►  November 2016 (1)
    • ►  June 2016 (6)
    • ►  May 2016 (1)
  • ►  2013 (3)
    • ►  October 2013 (3)

Total Pageviews

Created with by ThemeXpose . Distributed by Weblyb